UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Antara Dr.Badrul Amin dan Ustaz Shamsuri !!!!

Diharap tidaklah kita panjangkan kisah Ustaz Shamsuri ini.. oleh kerana ia akan membuatkan orang orang Islam Berpecah diantara kita!! saya bersetuju tulisan beberapa penulis agar kita hentikan perdebatan dan sedia menunggu apakah langkah dan reaksi seterusnya Ustaz shamsuri dalam dilema yang melanda umat islam kini hasil dari perancangan Jahat Umno untuk memecah belahkan Umat islam!! kalau dulu orang Melayu khususnya terbahagi kepada PAS dan UMNO kini mereka cuba pecahkan beberapa kumpulan lagi dalam PAS!! namun renungkanlah tulisan saya selepas ini sebagai renungan murid setia dan pengikut setia Ustaz Shamsuri!!!

Mengimbas kembali lima tahun dulu... teringat kita akan kemahsyuran dan zaman gemilang Dr.Badrul Amin.. pantang ada sahaja rancangan Agama ,Motivasi mahupun perbincangan semasa nama DR.Badrul Amin tidak pernah lekang daripada jemputan para penerbit stesen Stesen TV dimalaysia!!! cakap saja rancangan apa?? Kuliah subuh!! Al-Kulliyah !! Forum Agama !! MHI, Selamat Pagi malaysia..apa saja rancangan yang ada di stesen stesen TV sudah tentu DR.Badrul Amin akan menjadi keutamaan para penerbit TV!! bukan sahaja stesen TV malah mana mana syarikat ataupun Kem Motivasi pelajar samaada anjuran Pihak Kerajaan mahupun pihak Swasta, DR.Badrul Amin juga akan menjadi pilihan Utama!! bila ditanya kepada sesiapa pun Siapakah DR.Badrul Amin??..pasti semua dapat membayangkan wajahnya dimana seorang personaliti yang sering keluar di kaca tv mahupun di corong corong radio!! dari lenggok bahasa dan cara penyampaian DR. Badrul Amin orang ramai sudah dapat mengagak siapakah Ustaz ataupun Personaliti yang sedang keudara walaupun hanya mendengar suaranya!! dalam keadaan sibuk melayan jemputan dan undangan sudah pasti setiap hari pasti ada sahaja undangan dan jemputan untuk Dr.Badrul Amin!! kalau diikutkan kemahsyurannaya ketika itu kita dapat bayangkan berapakah pendapatan sebulan Dr.badrul Amin??dalam pikiran saya sudah tentu mencapai ribuan ringgit tidak termasuk pendapatan yang diterimanya sebagai sorang DR & Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa(UIA)!! sudah tentu juga pendapatannya melebihi dari pendapatan seorang Menteri!!! sebenarnya inilah pengorbanan besar Dr.Badrul Amin dalam menegakkan dan memperjuangkan Islam!! kini dimanakah Dr. Badrul Amin??? Dimana???

kini Dr.Badrul Amin dipenjarakan didalam tahanan ISA!! tahanan yang dikatakan amat ZALIM dan tidak sesuai bagi seorang bergelar manusia!!! sebelum lagi Dr.Badrul Amin dihantar ke Kemunting beliau sering beberapa kali ditangkap dan dipenjarakan dilokap yang dalam keadaan hina bagi seorang tokoh Agama!!dalam keadaan lokap yang amat jijik dan kotor dan bersama dengan tahanan tahanan Pendatang asing,penagih dadah dan Penjenayah penjenayah Dr.badrul amin dihumban bersama mereka hanya atas sebab memperjuangkan Islam dan Keadilan!! Dr badrul amin juga pernah disuruh berpakaian seluar pendek oleh POLIS ISLAM Malaysia (kononya).. dalam soal siasat pula,beliau sering dihina seoalah olah dia ini tidak punya maruah dan keluarga!! namun inilah CoNTOh Ulama' Muda yang berani bangun menentang Kezaliman dan Penghinaan keatas agama suci ISlam!! setinggi tahniah saya ucapkan kepada Dr.Badrul Amin.. pengorbanan yang kamu lakukan ini sungguh besar disisi Allah!! bermula dari Mufti selangor yang dipecat hanya kerana menangkap dan mendakwa peserta ratu cantik dikalangan remaja Islam....ketika itu, Dr.Badrul Amin tanpa berlengah turut sama bangkit dan meninggalkan segala kemewahan,pangkat dan kemahsyurannya bagi mempertahan agama suci Islam yang makin dhina Kerajaan UMNO!!

