UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kebakaran Hutan lebih 3000 hektar!! balasan Fitnah tok Guru bakar Trak !!!

Minggu ini ..Tiba tiba sahaja kita dikejutkan dengan berita Kebakaran Hutan yang memusnahkan lebih 3000 Hektar hutan buat setakat ini...800 orang anggota Bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran yang melanda seluruh Negara!! Walaupun ianya dikatakan berpunca cuaca yang agak Panas sejak akhir akhir ini... apa yang perlu kita terima kenyataan ia sebenarnya lebih kepada balasan Allah daripada fitnah yang melampau sejak akhir akhir ini terhadap Tok Guru Nik Aziz Nik Mat !!! selapas kejadian kebakaran trak Polis di Kuala Ketil.. Kerajaan Umno, Polis dan Media media cuba mengambarkan Tok Guru Nik Aziz lah yang menjadi puca kejadian ganas sebegini... fitnah ini dibuat seolah olah Tuan Guru Nik Aziz lah yang menyuburkan sikap ganas sehingga sanggup menyerang Polis!!

sedangkan kita tahu.. bahawa dalam mana mana ceramah yang sampaikan tuan guru Nik Aziz bukanya bersifat agresif dan lantang.. malah lebih kepada bercakap dengan lemah lembut!! tidak ada maki hamun..tidak ada carut mencarut malah lebih kepada memberi kuliah agama!! ucapan yang disampaikan Tuan Guru Nik Aziz sungguh berbeza daripada cara penyampaian pemimpin muda PAS yang lain seperti Mohd Sabu, Mahfuz dan ramai lagi pemimpin muda PAS yang lebih lantang dan agresif !!tapi itu cara orang muda, tidak ada salahnya!! tapi cukup hairan jika ada yang mengaitkan Tuan Guru Nik Aziz dengan Keganasan kerana beliau sendiri cukup lemah lembut perwatakannya!!!

MASIH INGAT PERISTIWA JEREBU PADA TAHUN 1997 ???

Baragkali ramai juga yang sudah lupa..bagaimana peristiwa jerebu ini berlaku setelah peristiwa pemecatan bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharum!! fitnah yang melampau terhdap Ulama' yang bersikap lembut ini..disamping Kerajaan Umno yang galak menghalalkan segala bentuk Maksiat dan kemungkaran ... maka tunggulah balasan dari Allah!! peristiwa Jerebu yang melanda negara ketika itu dituruti dengan kejatuhan besar Ekonomi dan Pasaran Saham Malaysia!! ketika itu kerajaan berpendapat bahawa kejadian jerebu adalah akibat kebakaran besar yang berlaku di Kalimantan Indonesia!!

Walaupun ada yang masih mengaitkan perkara perkara yang berlaku dengan bukti saintifik.. tidak dapat tidak kita sebagai orang Islam mesti menerima akan balasan yang Allah janjikan terhadap umatnya ketika mereka lalai kepadanya!! ketika kemungkaran dan maksiat berleluasa...maka ketika itu Bala yang diturunkan Allah tidak mengira sesiapa!! walau bagaimanapun Sebenar benar balasan Allah adalah di akhirat kelak!!

fikir fikirkan lah...

reformis muda






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com