UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




MEMORANDUM MEMBANTAH KEHADIRAN TENTERA AS DI FILIPINA

Kepada;

TYT Presiden Gloria Macapagal Arroyo
Pejabat Presiden Filipina,
MANILA.

Melalui,

TYT Duta Besar Filipina,
Pejabat Kedutaan Filipina,
1, Changkat Kia Peng,
50450 KUALA LUMPUR
28 JANUARI ?2002

Tuan Yang Terutama,

MEMORANDUM MEMBANTAH KEHADIRAN TENTERA AS DI FILIPINA

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) menentang keras tindakan kerajaan Filipina membenarkan tentera Amerika Syarikat (AS) menempatkan tentera mereka di Filipina untuk membantu Filipina memerangi pemberontak di Selatan Filipina. Bagi DPP Pusat, tindakan kerajaan Filipina mengundang tentera AS ke rantau ini akan memberikan ancaman baru kepada keselamatan ASEAN yang sebelum ini disebut-sebut oleh AS sebagai sarang pengganas.

DPP Pusat sangat kesal dengan kebenaran ini kerana ia dengan sendirinya mencabul konsep zon aman, bebas dan berkecuali (Zofpan) yang diamalkan oleh ASEAN semenjak dari penubuhannya lagi. DPP Pusat berpandangan bahawa dengan kehadiran AS di Asia Tenggara, rantau ini akan menjadi rantau yang tidak bebas dan tidak aman seperti mana yang dialami oleh Asia Barat dan Asia Tengah ekoran campur tangan kuasa asing. DPP Pusat tidak nampak di manakan relevannya kehadiran tentera AS dalam kancah konflik dalaman Filipina yang sepatutnya diselesaikan sendiri oleh kerajaan Filipina sama ada melalui rundingan dan sebagainya.

DPP Pusat tidak dapat menerima alasan yang diberikan oleh kerajaan Filipina bahawa kehadiran tentera AS hanya sebagai jurulatih sahaja sedangkan mereka telahpun pergi ke Zamboanga untuk menemui Leftenan Jeneral Roy Cimatu, Ketua Tentera Wilayah Zamboanga yang mungkin bertujuan untuk merundingkan bantuan ketenteraan kepada tentera Filipina. DPP Pusat juga mempertikaikan peranan tentera AS kerana AS telah menghantar tentera tambahan seolah-olah akan menjadi penggempur utama dalam konflik ini. Apakah jaminan yang dapat dibuat oleh kerajaan Filipina bahawa AS tidak akan terlibat dalam pertempuran. DPP Pusat bimbang sekiranya AS akan membantu dari sudut strategik, logistik dan persenjataan walaupun tentera mereka tidak bertempur.

DPP Pusat mengingatkan Filipina bahawa Filipina semenjak kebelakangan ini telah beberapa kali menimbulkan kebimbangan ASEAN bukan sahaja kerana pertempuran yang berlaku di Selatan Filipina, tetapi juga kerana tindakan Filipina membenarkan kehadiran kuasa besar di bumi Filipina. Setelah Subic Bay ditutup kepada tentera AS, untuk apa tentera AS dijemput pula untuk hadir melibatkan diri dalam urusan keselamatan negara Filipina. Ini semua sebenarnya mengundang bahaya kepada ASEAN ketika kuasa besar dunia sedang bekerja keras memperluaskan pengaruh empayar politik dan ekonomi mereka.

DPP Pusat mengingatkan kerajaan Filipina bahawa sebarang kesilapan Filipina dalam hubungan ketenteraan dan keselamatan dalam negeri dengan AS akan mengundang bala yang besar kepada Filipina dan rantau ini keseluruhannya. Setelah Indonesia dan Thailand dilumpuhkan melalui Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), apakah mustahil Filipina pula akan menjadi padang jarak padang terkukur ekoran gerakan ketenteraan AS. Pengalaman pahit Afghanistan yang hancur dan runtuh setelah AS campur tangan seharusnya menjadi pengalaman yang sangat berguna kepada Filipina. Tidak mustahil Filipina akan menjadi seperti Afghanistan sekiranya tentera AS terus dibenarkan beroperasi di Filipina.

DPP Pusat juga menentang keras pengumuman kerajaan Filipina bahawa Presiden Arroyo akan berunding dengan Perdana Menteri British, Tony Blair untuk membincangkan usaha-usaha memerangi keganasan dan kerjasama kepolisan dengan Britain. Pendirian Filipina yang mahu membawa Scotland Yard bagi melatih polis Filipina akan mengundang kehadiran British pula ke rantau ini dan menjadikan Filipina sebagai negara berkumpulnya kuasa-kuasa besar dunia dan seterusnya mengamcam keselamatan ASEAN. DPP Pusat tetap dengan pendirian bahawa segala konflik yang tercetus di ASEAN mesti diselesaikan oleh keluarga ASEAN melalui rundingan tanpa campur tangan kuasa asing. Kehadiran kuasa asing boleh menghancurkan ASEAN sebagai sebuah rantau yang aman, bebas dan berkecuali.

Sekian, terima kasih.

Yang Menjalankan Amanah,

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com