UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Sedarilah...Insafilah, Andai Beginilah Rakyat Dilayan...

Tekanan demi tekanan, halangan demi halangan, asakan demi asakan, himpitan demi himpitan, tangkapan demi tangkapan... fitnah.. fitnah.... larang.. larang.. rampas.. rampas.. sekat.. sekat... tahan.. tahan!!!!!!!!!!! Semua sudah kita dan rakyat rasai betapa sempitnya ruang kebebasan dan demokrasi itu untuk rakyat benar-benar tinggal sisa-sisanya lagi. Malah segala-gala ruang suara dan media untuk rakyat dan pembangkang seperti benar-benar tertutup rapat. Angkara siapa semua itu??? Apakah itulah erti sebuah demokrasi dan keadilan dalam sebuah negara yang mengamal sistem demokrasi seperti Malaysia. Undang-undang yang ada hanya untuk menjaga survival penguasa yang zalim, rakus dan menggila......Apakah rakyat, pendokong, penyokong dan para pemimpin parti-parti BA akan mengalah kepada situasi itu???. Perjuangan menegakkan keadilan, membela nasib rakyat, menegak kerajaan adil dan baik, membanteras segala macam penyelewengan, salahguna kuasa, rasuah dan kezaliman yang bermaharajalela dibawah UMNO/BN berkepalakan Mahathir/Pak Lah TIDAK WAJAR diperlahankan. Kita mesti lebih bijak, berhikmah dan memohon petunjuk Ilahi dalam usaha mengatasi rancangan penguasa rakus dan zalim di mana-mana di dunia akhir zaman ini.

Akta Dibuat Untuk Kekang Rakyat...

Undang-undang, peraturan dan akta matlamatnya semata-mata untuk mengekang dan menyekat suara dan kebangkitan rakyat yang sudah muak dengan segala macam tipu helah penguasa yang zalim itu. Bayangkan betapa gelabahnya UMNO/BN dan para pemimpin mereka yang berkepalakan si Tua nyanyuk di Singgahsana Putrajaya, hinggakan dalam isu budak-budak tadikapun mereka menjadi panik lalu MAHU DIBIKIN AKTA baru konon nak kawal tadika yang dikendali oleh parti-parti pembangkang. Apakah UMNO/BN dan Mahathir sudah berada pada tahap lebih teruk dan dahsyat daripada penjajah dulu yang telah membuat pelbagai undang-undang untuk mengekang kebangkitan rakyat yang dijajah.

UMNO/BN, Mahathir dan kroni-kroninya terasa benar bahawa rakyat Malaysia sudah naik meluat dan benci dengan UMNO/BN?Mahathir bersama juak-juaknya. Sehingga mereka tudingkan jari-jari jahat lagi beracun mereka itu ke arah anak-anak kecil kita di tadika yang tak tahu apa-apapun tentang politik. Bodoh sangatkah orang-orang UMNO/BN sampai budak-budak tadikapun mereka takuti.

Inilah akibat manusia yang dikejar ketakutan. Takut hilang pangkat, takut hilang kuasa, takut hilang harta dan kemewahan, takut hilang pengaruh, takut hilang keseronokan masa berkuasa dan takut macam-macam...

Suara Keramat, Kuasa Keramat Milik Rakyat Tidak Berguna Lagi

Benar kekeramatan suara dan kuasa rakyat sudah semakin hilang bisanya. Setelah digenggam mati oleh kepimpinan rakus lagi zalim UMNO/BN dibawah rejim Mahathir. Apa lagi yang ada pada rakyat negara ini. RAKYAT LEBIH TAKUT KEPADA KUASA SEORANG MANUSIA ZALIM. TANPA SEDAR SEBENARNYA RAKYATLAH LEBIH BERKUASA DARI UMNO/BN DAN MAHATHIR ITU.

Jeritlah sekuat-kuat manapun suara rakyat meminta keadilan, amalan demokrasi dilaksana dengan telus, SPR, polis, RTM dan media bersikap adil dan profesional. Rakyat dipandang sekadar apa saja, kerana suara keramat dan kuasa keramat yang ada ditangan rakyat tidak kita sedari. Rakyat menjadi penakut, dipandang kecil dan diperbodoh selama-lamanya oleh UMNO/BN dan Mahathir. Rakyat melihat UMNO/BN seperti tuhan tak boleh disalahi dengan erti kalah UMNO/BN dan Mahathir dalam pilihanraya habislah rakyat jatuh papa, huru-haralah Malaysia dan kebuluranlah seluruh rakyat Malaysia 23 juta itu.

