UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pas anggap program ekonomi Upko satu strategi politik

Oleh : Vivian Chong

Ahli Jawatankuasa Pusat Pas, Mohd Hatta Ramli berkata parti-parti yang memperjuangkan hak Kadazandusun dalam Barisan Nasional bersaing untuk mendapatkan sokongan.

Katanya, Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) mengumumkan rancangan ekonomi untuk membantu kaum Kadazandusun dan Murut bagi mengambil hati kaum tersebut.

“Saya yakin, selepas daripada ini parti-parti Kadazan yang lain seperti PBRS dan juga PBS pun akan mengemukakan strategi masing-masing untuk membantu kaum Kadazandusun. Tetapi apa yang penting di Sabah ini, kemiskinan tidak hanya terhad kepada Kadazandusun. Sepatutnya, Barisan Nasional Sabah mengambil sikap yang umum pada semua kaum dan bukannya setiap parti menangani masalah kaum mereka tersendiri.”

Dia berkata masalahnya parti-parti dalam Barisan Nasional ialah parti yang bersifat perkauman yang hanya menjaga kepentingan kaum masing-masing.

Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Syed Husin Ali, pula tidak komen tentang program Upko kerana tidak mempunyai butir-butir terperinci.

Bagaimanapun, dia berkata bukan semua orang dalam satu kaum minoriti adalah miskin, ada juga yang kaya. Jadi, dia berharap program pembangunan ditujukan kepada mereka yang memerlukannya dan bukan hanya berdasarkan syarat kaum minoriti.

“Walaupun hak minoriti harus dilindungi tetapi untuk pembangunan, hak minoriti itu mesti menguntungkan rakyat ramai yang daripada golongan rendah dan menengah dan ... bukan pembangunan itu untuk segolongan kecil yang sudah kaya dan senang walaupun mereka daripada minoriti.”

Dalam pada itu, dia berkata PRM pada dasarnya menyokong cadangan Parti Keadilan Nasional untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua bagi Sabah dan Sarawak. Tambahnya, PRM akan menimbangkan cadangan tersebut pada Majlis Presiden Barisan Alternatif nanti.

Sumber : http://www.radiqradio.com/






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com