UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PASTI LAWAN UMNO

Assalamualaikum

Semalam beberapa buah PASTI telah dikunjungi pegawai JAIS dan Polis yang datang untuk menampal poster/notis supaya PASTI ditutup. Memang hati mereka busuk dan jahat. Tempat maksiat dibiarkan. Orang Islam tanding Ratu Cantik dilepaskan. Orang Islam minum arak dan mabukyang ditangkap di Pub The Ship dilepaskan kerana kata mereka JAIS tak ada kuasa menangkap orang.

Kami aktivis sosial, journalis, dan NGO ingin menasihati semua pengusaha PASTI dan AJK PASTI . Jika polis atau JAIS datang,

1. Minta mereka buktikan dahulu bahawa mereka pegawai JAIS. Mereka mesti tunjukkan dulu KAD KUASA. Tidak semua pegawai JAIS ada KAD KUASA. Minta kad pengenalan mereka, catitkan nombor KP dan nama penuh mereka, begitu juga polis. Jika mereka tak mahu tunjukkan kad identiti mereka, minta mereka beredar dengan baik. Jika polis beruniform, catitkan nombor polis yang ada pada baju mereka.

2. Ambil gambar mereka. Sediakan kamera. Jangan lupa tentang ini.

3. Jangan beri mereka masuk ke dalam rumah ketika pelajar sedang belajar kecuali di luar rumah atau bilik PASTI.

4. Beritahu mereka bahawa PASTI adalah aktiviti parti dan dibuat atas arahan PAS Pusat. Minta mereka hubungi Pengurus PASTI di situ atau Ketua Pemuda PAS Negeri atau Ketua Pemuda PAS Pusat atau peguam PAS jika mereka mahu PASTI ditutup. Beritahu mereka bahawa PASTI berdaftar dengan PAS Pusat.

5. Beritahu mereka, bahawa mereka telah menceroboh premis persendirian dan mereka akan didakwa di mahkamah kerana memasuki rumah orang. Kemudian buat laporan polis seperti berikut: (contoh kita ambil dari kes semalam di PASTI SG. Jelok Hulu Langat)

----------

Suatu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha PASTI Sg Jelok di Balai Polis Daerah Hulu Langat (Kajang) bernombor (J) 888/02, bertarikh 16/01/02, jam 12.50 tengahari yang berbunyi;

"Pada 16/01/2002 jam lebih kurang 10.30 pagi di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Sg Jelok, 4 orang yang tidak dikenal telah mencerobohi masuk kedalam pagar kawasan rumah bernombor No. 25 Jalan 8 Taman Sg Jelok, Kajang yang merupakan tempat persendirian tanpa kebenaran dari penghuni rumah itu. Setelah wakil penghuni rumah tersebut meminta pengenalan diri, orang tersebut dikenali sebagai :-

i. H. Ruzimi H Mohd Rawi (630907-08-6073)
ii. Khairill Affizi b Ahmad Shaari (730531-10-5229)
iii.Abd Rashid b Tamah (2737171)

dan seorang lagi yang tidak dikenali. Sekian laporan saya.

6. Hantar satu laporan polis kepada Lajnah Guaman PAS.

7. Pastikan setiap pegawai JAIS akan didakwa di mahkamah kerana menceroboh masuk ke private premise anda.

8. Hantarkan Pemuda-Pemuda PAS untuk memantau suasana di PASTI.

Kenapalah Pengarah JAIS Dato Mansor dan Ustaz(?) Amin Rashid ni busuk hati sangat pada orang yang mahu kepada pendidikan Islam. Kita boleh berdoa mudah-mudah Ahhal Ta'ala memberi petunjuk kepada mereka. Tetapi kalau mereka

menutup hati mereka, telinga mereka, mata mereka dari melihat kebenaran, tak ada ertinya. Elok kalau doakan, semoga Allah memberi balasan yang setimpal ke atas orang-orang spt mereka ini dengan balasan murka Tuhan!

Firman Allah; "jangan kamu merasa hina ketika menghadapi musuh, jika sekiranya kamu merasa sakit, mereka juga merasa sakit, tetapi kamu mengharapkan dari Allah, apa yang mereka tidak harapkan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com