UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PENYERAHAN SURAT ADUAN DAN TINDAKAN INDIVIDU YANG MENGHINA DAN MENCERCA ISLAM

KENYATAAN MEDIA

4 Februari 2002

PENYERAHAN SURAT ADUAN DAN TINDAKAN KEPADA PENGERUSI MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU BERKAITAN PENULIS DAN INDIVIDU YANG MENGHINA ISLAM DAN MENCERCA AYAT SUCI AL-QURAN SERTA AL- HADITH.

Pada hari ini, 4 Februari 2002, Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Persatuan Ulama' Kedah (PUK), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Jemaah Islah Malaysia (JIM), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Iman International (IMAN), Majlis Persidangan Mahasiswa Islam (MPMI) dan Persatuan Graduan Syariah Malaysia akan menyerahkan satu surat makluman dan aduan kepada Pengerusi Majlis Raja-Raja Melayu di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu berkaitan tindakan beberapa orang individu dan penulis didalam akhbar di negara ini yang secara jelas telah menghina Islam dan mencerca ayat-ayat suci AI-Quran dan AI-Hadith.

Surat ini adalah suatu maklumat terperinci dan juga tuntutan kepada Majlis Raja-Raja Melayu yang menjadi Ketua bagi Agama Islam di setiap negeri supaya mengambil perhatian dan tindakan yang sepatutnya kepada beberapa penulls dan individu yang secara berterusan menghina Islam dan mencerca ayat-ayat AI-Quran dan AI-Hadith.

Beberapa orang penulis dan individu yang diyakini telah cuba menulis atau membuat kenyataan secara sedar, jelas dan berterusan dengan niat dan tindakan untuk menghina Islam. Mereka ini cuba memberi gambaran Islam yang salah dengan mengikut pandangan peribadi mereka semata- mata tanpa dirujuk kepada asas-asas kaedah dan disiplin ilmu pentafsiran AI-Quran dan AI-Hadith yang betul dari persepakatan ulama' yang mu'tabar (yang diterimapakai dan tidak dipertikai oich seluruh ulama').

Kami membantah percubaan plhak-pihak tertentu yang sewenang- wenangnya mahu menjadikan Islam dan hukum-hukum syariat Islam sebagai suatu perdebatan yang bebas mengikut sesuka hati sesiapa sahaja dan mengenepikan asas-asas kaedah dan disiplin ilmu yang betul dalam Islam.

Berbuat demikian bukan sahaja merosakkan imej dan kesucian agama Islam, malah akan menimbulkan kekeliruan yang merbahaya di kalangan masyarakat awam khususnya masyarakat Islam di negara ini.

Kami berpendapat jika agama Islam dibiarkan didebat secara bebas seperti yang ditulis oleh pihak-pihak tertentu tanpa mengikut disiplin ilmu-llmu islain yang betul maka kewibawaan seluruh intitusi- institusi Islam di negara ini akan terdedah kepada cercaan dan penghinaan.

Kami mendapati trend pihak-pihak tertentu yang terus menyerang ulama' dalam tulisan-tulisan mereka di negara ini secara menghina dan bladap tidak dapat kami terima dan kami membantah sekeras-kerasnya.

Persoalannya kenapa ulama' menjadi sasaran serangan yang berterusan oleh pihak-pihak ini. Sememangnya ulama' tidak pernah mendakwa diri mereka sebagal manusia sempurna. Namun jika sekalipun pendapat ulama' mahu dikritik, kenapa mereka perlu dihina dan dicerca dengan mempermain-mainkan dan memperendah-rendahkan peribadi mereka dengan kata-kata menghina seperti: "turbans of the mufti are too tight", "men who dislike shaving, bearded once" dan "ulama' brand of religion"

Berikut ialah antara kenyataan yang ditulis dan disiar oleh penulis dan badan-badan tersebut:

1.0 ISLAM BOLEH DITAFSIR OLEH SESIAPA SEKALIPUN TANPA MENGIRA LATAR BELAKANGNYA.

1.1 "Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama . Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti Al Quran bukanlah milik para ulama semata-mata."
(Zainah Anwar , Pengarah Eksekutif Sisters in Islam : Utusan Malaysia, 26 hb September 2000)

