UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Era kebangkitan Islam semakin hampir (2)

....sambungan

Kemunculan 2 Usamah pada zaman yang berbeza

Dunia Islam juga berpeluang menyaksikan kemunculan kedua-dua Usamah ini biarpun pada zaman yang berbeza iaitu Usamah Bin Zaid dan Usamah Bin Laden. Sudah tentu ada hikmahnya di sebalik sesuatu yang terjadi itu dan ini jelas membuktikan kebesaran dan keagungan Allah Yang Maha Esa. Kini, Usamah Bin Laden mengetuai panji Islam memerangi kebiadapan dan keangkuhan Amerika Syarikat dan sekutunya.

Tunduknya kerajaan Malaysia pada keangkuhan Amerika Syarikat

Kerajaan Malaysia telah menunjukkan satu contoh teladan yang buruk dan amat mengecewakan apabila membiarkan media massa tempatan menjadi alat propaganda Amerika Syarikat untuk memburukkan Taliban. RTM sendiri menyiarkan rencana CNN yang berunsurkan fitnah dan memburuk-burukkan kerajaan Taliban selama 2 hari melalui rancangan Berita Dunia. Malah media-media massa pengampu kerajaan ini (RTM, TV 3, Utusan Malaysia dan yang sealiran dengannya) telah menggambarkan Pakatan Utara(Northern Alliance) sebagai sebuah kerajaan Islam yang sah sedangkan kerajaan Taliban dilabel sebagai rejim yang ganas dan tidak berperikemanusiaan.

Jika benar Taliban itu satu rejim yang ganas, mengapa pula mereka sanggup membebaskan wartawan Britain dan Perancis yang telah ditahan atas tuduhan mengintip. Sebaliknya, kerajaan Taliban juga tidak tunduk kepada desakan Amerika Syarikat untuk menyerahkan Usamah Bin Laden. Kegagalan Amerika Syarikat menunjukkan gambar pemimpin tertinggi Taliban iaitu Mullah Muhammad Umar jelas menunjukkan tuduhan yang mengatakan kerajaan Taliban adalah boneka Amerika Syarikat atau agen CIA selama ini adalah tidak berasas.

Malah kezaliman kerajaan Pakatan Utara(Northern Alliance) yang pernah memerintah selama 5 tahun dan telah mengorbankan 50000-63000 nyawa, kebanyakannya orang awam ketika bercakaran sesama sendiri untuk merebut tampuk pemerintahan negara masih segar di dalam ingatan rakyat Afghanistan. Aneh! Pakatan Utara yang telah 10 tahun memerangi tentera Soviet Union sanggup bersekutu pula dengannya untuk memerangi kerajaan Taliban di Afghanistan. (Apa gunanya perang selama 10 tahun dengan Soviet Union). Oleh kerana tamakkan kuasa, Pakatan Utara tergamak bersekongkol dengan kuasa asing untuk menyerang kerajaan Taliban di Afghanistan. Sungguh menghairankan mengapa kerajaan Malaysia tergamak mengiktirafnya sebagai sebuah kerajaan Islam yang sah di Afghanistan.

Barangkali kerajaan Malaysia mengamalkan dasar pro Amerika Syarikat bagi mengelakkan ancaman serangan Amerika Syarikat atau sekadar melindungi kepentingan peribadi golongan tertentu. Tidak mustahil ianya juga disebabkan oleh pelaburan besar Amerika Syarikat di Malaysia. Pemilihan sebuah firma Yahudi, Solomon Smith Barney sebagai penasihat ekonomi negara jelas menunjukkan kerajaan Malaysia mengamalkan polisi pro Amerika Syarikat. Namun begitu, cukup dikesali apabila kerajaan Malaysia mengambil kesempatan di atas insiden yang berlaku di WTC dan Pentagon untuk menyerang PAS habis-habisan.

Sehingga kini ramai ahli-ahli perniagaan, pensyarah universiti, kakitangan kerajaan, golongan professional, cendekiawan dan sebagainya telah ditahan di bawah ISA atas dakwaan menganggotai Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan cuba mendirikan sebuah negara Islam secara kekerasan. Ramai yang ditahan itu merupakan ahli PAS termasuklah anak lelaki Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sendiri. Setelah puas bergaduh dengan raja-raja Melayu, TPMnya, golongan ulama, kakitangan kerajaan, Tok-tok Imam, Khatib dan Ahli Jawatankuasa Masjid, pensyarah dan pelajar universiti, peneroka dan orang-orang kampung, Dr Mahathir kini menjadikan kanak-kanak tadika PASTI yang masih belum mumayyiz sebagai sasaran terbarunya. Apakah ini ciri-ciri sebuah negara Islam yang dikehendaki oleh Dr Mahathir?

