UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Konpirasi Jahat Polis membunuh Tuan Guru Nik Aziz ala Memali ???

Percayakah kita setiap kali Dr.Mahathir keluar Negara pasti ada konpirasi jahat dari pihak kementerian Dalam Negeri(KDN) dan Polis dibawah arahan pemerintahan Zalim Dr.mahathir bagi menghapuskan gerakan Islam dan segala mush politiknya!! masihkah kita ingat akan peristiwa Memali, pemecatan mufti Selangor ,pengharaman Al-Arqam dan operasi lalang!! semua ini berlaku ketika Dr.mahathir keluar Negara!! kini Dr.Mahathir Keluar Negara lagi!! apakah perancangan jahat Dr.Mahathir seterusnya??? lihat analisa berikut...

PERISTIWA MEMALI ????

peristiwa paling Dahsyat yang melibatkan Konspirasi pihak Polis dan Kementerian dalam Negeri ketika Dr.mahathir keluar Negara..adalah Peristiwa Berdarah MEMALI !!! memang menjadi dasar Dr.Mahathir akan lari keluar Negara dan membebankan tanggungjawab kepada Menteri dalam Negeri dan pihak Polis !! apa yang Dr.M mahu tahu ketika beliau Negara.. semuanya beres!!! masihkah kita ingat bagaimana barisan Pihak Polis dan Polis hutan merempuh dengan kereta perisai kehalaman rumah Ustaz Ibrahim Libya hanya kerana bimbangkan pengaruh PAS berkembang ke KEDAH negeri kelahiran Dr.M... Dr.M cukup bimbang kalau kalau PAS akan menawan KEDAH!!! kerana sudah muncul tanda tanda kejatuhan UMNO di Kedah apabila Kawasan Ustaz Ibrahim Libya sahaja contohnya pAS hanya tewas kurang 200 undi!! jadi bagi mempertahankan Kekuasaannya di Kedah pelbagai perkara dia sanggup lakukan sehingga ke peringkat Membunuh!!! semasa peristiwa Memali..kelihatan ketika pihak Polis dan Polis hutan yang lengkap bersenjata merempuh Pintu pagar buluh rumah Ustaz Ibrahim libya dan benteng yang dibina oleh orang kampung disekitar MEMALI... seakan akan fenomena yang pernah kita lihat di Asia barat iaitu keadaannya seakan akan Polis Yahudi memerangi rakyat Palestin yang tidak bersenjata.... dengan keadaan orang kampung yang tidak punya senjata dan hanya cuma memiliki parang dan kayu buluh Polis Malaysia sangggup menggunakan meriam dan tembakan kereta kebal sewenang wenangnya bagi menahan ustaz Ibrahim Libya dibawah tahanan ISA hanya kerana menetang Dr.M!! apakah Polis sedar tindakan mereka ini?? demi memuaskan Nafsu jahat DrMahathir mereka(Polis) sanggup membunuh sesama bangsa dan agama tanpa rasa perikemanusian!!.masihkah kita ingat lagi bagaimana tubuh badan para syuhada' Memali hancur berkecai samaada dikepala ataupun tubuh badan dibedil dengan kereta perisai Polis!! apakah ini Negara Islam acuan Dr.Mahathir kononnya!!

APA KAITAN PERISTIWA 20 SEPTEMPER DENGAN PERISTIWA BERDARAH MEMALI??

