UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Sembunyi kualiti udara tingkat keraguan masyarakat

Oleh : Nara Duang Dean

Keputusan kerajaan untuk tidak mendedahkan Indeks Kualiti Udara (API) dikatakan boleh meningkatkan keraguan masyarakat. Hal ini dijelaskan Setiausaha Agung, Centre for Environment, Technology and Development Malaysia (CETDEM), Gurmit Singh.

Dia berkata tindakan kerajaan ini mungkin bertujuan melindungi industri pelancongan negara. Katanya ini disebabkan pendedahan API yang sebenarnya akan menakutkan para pelancong. Walau bagaimanapun, kata Gurmit tindakan secara tiba-tiba untuk tidak mengumumkan indeks ini adalah perkara yang tidak patut.

“The very fact that they are issued in the past up to 1997, they had actually been issuing the figures and that you only stopped the figures then, in fact you casts more doubt among the public.”

Tambahnya lagi, tindakan sedemikian akan meningkatkan lagi spekulasi, salah faham dan komen yang salah oleh orang awam.

“First thing is you are denying the right to the public information and secondly is by not releasing the figures you raise question of credibility and there is the greater tendency for people to make the wrong conclusion rather than having the figures out there.”

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Law Hieng Deng menyatakan bahawa jerebu pada masa sekarang berada pada tahap terkawal. Bagaimanapun, dia tidak mahu mengumumkan angka-angka API terbaru.

Sumber: http://www.radiqradio.com/






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com