1.2 "Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama )yang telah ketinggalan zaman………. Kepada umat Islam kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran Al Quran berdasarkan kaedah saintifik."
(Kassim Ahmad, New Straits Times, 12 hb Oktober 2000)

2.0 MENGHINA RASULULLAH S.A.W.

2.1 "…the Prophet known to have had sexual relations with 15 women, which included the concubine Rayhana who remained non-Muslim all her life."
["Let Islam lead way with its progressive view on sexuality" oleh Farish A. Noor (NST, 4 Nov 4 2000)]

2.2 "…the Prophet himself, in his specific historical context, was a tribal leader, and so the early oath of allegiance given to him were given as a tribal rather than just a religious leader." "……..Islam is a discourse and all discourses are open, contested and plastic…..."
["Farish A Noor - Intellectual Provocateur" temubual oleh Amir Muhammad ("The Edge" , 3 Dis 2001)]

2.3 "the Prophet was seen by early converts to Islam as a tribal leader and many of those who rallied to his banner did so according to the logic of tribal loyalties." ["The Myth Surrounding the Islamic State" oleh Farish A. Noor ( NST 1 hb Disember 2001)

3.0 MENGHINA ULAMA DAN SUNNAH RASULLULAH S.A.W.

3.1 "Perhaps the turbans of the mufti are too tight and therefore not enough oxygen is getting into their brains.They are not thinking straight. "

"From time to time the ulama do not fail to come out with their totally ridiculous and foolish pronouncements."

["Now the mufti blame Hindi films" Akbar Ali (The Sun, 21hb Februari 2001)]

3.2 "A religious issue is finally being discussed freely by many intelligent people and not just by men who dislike shaving but are not averse to wearing dresses…."

"There is also substantial discussion on this issue on the Internet which usually provides more challenging opinions than what we will hear from the bearded ones in our neighbourhood".

("Many Sides to tudung issue" oleh Akbar Ali - The SUN, 12 April 2000)

4.0 MENAFIKAN HUKUM ISLAM MENGENAI MURTAD

4.1 "The Quran allows a person to become apostate twice and then to persist in his disbelief"

"No punishment of any sort at all is prescribed for such a person other than the promise that God will never forgive him nor guide him to the right path.This is God's promise .It is his law."

(Death For Apostates Unjust oleh Akbar Ali - The SUN , 14 hb Julai 1999)

4.2 "The few women who have spoken in support of polygamy also seem to be strong supporters of the ulama brand of religion……The ulama in their efforts to confuse have come out with fancy stories that a wife who consents for her husband to take another wife is assured a place in paradise"

(Polygamy in Islam comes with a heavy responsibility - Akbar Ali dalam The SUN 20/1/02)

5.0 MENAFIKAN HUKUM YANG TELAH JELAS DALAM AL-QURAN

5.1 "Therefore the question that should be addressed in our society today is not whether poligamy should be relegalised under the civil law for the non Muslims, but whether it should still be continued under the Islamic family law for the Muslims".

["Islam did not Invent or Encourage Polygamy", Sisters in Islam, NST 10th January 2002]

5.2 " As for the number of wives allowed in polygamy , the Quran does not indicate a fixed maximum of four.The phrase "two and three and four " is also found in describing the wings of angels"

(Polygamy in Islam Comes ith a Heavy Responsibility - Akbar Ali dalam The SUN 20/1/02)

6.0 ISLAM DIPERSOALKAN

Majlis Peguam dengan kerjasama Sisters in Islam dan National Human Rights Society telah menganjurkan Bengkel Festival Hak Asasi sempena Hari Hak Asasi Sedunia pada 8 Disember 2001 di Kuala Lumpur. Suatu rencana berjudul ISLAM THE GREAT DEBATE yang ditulis oleh Sarah Sabaratnam dan Loretta Ann Soosayraj dalam New Straits Times 11 Disember 2001 telah melaporkan beberapa panelis jemputan memberi tanggapan negatif terhadap sistem keadilan Islam. Antaranya:

