UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




20.5 km kos nya RM92.5j ?Ini kiraannya .........

by Jurutera JKR, Shah Alam

Isu ini begitu hangat dibincangkan ketika ini di selangor. Kalau di pihak umno-bn, tuduhan yang dilemparkan itu seperti biasalah, kata ianya sebagai fitnah. Manakala di pihak BA pula, ianya penyelewengan. Di sini, saya turunkan kiraan kos untuk pembinaan jalanraya luar bandar, dengan diandaikan kos pengambilan balik semula adalah minimum.

Kos Projek : RM92.5j
Panjang Jalan : 20.5km (dari Taliair 4 ke Parit 4, Sekinchan)

Kiraan Kos (gunakan standard biasa kita di sini)
Lebar berturap : 3.5m kiri dan 3.5m kanan = 7.0m
Panjang jalan : 20.5km = 7 x 20.5km = 143,500 mp
Kos Purata Jalan Luar Bandar = RM30-RM40 mp
Maka Kos Keseluruhan Untuk Jalan = RM40x143,500mp
= RM5,740,000

Kos Pengurusan ;
Tempoh Siap = 36 bulan
Kos Pengurusan @ RM200,000 sebulan x 36 bulan = RM7,200,000
Kos Pengambilan balik tanah, katakan RM10,000,000
Kos Sewa Peralatan = RM100,000 sebulan x 36 bulan = RM3,600,000
Faedah Biayaan Bank @ 10% setahun ke atas 50% pinjaman selama 3 tahun, katakan RM3,000,000
Yuran Professional @ 10% atas kos binaan = RM574,000
Lain-Lain Kontigensi @ 5% = katakan RM1,000,000

KOS KESELURUHAN
Kos Pembinaan = RM 5,740,000
Kos Pengurusan = RM 7,200,000
Kos Pengambilan Balik Tanah = RM10,000,000
Kos Sewa Alatan = RM 3,600,000
Faedah Biayaan Bank (riba) = RM 3,000,000
Yuran Profesional = RM 574,000
Lain-Lain = RM 1,000,000
--------------
RM31,114,000
--------------

Ini memberikan jawapan mengapa kos sehingga RM92.5j menjadi pertikaian kerana ianya melibatkan jumlah wang rakyat yang banyak. Maka, tidak hairanlah MB selangor terpalit dengan isu ini memandangkan kiraan kita di sini pun adalah dalam lingkungan RM30-40j sahaja. Maka yang selebihnya itu, yang bakal dituntut secara V.O, ke mana pulak perginya nanti ? Adakah ke saku individu tertentu ? adakah ke saku parti tertentu ? adakah diagihkan kepada rakyat miskin di Sekinchan ? atau MB sendiri yang tolong sapu bersih. Ini menjadi tandatanya kita di sini dan juga rakyat di luar sana.

Ini baru pembinaan jalan yang menjadi pertikaian. Belum lagi penganugerahan tanah-tanah bernilai tinggi kepada individu tertentu yang cukup menimbulkan persoalan ! Saya akan dedahkan selepas ini.

diperpanjangkan oleh p'kayu






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com