Secara rasionalnya, UMNO boleh melalui jalan yang dilalui oleh Presiden Pakistan, Pervez Musharraf ataupun Pakatan Utara(Northern Alliance) yang lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri daripada kepentingan rakyat negaranya. UMNO juga boleh memilih jalan yang dilalui oleh Mullah Muhammad Omar tetapi menghadapi risiko diserang oleh Amerika Syarikat. Kebencian rakyat ataupun keutamaan musuh Islam yang menjadi pilihan UMNO?

Ancaman Order Baru Dunia

Kebangkitan Islam dewasa ini amat mengerunkan Amerika Syarikat dan sekutunya dari negara-negara Barat. Setelah keruntuhan Empayar Soviet Union dan berakhirnya era Perang Dingin, pertentangan di antara Tamadun Barat dengan Tamadun Islam(The Clash Of The Civilization) tidak dapat dielakkan lagi. Lebih-lebih lagi dengan kephobiaan Barat terhadap Islam menyebabkannya merasa cukup tergugat dan tercabar dengan pesaingnya itu.

Fenomena kemunculan Imam Mahadi yang akan mencetuskan kebangkitan Islam turut meresahkan Amerika Syarikat. Persoalannya ialah bila dan di manakah Islam akan bangkit? Sehingga kini sahaja puluhan ribu tentera Amerika Syarikat telah ditempatkan di rantau Asia sahaja kerana Amerika Syarikat sendiri belum dapat memastikan saat kebangkitan Islam dan di manakah ianya akan berlaku?

Berselindung di sebalik kata dua "sama ada menyokong Amerika Syarikat ataupun pengganas", Amerika Syarikat telah mengambil tindakan drastik dengan melaksanakan Order Baru Dunia(New World Order) semata-mata untuk menangkis kebangkitan Islam. Hakikatnya, muslihat sebenar Amerika Syarikat adalah untuk menguasai dunia. Serangan Amerika Syarikat ke atas Afghanistan dengan menjadikan Usamah Bin Laden sebagai alasan menyerlahkan lagi tembelangnya sedangkan tidak ada bukti kukuh untuk mengaitkan beliau dengan insiden yang berlaku di WTC dan Pentagon.

Pengakuan Amerika Syarikat bahawa sasaran bukan tertumpu kepada Afghanistan sahaja telah mendatangkan rasa curiga kepada negara-negara Islam kerana terdapat andaian yang mengatakan Iraq, Sudan, Somalia dan beberapa negara Islam akan menjadi mangsa di dalam "peperangan alaf baru ini". Matlamat Order Baru Dunia semakin tercapai dan kini telah menjangkaui rantau Asia Tenggara.

Amerika Syarikat telah mengadakan persiapan dan perancangan jangka panjang yang cukup rapi bagi melaksanakan Order Baru Dunia ini iaitu dengan memindahkan pengkalan tenteranya di Subic dan Clark di Filipina ke Singapura. Ini untuk memudahkan lagi Amerika Syarikat memantau sebarang kebangkitan umat Islam di rantau ini yang mempunyai majoriti penduduk Islam di Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Langkah seterusnya ialah mengadakan kerjasama dengan kerajaan di Filipina, Malaysia, Singapura dan Indonesia di dalam kempen memerangi keganasan untuk menyekat perkembangan gerakan Islam di negara-negara berkenaan. Setelah MNLF dan MILF "digula-gulakan" dengan hak pemerintahan autonomi di Mindanao, gerakan jihad di sana seolah-olah telah mati. Implikasinya, MNLF menjadi semakin lemah dan mengalami perpecahan dan sehingga kini ia sukar mencapai kata sepakat dengan MILF dan Abu Sayyaf berhubung masa depan umat Islam di wilayah tersebut.

Kejayaannya melemahkan gerakan Islam di Filipina memudahkan lagi usaha Amerika Syarikat melaksanakan Order Baru Dunia di rantau ASEAN. Seterusnya Amerika Syarikat telah memindahkan armada tentera dan mendirikan pengkalan di Singapura, satu-satunya negara ASEAN yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Order Baru Dunia ini perlu dilaksanakan segera supaya kebangkitan Islam di Indonesia, Malaysia, wilayah selatan Thailand dan Mindanao dapat dibendung.

Lebih membimbangkan Amerika Syarikat ialah apabila Indonesia dan Malaysia bertukar menjadi sebuah negara Islam yang sebenar. Ini kerana Amerika Syarikat tidak akan membiarkan mana-mana negara Islam melaksanakan Hukum Islam dan ini jelas terbukti dengan apa yang berlaku kepada kerajaan Taliban di Afghanistan, Pakistan, Sudan, Nigeria, Ikhwanul Muslimin di Mesir dan Syria, parti FIS di Algeria, Iran, parti Refah di Turki dan lain-lain lagi.