Cuba anda bawakan kembali ingatan anda lima tahun dulu... bayangkan jika peristiwa 20 september lalu, dimana ketika itu, rumah saudara Anwar dikepung dan dirempuh dengan ganas oleh Komando polis bertopeng yang lengkap bersenjata!! dan apakah akan terjadi jika penyokong penyokong Anwar ketika itu tidak mahu menyerahkan Anwar!! sudah tentu satu lagi Peristiwa memali akan berlaku dan itu yang dimahukan Dr.Mahathir iaitu Anwar mesti terbunuh dalam usaha penyokongnya mempertahankan Anwar...cuma bezanya ketika itu Anwar sendiri rela dirinya ditahan!! tidak cukup dengan itu, Usaha membunuh Anwar tetap diteruskan dengan ketua polis Negara ketika itu Tan Sri Rahim Noor membelasah Anwar yang diikat tangannya kebelakang dengan KejaM!! kalau bukan kerana Anwar kuat semangatnya ketika itu pasti Anwar sudah mati dibelasah Rahim Noor jelas Dr. yang merawat Anwar setelah beberapa hari dibiarkan kesakitan didalam tahanan Polis semasa perbicaraan, beginilah Kejamnya Polis latihan DR.M!!! manakala ustaz ibrahim libya ketika itu penangkapannya dihalang dan tidak direstui oleh pengikut dan anak muridnya maka berlakulah pembunuhan Kejam oleh Pihak Polis terhadap Ustaz Ibrahim Libya dan orang orang kampung Memali !!! kalau Anwar tidak mahu menyerah pada malam 20 september itu.. peristiwa yang sama mungkin berlaku!!Tidak banyak bezannya antara peristiwa Memali dengan Peristiwa 20 september!! peristiwa Memali bukan Pengganas!! peristiwa memali bukan Militan !! peristiwa Memali bukan Usaha menggulingkan kerajaan!! tetapi Usaha jahat Dr.Mahathir menggunakan pihak Polis bagi membunuh musuh politiknya !!

INGAT !!! Ustaz ibrahim Libya juga asalnya bekerja dibawah Dr.M di Jabatan perdana Menteri! sama juga seperti Anwar yang mana selepas dipecat dari Umno lalu menetang Dr.Mahathir! tetapi menjadi kebiasaan Dr.mahathir yang Kejam itu akan membunuh siapa sahaja yang berani menentangnya dan menggelar mereka sebagai Militan dan pengkianat Negara!!! masihkah kita ingat bagaimana Media Negara dikerah melalui RTM ,TV3 dan Utusan meng COP Anwar sebagai pengkianat dan ejen CIA hanya beberapa hari selepas anwar dipecat..jadi tidak hairanlah kalau ustaz ibrahim libya ketika itu dikatakan sebagai Militan dan Pengganas yang mahu menggulingkan kerajaan!!! mungkin anda akan faham dari penulisan saya ini bahawa antara Kes penangkapan Anwar dan penagkapan Ustaz Ibrahim Libya adalah usaha jahat Dr.mahathir menggunakan POLIS !!!

SIAPA LAGI DI COP PENGGANAS DAN MILITAN ???

Menjadi kebiasaan DR.Mahathir akan menggelar sesiapa sahaja yang menentangnya sebagai MILITAN ??? masihkah kita Ingat bagaimana Polis Malaysia mendedahkan bahawa Kumpulan Al-Arqam mempunyai tentera berpedang!! tentera ini dikatakan bersedia menggulingkan Kerajaan!! Tapi dimana KES itu Sekarang ??? begitu juga dengan SUQUI yang membuat tuntutan 17 perkara terhadap kerajaan UMNO lalu dipanggil dan digelar KOMUNIS dan MILITAN oleh Dr.Mahathir semasa memberi ucapan sempena hari kemerdekaan!! bagi memuaskan nafsu rakus Dr.M ..dengan angkuhnya barisan Pemuda Samseng UMNO dengan diketuai Aziz Sheikh Fadzir pergi ke Pejabat SUQUI di dewan Cina lalu mengugut akan membakar dewan Cina ini jika tidak tarik balik 17 tuntutan itu...apakah kita Lupa!!lupakah kita!! lupakah Masyarakat Cina!! lupakah DAP !! ketika SUQUI digelar Komunis.. siapa yang bangun membela SUQUI dan kaum Cina kalau bukan PAS yang digelarkan Militan oleh Umno!! kerana ketika itu kalau diikutkan..PAS boleh berpihak kepada UMNO kerana tuntutan itu melibatkan keistimewaan Melayu!! tetapi kerana Prinsip dan kesetian dalam barisan Pembangkang PAS tetap bersama Kaum Cina kerana tuntuan itu tidak lari dari prinssip Islam!! namun seribu kali sayang bila UMNO menjolok DAP dengan isu Negara ISLAM ... pantas DAP lari meninggalkan Pembangkang.. DAP hanya Melayan perassaan takut Karpal Sing yang seakan cetek pemahamannya tentang ISLAM!!! tidak cukup dengan SUQUI... Pelar IPTA dan IPTS juga digelar sebagi MILITAN!! banyak persatuan di universiti diharamkan tanpa dibuktikan dimana rasionalnya persatuan pelajar itu sebagai MILITAN!! sehingga rejim Dr. Mahathir sanggup membuat tuduhan bahawa pelajarlah yang membakar Dewan UM!! sekarang mana perginya Laporan Bomba dan Polis berkenaan kebakaran Dewan UM!! dimanakah PELAJAR MILITAN itu??? dimanakah Wan Norhayati dengan akuan sumpahnya yang heboh dikatakan dia diajar pegang senjata oleh pembangkang!! Dimana?? Dimana ??kalau nak tahu.. beginilah sikap DR.mahathir..yang akan menggelarkan siapa sahaja sebagai MILITAN jika berani menentangnya!!

