UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Jangan Biar Rakyat Terus Dibaham Jerung....

Penguasa 'Jerung' Terus Membaham Kebebasan Rakyat

* Kebebasan disempit semata-mata mengikut kemahuan penguasa zalim
* Kemerdekaan, semata-mata terlepas dari cengkaman penjajahan
* Demokrasi sebagai 'topeng' menyelamat penguasa rakus
* Undang-undang atau akta hanya untuk memelihara penguasa zalim
* Media terus diperkuda untuk melindungi penguasa zalim
* Polis menjadi pengawal peribadi pemimpin/penguasa zalim
* Sistem kehakiman turut bersekongkol mengiakan apa saja
* Institusi negara diperalat semahunya untuk kepentingan penguasa zalim
* Termasuk SPR menjadi 'kerbau dicucuk hidung'
* Kezaliman dihalalkan demi mengekal kuasa si zalim
* Apa lagi sisa untuk rakyat.................................?????

Tanyalah kepada rakyat, merdekakah sudah mereka dan bebaskah sudah mereka dan negara ini dari kongkongan penjajah. Tidak ada yang menjawab salah lagi. Bahawa Malaysia dan rakyatnya lebih 23 juta (jangan masukkan rakyat warga haram yang diwarganegarakan secara TIDAK mengikut UNDANG-UNDANG dan PERLEMBAGAAN NEGARA) itu adalah negara dan warganegara yang BEBAS, MERDEKA DAN BERDAULAT. Tapi cuba ditanyakan soalan mudah, apa erti merdeka dan kemerdekaan. Apa erti bebas dan kebebasan dan apa maksud 'kedaulatan'. Rakyat yang tidak pernah sekolah, tidak tahu baca dan tulis. Tidak masuk universitipun, tetapi celik, cerdik, cerdas dan mempunyai kepintaran akal serta hati yang dipancari petunjuk Allah Ta'ala, pasti mereka mempunyai kemampuan menafsir dan mengupas maksud serta pengertian sebuah kemerdekaan, kebebasan dan kedaulatan.

Sebaliknya, rakyat yang hilang daya akliah, kecerdikan, kematangan, hilang pertimbangan akal waras dan tertutup pintu hati mereka dari pancaran hikmah Allah Ta'ala. Yang pasti sekalipun mereka golongan terpelajar, intelek, ijazah berjela-jela, pangkat mengunung, ilmu melangit dan tersohor...mereka upama 'ayam daging' dan 'kerbau dicucuk hidung' hanya beriman dan bergantung sepenuhnya dengan maklumat media yang di'akujanji' oleh penguasa. Mereka di'akujanji' dengan segala-galanya akur, patuh dan taat buta tuli terhadap kemahuan tuan yang memberi makan minum mereka setiap masa sama seperti 'ayam daging' di reban. Hatta segala arahan dan perintah itu, sekalipun berlawanan dengan keilmuan, prinsip kebenaran dan juga keadilan sejagat. Pantang bagi mereka buka mulut dan bersuara untuk membantah atau mencadang sesuatu yang lebih mulia dan terbaik, melainkan sekadar beramal dengan budaya 'ampu mengampu' penguasa, orang besar dan orang berkuasa.

Pilihanraya Sekadar 'Topeng' Demokrasi

Lihat pilihanraya kecil yang terbaru di DUN Indera Kayangan. Di mana fungsi sebenar badan bebas seperti SPR, anggota keselamatan seperti polis dan lain-lain agensi kerajaan yang sepatutnya mereka bertindak menjadi orang tengah dan berkerja secara profesional. Demi untuk mengangkat undang-undang yang ada ke tempat tertinggi dan juga menyuburhidupkan nilai-nilai keadilan sejagat dalam kehidupan rakyat negara ini. Kecenderungan kepada mana-mana kelompok atau parti politik dalam situasi 'pilihanraya' atas nama kita sebagai 'pengadil' atau pengendali bebas atau badan bebas yang mengendalikan urusan rakyat tidak sewajarnya, malah TIDAK mewajarkan kita bertindak dalam keadaan dipengaruhi oleh orang lain, sehingga tenggelamnya nilai-nilai keadilan, ketelusan dan amalan profesionalisme dalam tindakan dan kerja-kerja yang telah diamanahkan.