Kewujudan negara Islam ditakuti akan mengugat sistem demokrasi dan keunggulan Tamadun Barat kebanggaan Amerika Syarikat dan sekutunya. Kelak, negara-negara Islam tidak lagi akan berada di bawah naungan kuasa Barat dan bergantung kepadanya. Senario sebeginilah yang amat membimbangkan Amerika Syarikat kerana sudah pasti negara-negara Islam tidak akan tunduk kepadanya lagi.

Oleh itu, Indonesia dilemahkan dengan krisis dalamannya seperti pergaduhan etnik dan agama di Kalimantan, Ambon dan Timor-Timor, perebutan jawatan Presiden Indonesia serta kemelesetan ekonomi dan kejatuhan matawang Rupiah. Malah, sejak kejatuhan Presiden Suharto seolah-olah telah wujud kerajaan boneka di Indonesia. Di Malaysia pula, rakyatnya dialpakan dengan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelahiran parti Keadilan dan persaingan sengit di antara UMNO dan PAS untuk merebut kuasa pemerintahan negara. Implikasinya, kaum Melayu yang merupakan kaum dominan di Malaysia dan beragama Islam telah berpecah-belah.

Amerika Syarikat berpura-pura bersimpati dengan nasib yang menimpa mantan TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyokong perjuangannya sedangkan pada waktu yang sama UMNO telah ditekan supaya tidak membiarkan PAS melaksanakan konsep "Islamic State" di Malaysia. Seterusnya masyarakat Cina melalui Suqiu pula "dicucuk" supaya mencabar hak keistimewaan kaum Melayu menandakan permulaan zaman gelap umat Islam di Malaysia.

Lebih menyedihkan lagi UMNO setelah diprovokasikan oleh Amerika Syarikat, bertindak agresif dan zalim terhadap PAS dengan menarik balik royalti ke atas Terengganu, memecat imam-imam dan tok siak-tok siak masjid yang pro pembangkang, menangkap aktivis-aktivis PAS dan menahannya di bawah ISA kerana dituduh terlibat dengan aktiviti-aktiviti militan iaitu Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan sebagainya. Persoalannya apakah selepas ini kerajaan Malaysia akan menangkap Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dan menyerahkannya kepada Amerika Syarikat semata-mata beliau adalah senior dan satu sekolah dengan Mullah Muhammad Umar.

Perlu diingat meskipun UMNO kelihatan sealiran dengan Amerika Syarikat berdasarkan kepada gaya, imej dan barangkali pemikirannya serta dianggap "lebih liberal" tidak bermakna UMNO telah berjaya memuaskan hati negara tersebut. Buktinya, Amerika Syarikat masih menyenaraikan Malaysia sebagai negara pengganas kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Malaysia tidak menyokongnya secara terbuka menyerang Afghanistan.

Ancaman yang diberikan oleh Usamah Bin Laden dan pertubuhan Al Qaidah untuk mengancam kepentingan Amerika Syarikat di seluruh dunia telah berjaya menakutkannya. Seterusnya, UMNO mengambil tindakan tegas dengan menahan 23 rakyatnya di bawah ISA yang kononnya anggota KMM sebagai usahanya untuk mengambil hati Amerika Syarikat. Kebanyakan mereka yang ditahan itu adalah aktivis PAS yang pernah berjuang di Afghanistan ketika menentang kekejaman Empayar Soviet Union. Ini memburukkan lagi perhubungan UMNO dan PAS tetapi berjaya mengeratkan lagi hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Persoalannya ialah sampai bilakah kerajaan Malaysia ingin mengampu Amerika Syarikat?

UMNO perlu sedar siapakah musuhnya yang sebenar ketika giat memerangi PAS habis-habisan? Bagaimana dengan Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew yang lantang menyuruh Malaysia menyerang negaranya serta bersikap celupar dan biadap mencampuri urusan dalaman negara. Isu Pulau Batu Putih yang menjadi perebutan kedua-dua negara masih menemui jalan buntu. Begitu juga dengan isu perjanjian bekalan air yang merugikan Malaysia tetapi menguntungkan Singapura dan pencerobohan berterusan jet-jet pejuang Singapura ke dalam sempadan Malaysia sebagai alasan menjalani latihan ketenteraan. Malah ada laporan yang mengatakan terdapat tentera darat Singapura yang telah memasuki Johor dengan alasan menjalani latihan ketenteraan. UMNO juga perlu berwaspada dengan hubungan intim di antara MCA dengan PAP yang memerintah Singapura, pengagihan penempatan kawasan perumahan mengikut komposisi penduduk yang tidak adil oleh Gerakan di Pulau Pinang serta parti serpihan PAP iaitu DAP yang berhaluan kiri.

Terkini, terdapat beberapa orang bijak pandai dari Pulau Pinang berketurunan Cina (dari parti Gerakan atau MCA) yang telah menukar kewarganegaraannya dan telah mewakili PAP ketika pilihanraya umum Singapura baru-baru ini. Ada di antara mereka berkelulusan ijazah perancang bandar(town planning) dan telah dijanjikan jawatan di dalam kabinet Singapura kelak.