PERISTIWA PEMECATAN MUFTI SELANGOR!!

Selain itu juga!! bila Dr.mahathir keluar Nagara pasti ada sahaja usaha menghapuskan gerakan Islam dirancang Dr.M!! kali ini Mufti Selangor Dato' Ishak Baharum menjadi mangsa hanya kerana mendakwa anak gadis Melayu(islam) menyertai pertandingan Ratu cantik!! maka ketika itu akhbar perdana bertali arus mengecam tindakan Dato' ishak baharum !! apabila Dr.M pulang, usaha memastikan Ishak baharum dipecat dari jawatan mufti akan terlaksana!! ketika itu Geng Mamak iaitu dr.Mahathir dan dato' Sharizat berusaha membersihkan nama peserta pertandingan ratu cantik!! mereka dibela dan Mufti dihina!! inilah sikap pemimpin negara Islam konon kononnya!!

APAKAH CUBAAN MEMBUNUH TUAN GURU NIK AZIZ BERMULA???

Baru baru ini kita diGemparkan dengan tindakan Polis dan FRU mengepung ceramah yang dihadiri Tuan guru Nik Aziz!! jumalah Polis bukanlah satu jumlah yang rasional untuk mengawal ceramah tetapi lebih kepada cubaan berperang dan menimbulkan huru hara ala Memali...nasiblah Tuan guru Nik Aziz ketika itu sempat dilindungi dan dibawa keluar bagi mengelak pancutan air kimia dan tembakan gas pemedih mata ala israel!!! dalam keadaan gelap dan jauh di pendalaman yang dikelilingi kebun getah apakah cubaan Membunuh Tuan guru Nik Aziz Pula cuba dilakukan??? ataupun ada cubaan menahan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan guru Haji Hadi Awang dibawah tahanan ISA kerana mahu menggulingkan kerajaan!! mungkin apa yang saya katakan tidak masuk di akal namun pernahkah rakyat Malaysia terfikir apakah POLIS sanggup menembak Ustaz Ibrahim Libya dengan kereta perisai sebelum kejadian Memali itu benar benar berlaku!! semua dari kita tidak pernah menyangka Polis sanggup melakukan hingga ke tahap demikian!! tapi perkara itu sudah berlaku....

Apa yang penting sekarang kita semua mesti cekal dan kukuh dibelakang kepimpinan Tuan Guru.. Jangan Sampai Polis Bertidak kurang Ajar dan biadap pula dilakukan terhadap Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi Setelah Tokoh Agama Dr.Badrul Amin dihina dan dicabar maruahnya didalam tahanan Polis dan tahanan ISA!! Dr.Badrul Amin pernah disuruh memakai seluar pendek dan dihumban ke lokap bersamai penagih dadah,pendatang asing dan penjenayah yang penuh sesak!! Tuan Guru Nik Aziz dan tuan guru Haji hadi adalah benteng Terakhir bagi kesabaran kita menghadapi penindasan yang dilakukan Polis pada pemimpin pembangkang!!! Polis sejak akhir akhir ini jelas menuruti apa sahaja nafsu jahat Dr.Mahathir dan Dolah Badawi!!! maka berhati hati lah.. kerana DR.Mahathir dan Dollah Badawi sanggup melakukan apa sahaja bagi menghapuskan musuh Politik mereka!! jadikan peristiwa Memali sebagai Iktibar kepada kita semua!! fikir fikirkan lah....

Lawan Tetap Lawan!!!

reformis muda






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com