UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Lanjutan artikel Alahai Polis!!!

Wah marah betul kamu ya?. Walau apa pun, itu polis FRU dan SB. Polis Trafik dan dibalai balai ok ok aje. Lainkali tolong tulis "Alahai FRU/SB" bukan polis. Memanglah FRU dan SB itu sejak akhir akhir ini, rakyat dah anggap depa ni kelas samseng taik kucing. Dia orang tu kalau sorang sorang, melukus takut!!!.ini hakikat sebenar, lebih lebih lagi kalau off duty. Itupun nasib baik tinggal diquarters, kalau tinggal diluar, alamat anak beranak mati meragan kena dera dan diboikot.

Bila kena dengan wak wak indon tu hah!! apa macam? nak terkeluar taik keras depa. FRU/SB ni tahu diri tu memang takut. Lagipun wak wak Indon ni memang dah lama geram dan tunggu peluang terhadap polis polis, sebab ada segelintir anggota polis dok suka sangat pergi "paw" orang orang depa dikawasan kawasan tempat kongsi kaum dia orang. Kadang kadang fikir, betul juga kata si Rais anak Yatim piatu semalam bahawa "negara dah cukup dengan undang undang dan peraturan bagi membendung pendatang haram, tapi cuma penguatkuasaan dan perlaksanaannya begitu lemah dan banyak unsur unsur rasuah berlaku", tapi siDolah Bedawai tu pulak panas bontot, melenting (itu baru pangku jawatan PM) mintak bukti. Dey!!! ada kira kira ka?. O samo la den.

Dengan mat mat Negro tempoh hari, lagilah kelakar. Kecut telor nak pasang gari, sekali depa pulas tengkuk FRU/SB ni, neraka pegilah jawabnya. Negro tu kalau buat perangai, memang "brutal" sungguh. Dengan orang reformasi yang tak bawa apa apa senjata, bukan main aksyen dan ranggi sekali, siap ketuk perisai. Pendek kata betul betul macam "robot suruhan" dengan muka bengis laksana penggusti WWF. Apa tak buat macam tu pada wak wak Indon dan mat mat negro tu tempoh hari, yang kelakar tu sampai terak sendiri kena bakar, dok pakat tengok. Mana terak pancut air gatal pada hari tu?, kalau tak sembur depa, sekurang kurangnya bolihlah guna untuk padamkan api yang marak memamah terak kalian. Depan reformis FRU/SB dok bakar tong sampah, ketuk van TV3/4. Pendek kata berani pada objek mati dan kaku. Itulah gelagat FRU/SB yang kita ada, berani pada orang yang memang bukan kaki gaduh dan samseng. Dan itu pun yang siMahathir suka sangat tu. Tak payah nak perabih duit untuk train anjing anjing asli untuk jadi robot, itu pun belum tentu ikut kata atau tidak, silap silap digigit tuannya balik. Tenguk ajelah muka sorang sorang FRU/SB, kesian!!! mana ada yang seri atau cahaya, macam tak bermaya, geram dalam tertekan, adalah. Yang perempuannya pula macam lepas ditarik "susuk". Mintak pada tuhan robbul'alamin, janganlah hendaknya ada dikalangan kerabat dan kaum keluarga kita yang akan memilih kerjaya FRU/SB sebagai punca rezeki. Atau menjadi jodoh pada kaum yang sanggup hidup sebagai robot diperalat olih sipenyamun tua kutuk nak mampus dan pencacainya. Anak bini dok makan hasil ibu bapak/suami isteri robot, heeeei geli tekak dibuatnya.Ini robot bolih beranak punya. Kesian, niat awal semata mata nak cari rezeki halal tapi akhirnya nampak halal tapi haram segala rezeki. Belum lagi ditambah dengan sumpah seranah manusia seluruh alam. Memang langsung tak ada berkat.

Kata FRU/SB ni tak pergi sekolah, tak mungkin. Setidak tidaknya SPM, jadi kalau sampai SPM, takkan tak bolih fikir dan timbang akan apa yang terjadi pada diri yang sewenang diperkuda dan diperalatkan untuk kepentingan sizalim dan bukan untuk rakyat dan negara. Fikir fikrkanlah secara ikhlas wahai saudara FRU/SB sekelian. Sedarlah, sebagai manusia yang lemah, masih tak terlambat lagi FRU/SB tu untuk balik kepangkal jalan dan bertaubat memohon keampunan. Tinggalkanlah kerja terkutuk dan tak berharga diri tu, banyak kerja lain yang FRU/SB bolih buat. Yakinlah pada kemampuan dan kebolihan diri. Ayuh FRU/SB, marilah beramai ramai pulihkan maruah diri dan keluarga anda. Tebus segala dosa dan kesalahan kalian terhadap rakyat dengan menangkap si Mahathir, Dolah Bedawi, Norian Mai dan pencacainya. Kuasa anda untuk bertindak, ada pada jawatan dan uniform anda!! ingatlah sumpah awal jawatan anda bersandarkan dengan Nama ALLAH s.w.t, yang berupa "Amanah terhadapNya", bukan diatas arahan membabi buta pemimipin zalim dan pengecut. Kami, walaupun telah disembur, dikejar dan sebagainya, dihati kecil kami tetap merasa kesian akan nasib yang menimpa kalian yang terus menerus diperkuda, diperalat dan disuruh sarah secara menggila olih sizalim dan pencacainya. Kami tidak pernah mendoa'kan supaya didatangkan balak terhadap diri dan keluarga kalian, malah kami senantiasa mendoa'kan agar kalian diberi kesedaran dan kembali kepangkal jalan. Namun demikian, mungkin ada yang telah menyumpah dan sebagainya, namun sekarang masih tak terlambat untuk menghindari diri kalian dari mati didalam suasana dan iringan sumpah rakyat jelata.

p'kayu






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com