Kerajaan Malaysia perlu segera memantau berapa ramaikah rakyat Singapura yang telah memiliki hartanah di Pulau Pinang. Ini kerana kepadatan penduduk yang tinggi di Singapura akan mendorong mereka berpindah ke negara lain. Terdapat teori yang mengatakan Singapura cuba untuk menguasai negeri Pulau Pinang dan Melaka untuk membentuk sebuah Republik negeri-negeri Selat yang baru. (Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. Tidak hairanlah ketika ini Singapura cuba mendapatkan kerjasama MCA, Gerakan dan DAP bagi menjayakan hasratnya itu. Kelak dibimbangkan kedaulatan negara akan tergugat sekiranya kerajaan tidak bertindak segera menangani masalah ini. Ramai pelarian Indonesia, Filipina, Vietnam, Myanmar, Bangladesh dan lain-lain lagi yang telah berjaya memasuki Malaysia dan hidup seperti orang awam. Persoalannya ialah berapa ramaikah rakyat Singapura yang telah menjadi warganegara Malaysia?

Sepatutnya kerajaan yang diterajui oleh UMNO perlu mengetatkan lagi kawalan sempadan dengan menghantar lebih ramai lagi askarnya di sempadan Malaysia-Thailand, Malaysia-Filipina dan Malaysia-Singapura bagi mengelakkan sebarang pencerobohan oleh anasir-anasir luar. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, Amerika Syarikat mungkin akan menyerang Malaysia melalui pengkalannya di Singapura ataupun Thailand.

Peringatan yang diberikan oleh Amerika Syarikat bahawa perang ini akan berlarutan dan negara-negara lain yang dilabel sebagai negara pengganas akan dijadikan sasaran menjadikan spekulasi ini semakin berasas. Pilihan terletak kepada UMNO sama ada menyokong Amerika Syarikat atau menyebelahi Islam tetapi akan dituduh sebagai pengganas. Apakah UMNO akan memerangi saudara seagamanya iaitu PAS sebagaimana yang dikehendaki oleh Amerika Syarikat ataupun bahu membahu bersama PAS memerangi Amerika Syarikat dan sekutunya.

Jasa kerajaan Malaysia sedikitpun tidak dihargai meskipun sanggup menjadi barua Amerika Syarikat. Contohnya Filem Black Hawk Down yang mengisahkan perjuangan tentera Amerika Syarikat di Somalia sedikitpun tidak menyebut sumbangan yang telah diberikan oleh Batalion Malaysia(Malbatt) ketika menyertai Operasi PBB di Somalia(Unosom) 1993 sehingga mengorbankan seorang anggotanya iaitu Allahyarham Prebet Mat Aznan Awang ketika cuba menyelamatkan tentera Amerika Syarikat. Sebaliknya, tentera pengaman Malaysia telah dipersalahkan oleh Amerika Syarikat kerana dikatakan kurang cekap dan tidak terlatih sehingga mengakibatkan 18 anggota komandonya terkorban.

Tindakan kerajaan Malaysia menangkap bekas pemimpin MNLF, Nur Misuari dan menghantarnya pulang ke Filipina sedikit-sebanyak telah membantu Amerika Syarikat melemahkan gerakan Islam di Filipina dan seterusnya akan memudahkan lagi usahanya melaksanakan Order Baru Dunia di rantau Asia Tenggara. Strategi Amerika Syarikat memindahkan armada tentera dan mendirikan pengkalan di Singapura, satu-satunya negara ASEAN yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel membolehkannya memantau sebarang kebangkitan Islam di Indonesia, Malaysia dan wilayah Selatan Thailand. Laporan terkini mengatakan lebih 600 tentera Amerika Syarikat telah ditempatkan di Mindanao untuk menentang kumpulan Abu Sayyaf dan 1000 lagi tenteranya telah ditempatkan di Timor-Timor.

Kempen memerangi keganasan ini telah mengakibatkan 23 orang telah ditahan di Malaysia kerana disyaki oleh kerajaan Malaysia menganggotai Kumpulan Mujahidin Malaysia yang kemudiannya ditukar nama kepada kumpulan Militan Malaysia. 13 Jemaah yang dilabelkan sebagai militan juga telah ditahan di Singapura kerana disyaki terbabit dalam komplot meletupkan sebuah bas yang akan dinaiki oleh anggota tentera laut Amerika Syarikat, kedutaan Amerika Syarikat, Israel dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia. Di Filipina, seorang rakyat Indonesia,Fathur Rohman telah ditahan kerana disyaki pakar bahan letupan. Abu Bakar Bashir, yang dikehendaki oleh Malaysia dan Singapura pula kerana dituduh menjadi mastermind kepada gerakan militan di rantau ASEAN adalah pemimpin Jemaah Islamiah dan Ketua Majlis Mujahidin Indonesia.

