UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PERWAJA HAMPIR BANKRUP, ERIC CHIA HIDUP KAYA RAYA MAHATHIR TERUS MELINDUNGINYA

Selepas hampir enam tahun, skandal Tan Seri Eric Chia dengan Perwaja, yang hampir muflis kerana rasuah, sudah lenyap sama sekali. Yang melenyapkannya tidak lain tidak bukan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, kerana Eric Chia ialah kroni kesayangan beliau.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mendedahkan dalam Parlimen bahawa Perwaja:

(a) mengalami rugi bertimbun sebanyak RM2985 ribu juta,
(b) berhutang dengan bank sejumlah RM7 bilion,
(c) memberikan kontrak bernilai RM975 juta kepada syarikat-syarat

yang mempunyai hubungan dengan Datuk Koh Mah Shoon dan Ng Kim Lin, dan membayar RM76.4 juta kepada NKK Corporation melalui Frisham Enterprises di Hong Kong, iaitu sebuah syarikat yang tidak wujud. PM Mahathir murka kerana pendedahan ini.

PRM telah membangkitkan skandal ini berkali-kali, melalui kempen risalah,aduan kepada BPR dan juga langkah perundangan. Akan tetapi, selama lebih empat tahun pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) memberi alasan mereka sedang menyiasat dan prosesnya lambat sebab kononnya siasatan perlu dilakukan di luar negara.

Akhirnya, dalam bulan September 2000 Pengarah BPR waktu itu, Datuk Mohd Zakim Hussein, bertubi-tubi mengeluarkan kenyataan bahawa BPR sudah dapat mengumpulkan cukup bukti.

Tidak lama kemudian Mohamad Zaki dipindahkan (kini beliau menjadi salah seorang Pengerusi Lembaga Penasihat bagi mendengar kes-kes tahanan ISA). PM melantik seorang pegawai polis sebagai pengganti. Sejak itu, kes Perwaja tidak kedengaran lagi. Bahkan sejak itu juga BPR menjadi lumpuh.

Eric Chia kni masih berada di Malaysia. Beliau hidup mewah dalam sebuah kompleks beberapa buah mahligai sepanjang jalan 14/56, Petaling Jaya. Nombor 23, 25 dan 29 merupakan tiga buah mahligai tersergam. Dua daripadanya setinggi empat tingkat dan mempunyai tingkat bawah tanah. Bagaimanakah beliau boleh dibenarkan membina bangunan lebih tinggi daripada dua tingkat di kawasan kediaman, tanpa apa-apa tindakan daripada MPPJ?

Pada kawasan nombor 27 pula, beliau telah membina kolam renang dengan air terjun yang tinggi. Selain itu ada dua buah lagi rumah dalam kompleks tersebut, satu untuk meletak kereta-kereta mewah beliau dan satu lagi tidak diketahui. Sekarang kawasan di belakang kompleks ini sedang dipagar dan dibersihkan. Khabarnya, Eric Chia sedang merancang untuk menambah lagi mahligainya.

Perwaja bernazak panjang. Sebenarnya ia sudah bankrup. Tidak ada tanda penyiasatan ke atas Eric Chia akan dilanjutkan oleh BPR atau polis. Sudah tentu beliau tidak akan dihadapkan ke mahkamah. Dr Mahathir terus memberikan perlindungan kepada kroni beliau yang sangat disayangi ini.

Suara PRM






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com