Hal-hal inilah yang terbayang-bayang dalam benak dan akal rakyat sejak dulu. Hatta mereka tidak mampu untuk berfikir secara terbuka dan global bagi merubah situasi yang membelenggu rakyat selama ini. Padahal, kita sudah lebih 40 tahun merdeka, bebas dan menjadi rakyat atau bangsa yang berdaulat. Tetapi kenapa dan mengapakah rakyat dari segi pemikiran, cara hidup dan budaya masih berada dibawah 'tempurung' seperti katak dibawah tempurung. Lihat ke atas tempurung, kalih ke kanan, kiri, depan dan belakang dunia tempurung itu juga yang nampak. Tunduk ke bawah baru ternampak bumi yang dipijak. Apakah rakyat sudah sedar bahawa bumi yang dipijak itu bukannya UMNO/BN yang bikin. UMNO/BN cuma sebuah parti yang didokong oleh rakyat sebagaimana parti-parti lain MCA, MIC, PAS, KeADILan, DAP, PRM, PBS dan lain-lain.

Kalau UMNO/BN Boleh Memerintah, PAS/KeADILan,PRM/BA Juga Boleh!!!

UMNO/BN hanya wadah rakyat berpolitik. Sebagaimana PAS, KeADILan, PRM dan DAP juga wadah bagi rakyat negara ini untuk berpolitik mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh undang-undang dan Perlembagaan Negara. Jadi kenapa UMNO/BN sahaja memonopoli segala ruang kebebasan yang ada dalam negara ini untuk mengamalkan politik secara demokrasi yang dihalalkan dan dibolehkan oleh Perlembagaan. Sehingga mereka (UMNO/BN) buat sesuka hati...FITNAH MUSUH POLITIK SECARA TIDAK BERADAB, DILUAR AMALAN DEMOKRASI, BUDAYA SAMSENG, GANAS, RASUAH, UGUT, KEPONG RAKYAT, KONGKONG RAKYAT, PERKUDAKAN POLIS, SPR, RTM DAN.....asalkan mereka terus berkuasa dan rakyat terus bodoh mengundi mereka selama-lamanya sehingga kiamat.

Bukan UMNO/BN sahaja yang boleh memerintah negara ini. Rakyat dan parti-parti pembangkang juga boleh memerintah negara ini. Yang penting bebaskan rakyat mengamal politik secara demokrasi yang dihalalkan Perlembagaan. Jangan UMNO/BN monopoli segala kebebasan itu hanya menjadi milik mereka sahaja. Seperti terjadi sekarang 10 kali pilihanraya dalam negara ini UMNO/BN terus-menerus menyekat ruang kebebasan dan amalan demokrasi secara cukup tidak demokratik, tidak beradab dan sangat zalim kepada rakyat dan parti-parti pembangkang. Bukalah mata-mata wahai rakyat Malaysia. Bila lagi kita mahu merubah kepada sebuah kerajaan dan pemerintahan yang lebih telus, adil dan kerajaan yang baik.

'Sesal Dulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna'

Jangan tunggu anda dipaksa sebagaimana zaman Jepun dan penjajahan British dulu. Hari ini kita dijajah oleh anak bangsa sendiri yang hati perut mereka lebih busuk dan jahat daripada penjajah. Mereka pegang kuasa, kaut segala kekayaan negara dan pegang segala macam pangkat dan kedudukan untuk memperkayakan diri, anak bini suku sakat dan kroni. Mari sama-samalah kita menyedari pelbagai isu yang terjadi satu demi satu dalam negara ini diulang-ulang, dibesar-besarkan dan dijadikan fitnah...tetapi pentadbiran negara terus bergelumang dengan pelbagai sandiwara, lakonan orang politik dan penyelewengan, kezaliman, ketidakadilan, salahguna kuasa, rasuah, tipu helah terus menjadi amalan sama ada secara tersembunyi atau terang-terangan. Dengan lain perkataan ada yang haram dan ada yang berlesen...itu mengikut budibicara penguasa. Kalau menguntungkan penguasa tak mengapa teruskan, tapi kalau merugikan penguasa cari jalan untuk menyelamat penguasa. Inilah gambaran kasar apa yang terjadi dalam negara ini...Sebagai rakyat yang cerdik, bijak, bebas dan merdeka kita boleh berfikir...semua bukti sudah ada didepan mata anda.

Ibn Sabah,
1.2.2002M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com