Amerika Syarikat cukup keji dan licik berselindung di sebalik kempen memerangi keganasan sedangkan apa yang diperanginya selama ini ialah umat Islam itu sendiri. Malah kesudiaan sebahagian kerajaan yang mendakwa negaranya adalah sebuah negara Islam termasuklah kerajaan Malaysia menyertai komplot memerangi keganasan ini telah memudahkan lagi usaha Amerika Syarikat untuk menghancurkan gerakan Islam di seluruh dunia.

Sebahagian senarai musuh-musuh Amerika Syarikat yang dianggap pengganas di rantau Asia Tenggara ialah POLO di Selatan Thailand, PAS, JIM, PUM, ABIM di Malaysia, GAM(Acheh), Laskar Jihad di Indonesia dan MNLF, MILF dan Abu Sayyaf di Filipina. Hakikatnya, gerakan Islam inilah yang menjadi musuh dan batu penghalang kepada Amerika Syarikat untuk menjayakan hasratnya melaksanakan Order Baru Dunia.

Isu pendatang tanpa izin Indonesia di Malaysia telah dipergunakan oleh Amerika Syarikat untuk memaksa Indonesia menyertai kempen memerangi keganasan bersama-sama Filipina, Malaysia dan Singapura. Sebenarnya, bekas-bekas pejuang Mujahidin yang pernah berjihad di Afghanistan dan mereka yang pernah belajar di madrasah-madrasah di Pakistan telah dijadikan sasaran oleh Amerika Syarikat kerana bimbang kepentingannya di seluruh dunia termasuklah bangunan-bangunan kedutaan, pengkalan-pengkalan tentera dan premis-premis perniagaan terancam ekoran serangannya ke atas Afghanistan baru-baru ini.

Kephobiaan Amerika Syarikat terhadap jihad tidak sukar difahami kerana ianya senjata ampuh umat Islam menentang musuh Islam. Peliknya, mengapa kerajaan Malaysia pula yang turut sama phobia kepada jihad?

Tindakan FBI menggeledah pesawat Saudi Airlines dan Pakistan International Airlines yang membawa jemaah haji ke Tanah Suci kerana mensyaki terdapat pemimpin kanan pertubuhan Al Qaidah dan Taliban yang cuba melarikan diri ke Arab Saudi menunjukkan betapa gerunnya mereka terhadap kesatuan Islam yang tidak mustahil akan bermula ketika musim haji kelak. Barangkali mereka bimbang umat Islam yang berkumpul di Tanah Suci akan mengisytiharkan Amerika Syarikat, Israel dan sekutunya adalah musuh Islam dan bertekad untuk berjihad memerangi mereka habis-habisan.

Cabaran kepada Order Baru Dunia(New World Order)

Cabaran kepada perlaksanaan Order Baru Dunia(NWO) ialah golongan ulama, bekas mujahid-mujahid Islam, madrasah-madrasah, sekolah-sekolah agama dan universiti-universiti Islam yang membentuk sistem pendidikan Islam. Ketiga-tiga elemen ini iaitu tokoh-tokoh ulama, mujahid-mujahid Islam dan sistem pendidikan Islam mampu mengugat dasar perluasan kuasa Amerika Syarikat sekaligus meruntuhkan keangkuhan Tamadun Barat. Ini kerana ketiga-tiga elemen ini berupaya membangkitkan semangat Jihad di kalangan umat Islam dan kekuatan. Semangat Jihadlah yang cukup ditakuti oleh kuasa Barat sehingga menjadi senjata ampuh umat Islam menundukkan Empayar Soviet Union dan tentera-tentera Salib ketika Perang Salib.Tidak hairanlah mengapa ketiga-tiga elemen ini sering menjadi sasaran Amerika Syarikat dan sekutunya.

Fakta-fakta penting

Fakta-fakta penting yang perlu direnungi:

1. Peperangan di antara Afghanistan dengan Amerika Syarikat dan sekutunya (termasuklah negara-negara Islam yang pro Barat) menandakan bermulanya The Clash of The Civilization yang turut diakui oleh seorang sarjana Barat terkemuka dari Universiti Harvard, Samuel Huttington.

2. Peperangan di antara kekuatan nuklear dengan kekuatan dari gua.

3. Peperangan di antara negara termiskin dan termundur di dunia dengan negara yang terkaya dan termaju di dunia.

4. Peperangan di antara negara yang rakyatnya rata-rata mempunyai satu rumah satu komputer dengan negara yang rakyatnya mempunyai satu rumah satu kubu.