Sebenarnya kejayaan kita melaksanakan amanah secara adil, telus dan profesional ditengah-tengah dua golongan manusia yang tidak sealiran itu, dan kita sendiri adalah penyokong yang satu kelompok. Namun, kecenderungan kita itu tidak sekali-kali mempengaruhi jiwa, akal dan sikap atau tindakan kita untuk berlaku dan bertindak TIDAK ADIL, adalah satu ketinggian jiwa, akal budi, satu cerminan wibawa peribadi dan akhlak yang tinggi. Tidak semua orang memiliki sikap sedemikian, melainkan mereka yang amanah, beriman, bertaqwa dan berilmu serta memiliki ketinggian akhlak.

Anda boleh bayangkan bagaimana pilihanraya demi pilihanraya yang berlaku dalam negara ini. Parti pemerintah iaitu UMNO/BN atau penguasa dengan angkuh lagi sombong mendabik dada bahawa merekalah parti yang akan dipilih rakyat. Mereka pertopengkan 'demokrasi' untuk menghalalkan segala cara hatta budaya ganas, monopoli media, samseng, ugut, rasuah, fitnah dan lain-lain bagi menarik sokongan rakyat. Tidak setakat itu, mereka perkudakan agensi kerajaan seperti jentera parti seperti polis, SPR itu sendiri kita cukup ragui?, RTM dan sebagainya.

Pilihanraya Hanya Untuk Meng'esah'kan Pemenang Yang Sudah Dimenangkan?

Proses pilihanraya di Malaysia akhir-akhir ini bukan lagi proses amalan demokrasi sebenar? Tetapi sekadar lakonan sebuah drama pilihanraya ala Malaysia yang akhirnya pemenang adalah UMNO/BN. Walaupun setengah tempat atau negeri amalan demokrasi itu benar-benar membawa erti demokrasi itu. Tetapi masih ada usaha-usaha untuk mengatur keputusan itu. Meskipun untuk mencari bukti lakonan 'pilihanraya' di negara ini suatu yang rumit?

Kejadian di Indera Kayangan, Perlis sudah melihatkan bahawa parti kerajaan UMNO/BN yang mempunyai kuasa di pusat dan kebanyakan negeri di seluruh negara. Gambaran awal, bahawa keyakinan UMNO/BN untuk terus berkuasa dan menang pilihanraya melalui proses demokrasi tulen adalah sukar. Kerana itu, tindakan tipu helah, rancangan jahat lagi tidak demokratik semacam sudah diatur sedemikian rupa bagi meng'esah'kan kemenangan mereka.

Penggunaan pengundi 'hantu' dan juga warga asing. Sepatutnya tidak boleh terjadi dalam proses pilihanraya di Malaysia. Ini kerana sistem dan undang-undang pilihanraya, undang-undang negara, akta Imigresen, akta pendaftaran dan lain-lain yang berkaitan untuk mengesahkan status seorang rakyat yang layak mengundi cukup baik dan ketat. Tetapi kenapa semudah itu warga asing atau PTI boleh menjadi pengundi sah dalam kebanyakan pilihanraya dalam negara ini. Contoh, paling popular pilihanraya di Sabah penggunaan Kad pengenalan palsu oleh warga asing/PTI, penggunaan warga asing/PTI menjadi pengundi atau menggunakan nombor Kad Pengenalan orang lain mengundi, sudah terbukti berlaku di Sabah.

