UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Islam dan amalan budaya

Oleh : Nara Duang Dean

Kalau bercakap tentang ‘pemeluk agama Islam’ di Malaysia, perkara pertama yang mungkin timbul di minda kita ialah “orang Melayu”. Kalau anda terfikir demikian, anda silap. Anda dikatakan silap kerana ada juga orang dari bangsa lain yang menganut agama ini. Oleh itu, kepastian tentang interaksi antara konsep budaya dan agama itu perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Wartawan Radiq Radio, Nara Duang Dean, akan membawakan satu perbincangan mengenai interaksi antara budaya orang Cina dan Islam.

Seorang ahli jawatankuasa Persatuan Ulama’ Malaysia, Rushdan Jailani menjelaskan konsep budaya dari sudut agama Islam.

“Secara umumnya bila kita kata budaya, ia lebih bersifat berasaskan kepada kumpulan manusia yang tinggal di satu kawasan dan juga berdasarkan kepada keadaan semasa atau keadaan sezaman dan budaya biasanya bersifat berubah-ubah. Maka dalam aspek agama, dia merupakan prinsip-prinsip yang merangkumi pelbagai aspek yang diasaskan kepada kitab suci.”

Menyentuh tentang interaksi antara budaya dan Islam, Rushdan berkata Islam sebenarnya bukan milik mana-mana bangsa. Katanya, ia adalah kepunyaan semua orang yang menerima Islam sebagai prinsip hidup. Rushdan secara peribadi tidak membangkang orang Cina yang memeluk Islam untuk meneruskan budaya Cina mereka.

“Islam tidak menghalang orang Cina untuk mengamalkan budaya mereka. Apatah lagi dalam konteks interaksi menyambut Tahun Baru Cina dan kita yakin sambutan tahun baru Cina ini adalah satu sambutan yang berasaskan budaya orang Cina. Dia tidak diasaskan kepada kepercayaan Budhism, atau kepercayaan Confusianism, atau Taoism dan itu adalah warisan orang-orang Cina. “

Berbicara mengenai tahun baru, Rossana Abdullah menghadapi keadaan yang berbeza. Hampir kesemua saudara maranya sudah berhijrah ke luar negara. Selepas memeluk Islam, dia hanya menyambut satu perayaan sahaja, Hari Raya. Oleh kerana Rossana tidak lagi menyambut sambutan tahun baru Cina, dia hanya dapat menceritakan kenangannya.

“When we were young, we look forward to getting ang pau you know, getting up very early at the morning, wearing new clothes, especially new shoes and we were visit our grandmother. There we will recieved a lot of ang pau’s. That’s what we look forward to lah...”

Rossana memeluk Islam semasa dia berkahwin dengan lelaki Muslim beberapa tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, Rushdan mendapati bahawa kadang kala orang Cina yang memeluk Islam di negara ini menghadapi sedikit masalah.

“Kadang-kadang orang Malaysia, I mean orang-orang Melayu di Malaysia ni, kebanyakannya dari Islam, mereka dia terlampau terikat dengan budaya Melayu dia, menyebabkan kalau dia melihat budaya Cina atau India, yang sedikit berlainan daripada budaya Melayu dia, dia merasakan itu bukan budaya yang diterima oleh agama, sedangkan agama mungkin boleh menerimanya. Cuma budaya Melayu aje yang mungkin tak terima tadi.”

Apa jua bentuk budaya sekalipun, proses membudayakan sikap keterbukaan dan menerima perbezaan antara satu sama lain merupakan perkara penting. Yang menjadi persoalan ialah bagaimana cara kita menerima dan mentafsirkan budaya orang lain.

Sumber : http://www.radiqradio.com/






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com