UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Apa Nak Jadi, Apa nak jadi...apa nak jadi...

Apa nak jadi, Dulu Demokrasi,
Sekarang dah jadi hanya modal cerita air liur basi.

Apa nak jadi, Dulu Perlembagaan the number one,
Sekarang dah jadi hanya batu tanda tanah perkuburan.

Apa nak jadi, Dulu Badan kehakiman tabik teman,
Sekarang dah jadi tempat kencing/berak siMahathir dan pakar penjilat Rais anak Yatim phd beli belian.

Apa nak jadi, Dulu Polis orang hormat habis, hingga datuk diberi gelaran,
Sekarang dah jadi manusia berhati iblis berperangai syaithan.

Apa nak jadi, Dulu Raja Raja payung Negara, ketua ugama bedetub bedetap darjat dinobat, kaum kerabat jadi talian rakyat berhubung,
Sekarang dah jadi pondan siam ngabiskan beras aje, takkan jadi dok round satu mesjid kesatu mesjid tiap tiap Juma'at aje, lain masa rembat saja apa yang sempat. Kaum kerabat dah jadi beban pada rakyat, makan tanggung berak cangkung .

Apa nak jadi, Dulu Wakil rakyat duit manjang sesak de, tong tong sikit sorang belanja nak kepersidangan agung,
Sekarang kalau tak rasuah, tak masuuuk fulusss!!, wakil rakyat apa kemenda, meletihkan aje, baik tak payah aje.

Apa nak jadi, Dulu kempen " Undilah kami, kami akan adakan jalanraya yang bertar, bekalan air dan api yang baik untuk kemudahan kamu seharian harian" bertepuk habis pakcik, makcik, adik, kakak, seronok tak tersalah pilih
Sekarang kempen " Undilah kami, kami akan adakan jalanraya bertol, api dan air bawah ketiak swasta kroni untuk kemudahan kamu sehari harian.Ini dunia punya dalam, mana ada semua mau free, mak pak saja free" berkerut dahi pakcik, makcik, adik, kakak, tapi tepuk jugaklah dek kerana dah terpekena nasi bungkus lauk kulit ayam, duit RM10.00 dan kain pelikat cap gadjahlah, alamak tersalah pilih.

Apa nak jadi, Dulu PM/TPM pemergiannya teresak esak ditangisi berbulan bulan, mana ada slogan " Undur!! Undur!!, Undur!!!" " Mr **** Letak jawatan", "Lawan tetap Lawan"
Sekarang pemergiannya diminta laksana menghalau penyamun, perompak dan perogol bersiri setiap masa dan setiap hari. Tidak hari ini, minggu depan. Tidak minggu ini, minggu depan, tidak bulan ini bulan depan, tidak tahun ini, tahun depan, lawan tetap lawan.

Apa nak jadi, Dulu yang jahat dan menipu, sepatah haram tak akan ada yang nak percaya,
Sekarang yang baik dan 'alim dikatakan pemfitnah dan pemecah belah, kelakarnya...ada yang percaya persis otak "fuse" dah tiada.

Apa nak jadi, Dulu lulusan Univ. Azhar bermati matian mengembang serta membela ugama Islam,
Sekarang lulusan Univ. Azhar pulak dok melopong haprak, kecut pundi kencing dan segalanya bila siMalaun yang tak ada kelulusan ugama dok perlekeh Islam dan sunnah nabi, jadikan JAKIM gudang robot pemusnah Islam.

Apa nak jadi, Dulu syarahan/majlis ugama digalakkan, pesta maksiat dibendung semaksima mungkin, Jawi Jais sibuk menjalankan amarmaaruf nahi mungkarnya, sejuk hati dibuatnya,
Sekarang Konsert Rock & artis dan pesta arak jadi kebanggaan, ceramah berunsur ugama dan majlis majlis kearah kebaikan diharamkan , Jawi, Jais dll sibuk menjalankan amarmungkar dan nahi maarufnya, hancur luluh hati melihatnya.

Apa nak jadi....reng reng... apa nak jadi...reng reng.....apa nak jadi...deng denggggg.!!
Nasib kaulah Malaysia.......Nasib kaulah Labi.....Nasib kaulah..rakyat Malaysia!!!...yang kau ramai ramai pergi pangkah penyamun, perompak tu buat apa!!!!! bodoh, benggong, bongok, songkok perrenyuk, Samalah tu!!, yang dipilih, sinyanyuk dan yang memilih, sibongok. Dah kena lah tu!!!..2x5/5x2.

pensil kayu






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com