UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kerajaan Umno Pertahankan Penulisan Menghina Islam !!!

Inilah sebenarnya sikap kerajaan UMNO !!! biar apa sahaja bentuk gerakan Islam dia akan tentang habis habisan.. dan mereka akan bela sepuas puasnya gerakan menghapuskan Islam!! bila PAS menulis dalam lidah rasminya bahawa Dr. Mahathir menghina Islam..pantas media Perdana tempatan mencari hujjah menafikan bahawa Dr.Mahathir menghina Islam, maka dipanggillah Ulama' kerajaan & UmNO, Pensyarah UmNO, Prof UMno dan persatuan penulis.. mencari lah para balaci balaci Umno ini hujjah membela para penghina penghina Islam dan Dr.Mahathir tanpa mereka menilai penulisan sebenar yang dibantah oleh PUM!! kecaman keatas PUM seolah olah PUM cuba menghalang apa sahaja bentuk penulisan...yang dikatakan pembaharuan ataupun Pandangan Moden!! kalau dalam bidang sains ke.. dalam bidang teknologi ke.. bidang politik ke.. yang mahu dibantah PUM seharusnyalah ianya dibantah!! tetapi penulisan menghina Islam pun masih dipertahankan oleh Ulama' UMNO dan cendikiawan UMNO!! inilah bentuk Negara Islam yang dimahukan UMNO dan Dr.Mahathir!!

MUFTI DIAM LAGI ????

Mungkin ada yang hairan!! bila saya menulis pasti Mufti akan saya bantai!! sebenarnya saya lagi Hairan mengapa Mufti yang sepatutnya berperanan mempertahankan ISlam hanya gemar membisu!! pernah ketikanya saya sendiri mendengar bagaimana seorang Mufti menjawab pertanyaan seorang imam apabila ditanya berkenaan samaada Malaysia ini sebuah Negara Islam atau tidak..dalam suatu majlis yang dihadiri hanya Iman iman masjid!! Mufti ini masih takut menyatakan kebenaran mengenai isu Negara Islam!! maka jawablah mufti berkenaan... nak kata YA pun boleh nak kata TIDAK pun Boleh... macam tu ke seorang Mufti bagi jawapan!! sepatutnya Mufti kena tegas dengan jawapan Soal HALAL atau HARAM !! bukannya HALAL +HARAM = HALAM !! bila seseorang bertanya kepada Mufti mereka mahu jawapan yang Jelas samaada ia halal atau haram!! bukannya jawapan standard guru Kemas!! kerana sekarang sesuai waktunya Mufti menegur Kerajaan yang sering bertindak menindas gerakan ISlam!! lain lah kalau Mufti masuk campur dalam isu perpaduan Melayu ke..soal Isu air di Singapore ke.. Isu Al- Maunah ke.. itu memanglah tak kena!! tetapi ini soal ISLAM!! mengapa kamu masih Diam...Mengapa?? sekali lagi saya Ulang.. saya yang bukan belajar agamapun rasa tercabar dan Marah apabila Islam Dihina... inikan Mufti yang belajar tinggi tentang Agama!! agaknya apakah perasaan kamu?? takut ?? Seronok ?? sedih ??

BUKAN INI KALI PERTAMA UMNO PERTAHANKAN PENGHINA ISLAM!!

Bukan ini kali pertama Kerajaan Umno pertahankan gerakan menghina Islam..tetapi sudah banyak kali ia berlaku antaranya peristiwa apabila kerajaan UMNO pertahankan peserta ratu cantik dikalangan remaja Islam yang ditahan Jais!! dan tangkapan terhadap orang Islam yang melanggan Arak di The Ship!! dalam kes ini mereka melalui media arus perdana terus menerus menghentam JAIS dan mufti yang bertanggung Jawab menahan ratu cantik dan orang Islam yang minum Arak!! lebih teruk lagi Mufti Selangor iaitu Dato' Ishak Baharum ketika itu Dipecat serta merta!!

Seperti dalam Kes pemimpin Al-Arqam..mereka menggunakan Polis memaksa Ustaz Asshaari mebuat pengakuan taubat dalam siaran yang disiarkan secara langsung.. dalam keadaan beliau dihina sebegitu rupa!! kalau betulpun Ustaz Assahari itu ada kesilapan dari segi Aqidah mereka tidak patut menghina beliau sehingga sebegitu rupa!! sedang kita tahu banyak lagi orang yang menghina Islam seperti KAsim Ahmad (anti hadis) dan Astora jabat!! orang yang sebegini ditatang oleh kerajaan UMNO!! selain mereka.. bekas ketua Polis Negara Tun Hanif Omar ketika dalam perbicaraan kes Anwar terang terang mengatakan tiada Nas yang mengatakah Judi itu Haram!!kenapa tidak dakwa sahaja Tun hanif omar?? ketika itu,dimanakah Polis yang kononnya bertanggung jawab menjaga Aqidah umat Islam??dimana KDN?? mana Ulama' Umno?? mana Mufti???

ARTIS LUCAH DI BELA ???

selain itu Malaysia digemparkan juga dengan pengakuan Ning Baizura tentang Fantasi Seks yang sungguh jijik didengar dalam sebuah majalah asing!! antara fantasi jijik seks Ning baizura yang ditulis dalam majalah tersebut.. mengharapkan melakukan hubungan seks dengan jumlah lelaki yang ramai dalam suatu masa dan melakukan seks didalam lif !! namun apakah tindakan kerajaan Islam Umno kita??? apakah tindakan KDN?? apakah tindakan Polis ?? apakah tindakan JAKIM & Mufti ??? selain itu juga majalah hiburan yang semakin menggila menayangkan gambar separuh lucah dibiarkan?? apakah tindakan KDN dan Finas!! apakah majalah majalah tersebut diharamkan?? jawapannya sudah tentu tidak... kerana mereka ini akan mengharamkan apa sahaja bentuk karya yang boleh menggugat Parti UMNO bukanya berkisar soal Islam ataupun Aqidah!!

maka fikir fikirkanlah...

reformis Muda






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com