Fatwa dianggap menyekat kebebasan individu dan masyarakat

6.1 "…the right to privacy and freedom of choice was seen to have been violated when the Johor State Government issued a fatwa to compel all Muslim couples intending to marry to go for HIV testing…"

6.2 "Islamic discourse is used to police and control the community."
[Farish A Noor]

6.3 "He also said that 'public Islam' can erode fundamental liberties, pointing to the case of a non Muslim trader in Kelantan who lost his right to livelihood when he was penalized for selling food to a Muslim during Ramadhan."
[Malik Imtiaz Sarwar]

Menyatakan diri sebagai muslim atau bukan Muslim dianggap suatu diskriminasi

6.4 "In major national exams such as the PMR, she added, students have to indicate whether they are Muslim or non Muslim. "And yet as many of us know, Islam abhors the idea of assabiyah or ethnic and nationalistic differentiation."
[Dr Patricia Martinez]

6.5 "But when Sisters in Islam made its stand on polygamy, Perlis Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim in 1996 declared that they (SIS) were questioning the word of God. ... Zainah Anwar, executive Director of Sisters in Islam, says that, because Islam shapes our lives and govern us, it is too important to be left to the legislators and ulama to define…"
[Zainah Anwar]

Adalah amat dikesalkan apabila semua pihak merasakan mereka layak dan mampu untuk membicarakan soal Islam terutama mengenai hukum-hukum syariat tetapi tidak merujuk kepada kaedah-kaedah rumusan hukum yang benar dalam disiplin ilmu Islam dalam membicarakan perkara tersebut.

Umpamanya Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia (HRC) Majlis Peguam Malaysia, Cecil Rajendra telah mengedarkan surat terbuka dalam Mesyuarat Agung Majlis Peguam itu pada tahun 2001 yang telah mengkritik dan tidak mengakui serta tidak mengiktiraf hak kebebasan beragama sebagaimana termaktub dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya beliau dan Jawatankuasa HRC mendesak agar orang-orang Islam boleh keluar dari Islam tanpa sebarang sekatan. Tujuan surat terbuka ini diedar adalah untuk meluluskan suatu usul dalam Mesyuarat Agung Majlis Peguam itu bahawa Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan adalah bertentangan dengan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia.

Oleh itu kami berpendapat telah wujud telah suatu perancangan berniat serong dan seolah-olah ada suatu usaha tersusun dari pihak-plhak tertentu untuk menyerang Islam dan institusi ulama di negara ini.

Tindakan penghinaan kepada Islam dan mencerca ayat-ayat suci Al-Quran dan Al-Hadith adalah bertentangan dengan Enakmen-enakmen dan Akta Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri seperti yang yang dinyatakan dalam seksyen 7 dan 8, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Kuala Lumpur 1997 yang memperuntukkan bahawa sebarang penghinaan terhadap Islam atau mempersendakan ayat suci al-Quran dan al-Hadith adalah satu kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda sehingga RM5,000 dan dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Kandungan yang sama juga termaktub dalam Seksyen 7 dan 8 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996.

Persatuan Ulama' Kedah (PUK) juga telah membuat satu laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor pada 26 April 2001 mengenai penghinaan Islam oleh seorang penulis dalam akhbar The Sun yang bernama,.Akbar Ali sebagaimana dilampirkan. Namun sehingga kini kami belum mendapat sebarang maklumbalas mengenai tindakan yang telah diambil tentang laporan yang telah dibuat. Daripada maklumat tidak rasmi yang diperolehi mengatakan bahawa laporan ini telah ditutup tanpa diambil apa-apa tindakan yang sewajarnya.

Kini beberapa individu dan juga Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) telah tampil membuat laporan penghinaan terhadap ulama dan Islam oleh penulis Farish A. Noor. Laporan telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu kepada Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kami dimaklumkan tindakan untuk menyiasat dan mendakwa pihak yang berkenaan masih belum dilakukan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com