5. Kemunculan 2 Usamah tetapi pada zaman yang berbeza memimpin umat Islam menentang kuasa besar dunia iaitu Usamah Bin Zaid memimpin umat Islam menumbangkan empayar Rom (pada zaman Khalifah Abu Bakar As Siddik) sedangkan Usamah Bin Laden memimpin umat Islam menentang Amerika Syarikat dan sekutunya.

6. Peperangan di antara tentera Imam Mahadi dengan tentera Dajal

7. Zaman Usamah Bin Zaid adalah zaman perluasan empayar Islam yang ketika itu diterajui oleh Khalifah Ar Rasyidin Abu Bakar As Siddik sedangkan zaman Usamah Bin Laden adalah zaman Dark Ages buat umat Islam kerana mereka tidak mempunyai seorang pemimpin atau khalifah yang mampu memimpin mereka menundukkan musuh Islam. Oleh itu, umat Islam sering ditindas dan wilayah mereka dirampas seperti Baitul Muqaddis, Tebing Gaza, Bukit Golan, wilayah Islam di Asia Tengah seperti Kazakstan. Uzbekistan. Tajikistan, Turkmenistan, Krygzstan, Rantau Caucacus seperti Chechnya, Dagestan, Abkhazia, Xinjiang di China, Kashmir di India, negara-negara Arab dan lain-lain lagi atas dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh emperialis Barat dan Rusia.

8. Kesungguhan dan keberanian kerajaan Taliban (Ansar) melindungi Usamah Bin Laden(Muhajirin) telah memperlihatkan kepada umat Islam tentang kesinambungan tradisi persaudaraan di antara kaum Ansar dan Muhajirin yang masih lagi berterusan hingga ke hari ini.

9. Peperangan di antara Al Jazeera dengan CNN(Perang Media)

Apakah Taliban dan Al Qaidah telah tewas?

Peperangan yang berlaku di Afghanistan ini seolah-olah ada persamaan dengan Perang Badar kerana ianya berlaku pada bulan Ramadhan, Perang Uhud kerana ianya berlaku di bukit-bukit dan gunung-ganang serta perang Khandaq kerana tentera Taliban dikepung oleh musuh-musuhnya dari segenap penjuru iaitu dari Uzbekistan, Tajikistan, Pakistan, Iran dan China. Lebih teruk lagi tentera Taliban menghadapi lebih daripada 1600 serangan udara dengan pelbagai jenis bom sejak peperangan ini berlaku.

Berita terbaru yang diterima mengatakan 5000 pejuang Taliban dengan 450 kereta kebal, kereta perisai dan kenderaan pikap telah menggempur tentera AS di Kandahar amat memeranjatkan Amerika Syarikat kerana setelah dihujani dengan bom-bom dari udara oleh jet-jet pejuang Amerika Syarikat, Taliban masih mampu menyerang balas. Inilah yang dinamakan strategi peperangan. Berundur terlebih dahulu untuk memerangkap musuh dan cuba mengumpulkan kekuatan di samping menunggu masa yang sesuai untuk menyerang balas. Taktik sebegini pernah dilakukan oleh Khalid Al Walid ketika perang Uhud dahulu. Dipercayai Taliban dan pertubuhan Al Qaidah menggunakan starategi ini kerana:

1. Untuk mengelakkan lebih ramai orang awam menjadi mangsa serangan udara yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat.

2. Menyusun semula kekuatan di samping mengenalpasti siapakah sebenarnya kawan dan musuh di dalam selimut.

3. Untuk memerangkap Amerika Syarikat dan Pakatan Utara supaya menggunakan tentera darat mereka semaksimumnya untuk berkubu di wilayah-wilayah Afghanistan. Selepas ini akan mudahlah Taliban mengepung dan menyerang musuh-musuh mereka kerana ketika ini Amerika Syarikat tidak dapat melancarkan serangan udara kerana bimbangkan keselamatan tenteranya. Musuh –musuh Taliban dan Al Qaidah ini tidak dapat melarikan diri akibat terkepung dan tibalah saatnya bagi tentera darat Amerika Syarikat menggali kubur mereka dan mula menyesali tindakan terburu-buru mereka menceroboh Afghanistan.

Pengalaman Taliban dan pertubuhan Al Qaidah berperang dengan empayar Soviet Union selama 10 tahun berbekalkan semangat jihad yang tinggi memang tidak diragui lagi. Persoalannya ialah di manakah Taliban menyimpan kelengkapan senjata mereka sebelum ini? Pada waktu yang sama keutuhan Pakatan Utara(Northern Alliance) semakin longgar. Di Utara,tentera yang disokong oleh Burhanuddin Rabbani telah beberapa kali berperang dengan tentera yang disokong oleh Abdul Rashid Dostum. Di Kandahar pula, Gul Agha telah bersengketa dengan Mullah Naqibullah. Peluang inilah yang ditunggu-tunggu oleh Taliban dan pertubuhan Al Qaidah untuk menyerang musuh-musuhnya iaitu ketika mereka semakin alpa dan lemah.

