UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




MEMORANDUM MEMBANTAH PENCABULAN HAK ASASI OLEH AMERIKA DI KEM X-RAY TELUK GUANTANAMO, MENGUTUK SOKONGAN AMERIKA KE ATAS KEGANASAN ISRAEL DI PALESTIN DAN PENEMPATAN TENTERA AMERIKA DI FILIPINA

Kepada;

TYT Presiden George W Bush,
Presiden Amerika Syarikat,
White House,
WASHINGTON DC.

Melalui,

TYT Duta Besar Amerika Syarikat,
Pejabat Kedutaan Besar Amerika Syarikat,
376 Jalan Tun Razak,
50400 KUALA LUMPUR.
28 JANUARI 2002

Tuan Yang Terutama,

MEMORANDUM MEMBANTAH PENCABULAN HAK ASASI OLEH AMERIKA DI KEM X-RAY TELUK GUANTANAMO, MENGUTUK SOKONGAN AMERIKA KE ATAS KEGANASAN ISRAEL DI PALESTIN DAN PENEMPATAN TENTERA AMERIKA DI FILIPINA

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius hegemoni yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas masyarakat antarabangsa terutamanya umat Islam sejak kebelakangan ini dan menampakkan AS sedang mengisytiharkan perang ke atas umat Islam di seluruh dunia. DPP Pusat sangat kesal dengan kebinatangan AS ke atas umat manusia sedangkan selama ini AS mendakwa merekalah juara demokrasi dan pejuang tulen hak asasi manusia. Bagi DPP Pusat, pencabulan hak asasi yang dilakukan ke atas tahanan perang di Teluk Guantanamo, sokongan AS ke atas keganasan Israel di Palestin dan penempatan tentera AS di Filipina adalah ancaman serius ke atas keselamatan dunia selain ugutan AS untuk menyerang Iraq dan Somalia baru-baru ini.

DPP Pusat membantah keras sikap kebinatangan AS yang mencabul hak asasi manusia di Kem X-Ray di Teluk Guantanamo dengan mengenakan tekanan mental dan fizikal ke atas tahanan perang dari Afghanistan selepas kejatuhan Taliban baru-baru ini. Bagi DPP Pusat, cara AS melayan tahanan perang dengan menggari tangan mereka, tidak membenarkan tahanan sembahyang, tinggal di bilik tanpa dinding dan sebagainya adalah di luar sifat kemanusiaan. Lebih dahsyat lagi apabila AS tidak mengiktiraf tahanan-tahanan tersebut sebagai tawanan perang yang sepatutnya mendapat layanan kemanusiaan sepertimana ketetapan Konvensyen Ganeva.

DPP Pusat melihat tindakan berciri binatang yang diamalkan oleh AS ini sebagai satu bentuk keganasan yang ditaja oleh AS ke atas umat Islam ketika AS sedang bercakap kepada dunia bahawa mereka sedang membenteras aktiviti keganasan. Adakah AS mengambil kesempatan ini untuk melepaskan dendam mereka kepada umat Islam selepas AS gagal untuk menangkap Osama ben Ladin, suatu kegagalan yang paling memelalukan AS setelah berlakunya Tragedi 11 September 2001. AS sehingga hari ini masih belum boleh mengemukakan bukti yang kukuh tentang penglibatan umat Islam dalam serangan tersebut, tetapi telahpun bertindak dengan segala kebinatangannya untuk mengganas di Afghanistan. Kini AS melepas kegagalan mereka menangkap Osama ben Ladin dengan menganiaya tahanan perang. Adakah AS menyangka tindakan ini satu tindakan bertamadun atau AS ingin mempamerkan kepada dunia tentang tamadun AS yang bercirikan binatang dan bernilai rendah.

Kerana itu, DPP Pusat mendesak AS supaya menghentikan tindakan keganasan yang dilakukan oleh AS di Kem X-Ray ini dan membebaskan semua tahanan perang dan melayan mereka seperti manusia. Sebarang kegagalan AS untuk melayan umat Islam dengan cara kemanusiaan akan mengundang layanan buruk umat Islam ke atas kepentingan AS di seluruh dunia. Atas dasar itulah AS mesti menghentikan terlebih dahulu agenda keganasan mereka sebelum AS bercakap untuk menghapuskan keganasan pihak lain.

DPP Pusat juga mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Presiden AS yang memberi sokongan kepada keganasan yang dilakukan oleh Israel ke atas umat Islam di Palestin. Sokongan AS ke atas tindakan Israel menyerang dan mengepung pemimpin Palestin, Yaseer Arafat membuktikan kepada dunia bahawa AS adalah penyokong utama keganasan yang dilakukan oleh Israel selama ini. Sikap munafik AS yang menyokong keganasan Yahudi ke atas umat Islam dan melabelkan semua keganasan yang berlaku di dunia hari ini sebagai agenda umat Islam membuktikan AS mempunyai niat buruk ke atas umat Islam.