Rakyat, terutama orang-orang politik 'mabuk kuasa' yang ada dalam UMNO/BN tidak nampak walau sejengkal akan bahayanya amalan memberikan Kad Pengenalan kepada warga asing/PTI agar semata-mata boleh mengundi UMNO/BN. Dan UMNO/BN terus berkuasa. Dengan kuasa yang ada itulah para pemimpin UMNO/BN terus-menerus merompak segala macam khazanah dan harta benda rakyat, menghalalkan segala penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, melanggar segala macam undang-undang demi memelihara penguasa rakus lagi zalim, mengubah-ubah sistem negara mengikut kemahuan 'hawa nafsu' mereka sebagai penguasa dan akhirnya negara, rakyat dan seluruh sistem negara ini TIDAK lagi membawa sebarang manfaat kepada rakyat kecuali untuk mereka, penguasa, suku sakat, kroni dan penjilat-penjilat penguasa zalim lagi jahat.

Apa Harapan Rakyat Dan Pembangkang Di Malaysia

Seandainya seluruh dunia mempercayai bahawa Amerika Syarikat itulah tuhan dunia? dunia dan seluruh penghuni dunia menjadi takut setakut-takutnya. Begitu juga kalau seluruh rakyat Malaysia berjumlah lebih kurang 23 juta itu percaya buta tuli bahawa UMNO/BN itu tuhan bagi rakyat Malaysia, jangan harapkan apa-apa perubahan lagi dalam politik Malaysia ini bukan saja tahun 2004, sampai kiamatpun tidak akan berubah.

Akan tetapi sekiranya seluruh rakyat Malaysia yang berjuta-juta itu percaya dan beriman bahawa Tuhan itu hanyalah satu Allah Yang Maha Kuasa. Insya-Allah, suara rakyat dan parti-parti pembangkang di Malaysia yang mendapat dokongan serta sokongan jutaan rakyat negara ini akan mampu menumbangkan UMNO/BN dengan Mahathirnya sekali. Kuat dan besar manapun kekuasaan manusia dengan kerajaannya, dengan bala tenteranya dan apa jua yang besar-besar itu sebenarnya TIDAK MAMPU UNTUK MENGHADAPI KEMAHAKUASAAN ALLAH YANG MAHA PERKASA. Fir'aun yang berkuasa di zamannya tenggelam hanya dengan sebatang tongkat Nabi Musa a.s, Raja Abrahah dengan tentera bergajahnya lumat hancur seperti daun kering dimakan ulat hanya dengan utusan burung Ababil yang melontarkan peluru-peluru atau bom-bom batu bersalut tanah dan Kaum Tsamud musnah hanya dengan angin...semua ini merupakan iktibar dan pengajaran kepada manusia akhir zaman.

Sinar pembangkang masih memancar di bumi Malaysia. Sekalipun parti pemerintah khususnya UMNO/BN seperti tiada tandingan. Kerana kita membiarkan mereka terus-menerus menanamkan budaya takut, budaya ugut, rasuah dan khurafat ke dalam benak pemikiran rakyat.

Marilah kita sama-sama mengatur strategi perjuangan ini demi untuk menghadapi pilihanraya umum ke 11 tidak seberapa lama lagi. Fikirkanlah bahawa pilihanraya itu hanya tinggal beberapa bulan lagi. Maknanya dari sekarang kita dituntut berkerja. Tak perlu dihebohkan dengan cerita-cerita sensasi besar-besaran sebagaimana UMNO/BN melagulamakan isu-isu Memali, KMM, negara Islam, perkauman dan sebagainya yang sudah rakyat negara ini ketahui cerita sebenarnya. Isu besar yang melibatkan parti pemerintah UMNO/BN sekarang adalah isu rasuah, penyelewengan, kronisme, putar belit cerita sebenar, pembohongan, rompakan harta benda rakyat secara berlesen dan pelbagai lagi...mari kita BONGKAR SEMUA ITU!!! Biar rakyat tahu, jelas dan faham satu persatu.

Ibn Sabah,
4.2.2002M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com