UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




RAYUAN KES ANWAR CERITA DISEBALIKNYA

Assalmualaikum...

Khamis 7.2.2002 adalah hari terakhir kes rayuan DSAI di Mahkamah Persekutuan.Kes ini didengar selama 4 hari bermula dari4.2.2002.Saya adalah salah seorang yang berada berhimpun untuk memberi sokongan dan ingin melihat dengan lebih dekat lagi pemimpin kita juga para peguam yang membela kes rayuan tersebut.Namun demikian kes ini ditangguhkan kepada 25.3.2002.Dibawah ini saya sertakan pandangan peribadi saya sebagai seorang reformis juga rakyat biasa di Mahkamah Persekutuan pada hari terakhir tersebut.

Kelihatan 3 buah trak FRU juga sebuah bas PDRM bagi mengawal perhimpunan yang mungkin ramai.tetapi hakikatnya lebih ramailagi anggota PDRM juga SB berkeliaran disekitar Mahkamah Persekutuan tersebut.

Soalannya mana perginya Ahli Keadian juga pemimpinnya yang lain yang saya fikirkan perlu berada di sana.Keadilan mempunyai cawangan juga bahagian namun segelintir saja yang berada disana.Perlu kita ingat bahawa gerakan reformasi ini tercetusnya adalah kerana kesederan kita semua bagi menegakkan keadilan.

Setiap orang mempunyai komitmen yang lain apasalah meluangkan masa barang sehari untruk menghadiri kes rayuan tersebut.

Muka yang sama saja yang berada di Mahkamah tersebut.

Jangan kita serik untuk berhimpun seperti mana yang pernah kita lakukan semasa Seperti tahun 98.Perhimpunan yang ramai amat diperlukan utnuk menunjukan kepada pemerintah segala tindak tanduk kerajaan yang zalim tidak akan kita maafkan.Sedang perhimpunan ceramah PAS juga dihentam dengan air asid dan gas pemidih mata.

Kegagalan kita di Indera kayangan adalah kegagalan kita bersama baik Pemimpin juga ahli Keadilan (bukan semua)namun ibarat nila setitik ianya mengakibatkan gambaran yang amat buruk bagi BA.Jikalau di setiap Pilihanraya kecil yang tidak beberapa hari kita berhimpun,apa salah luangkan masa untuk menghadiri kes reayuan DSAI.

Kemungkinan Piliharaya akan diadakan 2003 ini kita harus rapatkan saf bagi memimpin kegerakan reformasi memenangi hati rakyat,Jangan menjadi sebagaimana terjadi diperhimpunan rayuan DSAI tempohari.

Yang benar

Reformis Kuala Pilah






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com