DPP Pusat hairan bagaimana AS boleh menyokong Israel untuk menyerang umat Islam dalam agenda mereka untuk membenteras keganasan global, sedangkan Israel adalah pengganas tunggal yang wujud di Asia Barat semenjak 1948 lagi. Umat Islam yang bangkit menentang keganasan Israel dicop pula oleh AS sebagai kumpulan pengganas sedangkan mereka mempertahankan hak mereka. Kini umat Iaslam juga boleh mendakwa AS adalah ketua pengganas dunia kerana menyerang Afghanistan walaupun AS mendakwa mempertahankan hak mereka. AS semenjak kebelakangan ini bertindak seperti orang buta sejarah, buta kemanusiaan dan tidak berakal langsung bahkan seperti binatang buas yang baru kehilangan anak.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh AS untuk ‘menghentikan keganasan’ yang dilakukan oleh rakyat Palestin sedangkan yang mengganas sebenarnya adalah Israel. Adakah mempertahankan diri satu keganasan dan menyerang orang lain pula untuk keamanan. Memang sah AS telah hilang akal! Bagaimana AS boleh terpengaruh dengan dakwaan Israel bahawa keganasan mereka bertujuan untuk memerangi keganasan sedangkan media massa melaporkan setiap hari rakyat Palestin dibunuh dan hanya sekali sekala orang Yahudi dibunuh dalam kebangkitan rakyat Palestin di tanah air mereka.

Kerana itu, DPP Pusat mendesak AS supaya berubah sikap dengan menghentikan keganasan yang dilakukan oleh Israel di bumi Palestin melalui kerahan ketenteraan seperti yang dilakukan di Afghanistan dan sebagainya. Sikap melampau Israel bukan lagi untuk menjaga keselamatan mereka bahkan mengancam keselamatan dunia keseluruhannya. Jika AS boleh bertindak cepat di Afghanistan, AS juga mesti melakukan tindakan yang sama ke atas Israel jika AS serius membenteras keganasan. DPP Pusat percaya bahawa Israel tidak akan mampu untuk menghancurkan Palestin dan kegagalan AS menghentikan keganasan Israel ini akan menyebabkan AS termasuk dalam sekutu Israel yang juga mesti dihancurkan oleh umat Islam!

DPP Pusat juga membantah penempatan tentera AS di Asia Tenggara yang didakwa AS sebagai sarang pengganas. DPP Pusat menentang keras tindakan AS menghantar tenteranya ke Filipina untuk membantu tentera Filipina menentang umat Islam di Mindanao. Walaupun beberapa pihak mendakwa kehadiran tentera AS di Filipina hanya sebagai jurulatih, tetapi kemunculan pegawai tentera AS di Zamboanga membuktikan penglibatan serius AS dalam perang ini. AS perlu sedar bahawa ASEAN adalah sebuah rantau yang mengamalkan konsep zon aman, bebas dan berkecuali yang tidak memerlukan campur tangan AS dalam sebarang konflik yang timbul. ASEAN akan menyelesaikan sendiri masalah yang berbangkit di ASEAN.

Setelah AS menutup pengkalan tenteranya di Subic Bay, maka ASEAN tidak lagi memerlukan campur tangan ketenteraan AS dalam sebarang urusan keselamatan. AS sepatutnya menumpukan usaha mereka untuk menghapuskan keganasan Israel di Palestin bukannya campur tangan dalam urusan negara lain yang dianggap oleh AS sebagai boleh diperkudakan. AS perlu ingat bahawa beberapa kumpulan yang memperjuangkan kemerdekaan di Filipina akan bertindak dengan lebih agresif sekiranya AS turut campur tangan dan ia akan memberikan kesan yang buruk kepada keselamatan global. AS mesti belajar menghormati hak negara lain jika AS tidak mahu haknya dicabuli oleh orang lain. Kerana itu, AS mesti menarik balik tenteranya yang telah ditempatkan di Filipina dan 140 buah negara lain di seluruh dunia untuk menjamin keamanan dan keselamatan global.

DPP Pusat berharap AS akan memberikan perhatian terhadap pandangan ini dan mengambil tindakan yang paling wajar untuk mempastikan semua manusia mendapat layanan kemanusian sepenuhnya. Keamanan dan kestabilan dunia hanya akan wujud sekiranya kuasa besar dunia bersikap adil kepada seluruh manusia bukannya melindungi sekutu mereka walaupun melakukan keganasan, memerangi musuh mereka walaupun tidak mempunyai bukti untuk disabitkan dengan segala tuduhan yang direka sendiri oleh AS. Keselamatan juga hanya akan wujud apabila setiap negara menghormati hak negara lain bukannya sebuah negara mahu haknya dihormati tetapi hak negara lain dicabuli. Jika semua ini berjaya diwujudkan, keamanan, kestabilan dan keselamatan global akan terjelma.

Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Amanah,

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com