Pemerintahan Taliban diakui berkesan

Baru 10 minggu Taliban tinggalkan Kabul, rakyat Afghanistan mula menyedari mereka lebih selamat di bawah pemerintahan Taliban. Pembunuhan rampasan dan rompakan yang berlaku di ibu kota telah mencetuskan suasana yang tidak aman biarpun terdapat 4500 tentera PBB di Kabul. Persengketaan dan ketidakstabilan di Utara dan Selatan Afghanistan bakal mewujudkan konflik baru yang berterusan. Sekurang-kurangnya 30 ribu tentera pengaman PBB diperlukan untuk menjaga keamanan di Afghanistan.

Keberkesanan pemerintahan Taliban terbukti apabila kerajaan sementara di Afghanistan akan melaksanakan undang-undang syariah sebagai sebahagian daripada usaha memerangi jenayah. Ketua Hakim, Fazul Hadi Shinwari, 67, berkata, beliau mahukan mereka yang terbabit dalam maksiat disebat atau direjam hingga mati,pencuri dipotong tangan dan pembunuh digantung di hadapan khalayak ramai, sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan Taliban terhadap penjenayah selama 6 tahun memerintah negara itu.

“Allah memerintahkan bahawa hukuman itu perlu disaksikan oleh orang ramai sebagai pengajaran,” kata Fazul Hadi dalam temuramah dengan Reuters. Hukuman seumpama itu yang dilaksanakan oleh Taliban di samping mengarahkan wanita menutup aurat dan lelaki menyimpan janggut, dikecam hebat oleh Barat. Menurut Fazul Hadi, masalah utama yang dihadapi ialah golongan Bukan Islam dan Barat menentang undang-undang syariah. Hanya Allah lebih mengetahui hukuman yang sesuai untuk makhluknya,” kata ketua hakim itu.

Jelas menunjukkan selama ini apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Taliban adalah selaras dengan kehendak undang-undang syariah tetapi telah dimanipulasikan oleh media-media Barat khususnya CNN dengan tujuan untuk memburuk-burukkan kesucian dan kemurnian Islam.

Era kebangkitan Islam

Kesahihan hadis di bawah ini perlu segera dikaji oleh mufti-mufti dan tokoh-tokoh ulama tempatan. Ini kerana ramai di kalangan umat Islam akan tertanya-tanya apakah saat kemunculan Imam Mahadi semakin hampir dan benarkah kebangkitan Islam akan bermula di Khurasan, sebuah wilayah di dalam negara Iran. Persoalan seterusnya ialah apakah golongan ini daripada pertubuhan Al Qaidah yang telah bersembunyi di Iran kerana bendera yang mereka kibarkan juga berwarna hitam.

Daripada Abu Hurairah (RA), beliau berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

"(Tentera-Tentera yang membawa) Panji-Panji Hitam akan muncul dari Khurasan. Tidak ada kuasa yang mampu menghalang mereka; dan mereka akhirnya akan sampai di Eela (Baitul Maqdis) di mana mereka akan menaikkan Panji-Panji mereka di sana"

Dasar luar Amerika Syarikat yang jelas double standard dan sering menyebelahi rejim Zionis di samping memusuhi umat Islam akan menyemarakkan lagi pergolakan di Timur Tengah khususnya yang melibatkan isu Palestine. Sebaliknya, Israel dibiarkan oleh Amerika Syarikat menindas dan menganiaya rakyat Palestine dengan sewenang-wenangnya biarpun perbuatan yang dilakukan itu tidak berperikemanusiaan. Jelas menunjukkan bahawa kempen memerangi keganasan adalah sandiwara Amerika Syarikat semata-mata.

Sepatutnya Israel diperangi oleh Amerika Syarikat kerana menaja keganasan tetapi Amerika Syarikat tetap mempertahankan Israel apabila mengunakan kuasa vetonya membatalkan usul majlis keselamatan PBB untuk menghantar pasukan pemerhati PBB ke Timur Tengah. Benarlah kata-kata bekas Menteri Pertahanan Israel, Moshe Dayan, Israel adalah benteng hadapan Tamadun Barat untuk menghadapi kebangkitan Islam. Kejatuhan Israel akan mengundang kepada tumbangnya Tamadun Barat.Maka tidak hairanlah mengapa Amerika Syarikat besungguh-sungguh mempertahankan segala tindakan Israel.

Hakikatnya kebangkitan Islam tidak akan dapat disekat biarpun umat Islam ditindas dan dihalang daripada berjihad membantu saudara seagamanya yang diancam oleh musuh-musuh Islam. Malah kebangkitan Islam pasti akan berlaku biarpun ada di kalangan pemimpin-pemimpin Islam dan ulama-ulama Islam yang bersekongkol dengan musuh-musuh Islam. InsyaAllah, Islam akan berkembang selagi ada ketiga-tiga elemen yang sanggup mempertahankan kemurnian Islam iaitu golongan ulama pewaris nabi, sistem pendidikan Islam dan mujahid-mujahid Islam.