saya bukanlah seorang lulusan Agama!! namun saya cukup Marah apabila Islam diHina!! Ulama' dicerca!! Nabi dipersenda!! sewenang wenangnya.. namun apa yang menghairankan saya.. Dimanakah suara Mufti Mufti dari setiap negeri!! dimanakah suara Imam imam besar setiap negeri!! dimanakah suara suara Pendakwah bebas termasuklah Ustaz shamsuri sendiri..nasiblah persatuan Ulama akhir akhir ini berani bangun menegur!!kalau masih sayangkan pangkat ,harta dan kemewahan janganlah bercakap soal Islam!! mereka ini terus menerus takut menegur pemimpin UMNO yang makin menggila menghina Islam!! hari demi hari ada sahaja penghinaan dibuat terhadap Islam..bermula cuba membuang nama Islam pada persatuan dan pertubuhan!! menghapuskan persatuan Islam Di universiti!! menggelar Islam sebagai Militan!! Ulama' dihina!! hinggalah sekarang kearah cubaan pengharaman sekolah agama dan pondok!!walaupun pelbagai penghinaan berlaku para Mufti dan alim Ulama' dalam kerajaan hanya mampu menikus!!lebih berat lagi ada diantara mereka masih mencari Hujjah membela usaha usaha menghina Islam!!

Ustaz Shamsuri hentikanlah bercakap Soal Suami yang dayus!! Mufti Johor Datuk Noh Gadut Hentikanlah berucap dengan bersemangat dan bergegar dada serta sering menitiskan air mata!! Mufti Perak dato'harunsani hentikanlah kalau hanya berani menyindir kerajaan didalam kuliahnya dan takut menegur secara langsung serta membiarkan Sekolah Agama diPerak dikecam sebagai tempat melahirkan Militan!! Ustaz firdaus dengan title al hafiz hentikanlah bercakap soal Islam yang syumul.. kalau hanya mampu menikus ketika ISLAM dihina hebat oleh kerajaan UMNO!! saya cakap begitu bukan kerana saya ini berfikiran Radikal!! tetapi hairan bagaimana mereka hanya mampu mendiamkan diri ketika Islam dihina!! bukan bermakna kita perlu letak Jawatan dan menentang kerajaan..tetapi Beranilah sedikit Menegur kemungkaran Kerajaan UMNO!! belajarlah dari Bekas Mufti Selangor,Datuk Ishak Baharum yang berani menentang kemungkaran ketika memegang jawatan Mufti Selangor!! belajarlah dari pengorbanan Dr.Badrul Amin!! belajarlah dari keberanian Ustaz ismail Kamus menegur kerajaan dalam forum hal ehwal Islam sebelum menyertai politik!!

apa yang kamu semua takutkan??? takut selepas dipecat tiada lagi Gaji dan Elaun yang mencecah puluhan ribu sebulan!! takut selepas dipecat hilang title Mufti dan Imam Besar!! takut selepas ini kenderaan Mercedes yang membawa kamu ditarik balik kerajaan!! Apa yang kamu takutkan??? saya tidak faham bagaimana mereka ini yang bersemangat bercakap soal agama hanya mampu melihat satu persatu Penghinaan keatas agama Islam!! Ingatlah segala tanggungjawab yang diberi kepada kamu akan dihitung oleh Allah diakhirat kelak!! kerana disana tempat sebenar benar pembalasan!! renungkanlah walaupun selepas ini akan ada reaksi balas dari pengikut pengikut setia dan murid murid mereka seperti mana reaksi yang diterima oleh anak murid ustaz shamsuri hasil dari penulisan saya sebelum ini!!

Lawan tetap Lawan!!

reformis Muda






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com