UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




ISU & PENJELASAN

ISU

LEBIH 2000 KONTRAKTOR NEGERI TERENGGANU KETANDUSAN PROJEK BERIKUTAN KERAJAAN NEGERI TIDAK MEWUJUDKAN PROJEK-PROJEK BARU SEJAK 2000/ 2001 - Roslan Awang Chik- Pengurusi Persatuan Kontraktor Melayu Trg. Terengganu.(Laporan Berita Harian 26 Dis 2001).

PENJELASAN

Perlu diketahui bahawa Dato Roslan adalah orang politik.Beliau menerajui UMNO bhg K.Trg dan merupakan ipar kpd Dato'Abu Bakar Daud (bola) yang kini dilantik sbg duta keMesir setelah tewas kpd YBM Dr Syed Azman dng mejoriti lebih 14 ribu undi bagi kawasan K.Trg. Roslan mengambil alih jawatan tersebut yang juga menjawat jawatan Pengerusi Pers.Kontraktor Melayu Malaysia. Beliau juga merupakan seorang hartawan dinegeri ini. Tidak hairanlah jika beliau mengeluarkan kenyataan yang dilihat ada bau politik. Roslan barangkali ketinggalan zaman atau sengaja buat tak tahu, bila menyebut sejak BA memerentah TRG, dua tahun yang lalu, tiada lagi diwujudkan projek-projek baru yang mengakibatkan lebih 2,000 kontrektor ketandusan projek yang menjejaskan peluang pekerjaan lebih 10 ribu peluang pekerjaan serta perniagaan bahan binaan. Semua rakyat tahu bahawa kerajaan negeri banyak bergantung kepada sumber hasil petrolium/gas dimana 75% drp hasil pendapatan negeri datang dari punca tersebut.Namun......

sejak September 2000 lagi, Kerajaan Pusat telah merompak hasil tersebut yang merupakan hak mutlak kerajaan negeri, hasil negeri cuma tinggal 25% sahaja lagi.Baki setelah belanja mengurus cuma tinggal sekitar RM50 juta, itu belum lagi dikira perbelanjaan lain samada majlis perbandaran, majlis daerah, peruntukan pembangunan wakil-wakil rakyat dll.Kerajaan hanya meneruskan projek-projek kecil yang menjadi keperluan asas rakyat negeri ini, seperti bekalan air, jalan-jalan kampong dan seumpamanya.Perlu juga diketahui bahawa sebaik sahaja BN kalah dinegeri ini, sebanyak 13 projek perumahan kos rendah untuk rakyat telah ditarik balik yang menelan kos RM90 juta. Kita soal kenapa ditarik balik, tidakah itu akan menyebabkan kontrektor ketandusan projek dan pekerja kehilangan pekerjaan, sekaligus peniaga bahan binaan kehilangan pelanggan atau pendapatan.Masa tu kenapa Dato' tak bising.......................... Kerajaan negeri nak wujud projek nak bayar dengan apa?.................................

budak kecilpun tahu jawapan, inikan pula Dato' . Berkenaan dengan projek sekolah pula, kerajaan negeri tidak perlu jawab berulang kali.Semual perkara yang dibangkitkan dah dijawab berkali-kali.Sebagai sebuah kerajaan, tanggunhjawab pendidikan adalah tugas semua, namun pembinaan sesebuah sekolah perlu dilihat dari sudut keperluan mengikut jumlah pelajat yang akan bersekolah.Tidak patut kampong dimana jumlah pelajarnya tak sampai 20 orang nak dibangunkan sekolah baru.Apa yg jelas ia tidak lebih hanya nak memberi projek kepada........ suku sakat politik demi memelihara segelintir mereka yang rapat dengan parti yang memerentah diperentah pusat.

Petikan : PAS Net






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com