Tidak dinafikan selama ini semangat jihadlah yang menjadi senjata ampuh umat Islam untuk menumbangkan keangkuhan musuh-musuhnya. Sejarah pernah membuktikannya tetapi mereka masih enggan belajar daripada kegagalan nenek moyang mereka di masa silam. Perang Salib telahpun bermula dan pertembungan di antara dua tamadun(The clash of the civilizations) tidak dapat dielakkan lagi.

Ketika Perang Yarmuk, seorang panglima Rom bernama Mahan telah berkata kepada Khalid Al Walid: " Kami mengetahui bahawa yang mendorong kamu keluar dari negeri kalian tak lain hanyalah kelaparan dan kesulitan..Jika kamu setuju, saya akan berikan kamu setiap seorang 10 dinar lengkap dengan pakaian dan makanan, asalkan kamu kembali ke negeri kamu. Pada tahun yang akan datang saya akan kirimkan sebanyak itu juga.

Mendengar kata-kata Mahan itu, bukan main marahnya Khalid Al Walid tetapi ditahannya sambil menggertapkan gigi: ia menganggap suatu kebiadapan di dalam kata-kata panglima Rom itu, lalu diputuskannya akan menjawabnya dengan kata-kata yang sesuai, maka berucaplah dia: "Bahawa yang mendorong kami keluar dari negeri kami, bukan kerana lapar seperti yang anda sebutkan tadi, tetapi kami adalah satu bangsa yang biasa minum darah. Dan kami tahu benar, bahawa tiada darah yang lebih manis dan lebih baik dari darah orang-orang Rom, kerana itulah kami datang!"

Kata-kata seumpama ini akan kedengaran dari mulut pahlawan-pahlawan Islam yang berjihad untuk membela kesucian Islam tidak berapa lama lagi. Persengketaan yang berterusan ini akan menjadi lebih buruk apabila Yasser Arafat ataupun Ariel Sharon dibunuh dan ini akan menyemarakkan lagi The Clash of The Civilizations.

Tindakan Amerika Syarikat memusuhi Islam akan mempercepatkan lagi keruntuhan Tamadun Barat sekaligus mempercepatkan lagi kebangkitan sebuah empayar Islam yang gagah perkasa merentangi wilayah Kashmir, Pakistan (mempunyai senjata nuklear), Afghanistan, negara-negara Islam Asia Tengah iaitu Kazakstan(negara ke 3 terbanyak simpanan senjata nuklearnya di dalam Kesatuan Soviet Union), Uzbekistan, Turkmenistan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan negara-negara Islam di rantau Caucacus iaitu Chechnya, Ingushetia, Ossetia, Dagestan dan lain-lain lagi, Turki serta wilayah Xinjiang di China….insyaAllah.

Kepada umat Islam yang prihatin, wajarlah kita memboikot barangan buatan Amerika Syarikat dan sekutunya yang diantaranya ialah Pampers, Reeboks, Levis, KFC, Nike, McDonald, Coca-Cola, American Express, Citybank, CALTEX, BP, Shell dan lain-lain lagi serta tidak melancong ke negara berkenaan. InsyaAllah, selepas ini rakyat Amerika Syarikat tidak akan berasa selamat lagi jika berada di mana-mana negara termasuklah di Malaysia kerana dasar kerajaannya memusuhi Islam termasuklah menyerang Afghanistan dan mengamalkan polisi berat sebelah ke atas negara-negara Islam khususnya yang melibatkan isu Palestine di Timur Tengah dan krisis kemanusiaan di Iraq, pergolakan di wilayah Kashmir, Chechnya, Bosnia, Kosovo, Xinjiang dan sebagainya.

Kerajaan Malaysia sendiri boleh memilih untuk menjadi barua Amerika Syarikat dan mengikutnya jejaknya menggali kubur sendiri atau turut sama menyertai umat Islam di dalam kempen memerangi musuh Islam. Bukan sukar untuk menjadi seekor anjing kerana anjing tidak sekali-kali akan mengigit tuannya kecuali anjing itu sudah gila atau diserang penyakit anjing gila. Sedarlah! Perjuangan menegakkan Islam memerlukan darah dan air mata…. bukan sekadar sumbangan wang ringgit dan menayangkan muka manis di depan kaca TV dengan nada bongkak dengan penuh kepura-puraan.Apa lagi yang mampu dilakukan oleh kerajaan Malaysia hanyalah mengerakkan ekornya sambil menjelirkan lidah menyalak-nyalak meminta makanan.

Oleh : Utusan dari Pulau Tawar






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com