UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Cendekiawan dan wartawan didakwa menghina Islam

Eza Mohammad

Beberapa orang wartawan, penulis dan cendekiawan telah didakwa oleh Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) sebagai menghina Islam. Antara mereka adalah aktivis hak wanita Zainah Anwar, wartawan bebas, Akbar Ali, penyelidik sejarah dan politik Islam, Farish A. Noor, pensyarah Universiti Malaya, Patricia Martinez serta seorang peguam dan aktivis hak asasi Cecil Rajendra .

PUM telah menyerahkan surat aduan kepada pengerusi Majlis Raja-Raja Melayu berikutan apa yang mereka sifatkan sebagai penghinaan Islam yang meluas. PUM membawa aduannya ke Majlis kerana mereka menganggap Raja Melayu bertindak sebagai ketua agama Islam.

PUM juga mendakwa bahawa terdapat suatu usaha tersusun dari pihak yang tidak dinamakannya untuk menyerang Islam dan institusi ulama. Walau bagaimanapun, mereka mengakui bahawa semua institusi tidak sempurna. Mereka rasa kritikan para ulama sudah melampaui batas dan boleh merosakkan imej Islam.

“PUM sebagai entiti sosial sudah pasti ada yang pro dan ada yang kontra. Itu biasalah dalam keadaan hidup bermasyarakat. Tapi yang penting adakah kritikan itu relevan atau mempunyai asas atau rasional yang kukuh itu yang pentingnya.”

Farish A. Noor yang turut didakwa, berpendapat pihak ulama’ merasa agak sensitif mengenai isu ini kerana selepas 11 September aktiviti mereka ini diteliti oleh masyarakat.

“Saya rasa bahawa ini ialah suatu reaksi kerana segolongan minoriti ulama’, bukan semua ulama’ yang mungkin melibatkan diri mereka dalam aktiviti-aktiviti politik merasa kedudukan mereka tercabar dan ini mungkin satu reaksi untuk menentang mana-mana pihak yang mereka menganggap musuh mereka”

Baru-baru ini sebuah aduan menghina Islam terhadap Farish dan majalah bisnes mingguan, The Edge, telah dibawa kepada pihak polis.

Sumber : http://www.radiqradio.com/






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com