UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Baling: Tempat Merancang...UMNO/Polis???

* Kenapa Baling Juga Menjadi Pilihan UMNO/Polis?
* Zaman Anwar Ibrahim Baling juga menjadi fokus
* Memali sudah 17 tahun lalu masih dimainkan UMNO
* AWAS!!! Rancangan Jahat UMNO/Polis Seterusnya...?
* Tindakan polis di Kg Kubang Bok, Kuala Ketil, Baling ada suatu agenda jahat tersembunyi UMNO?
* Haram ceramah pembangkang?
* UMNO/Mahathir teramat terdesak...
* UMNO/BN sudah hilang kewarasan berpolitik
* UMNO/Mahathir bagai dikejar malaikatul maut
* Malaysia sudah jadi 'estet' bukan lagi 'state'

Terdengar berita TV 1 hingga 7, terbaca akhbar/media penjilat dan pengampu itu tentang kejadian 'trak polis' terbakar atau dibakar. Pembakarnya dipertuduhkan ke atas penyokong BA itulah yang diperhebohkan dan diteriak-teriakkan siang malam oleh para pemimpin UMNO berkepalakan Pak Lah sekarang. Sebab kepala 'shit' yang satu ekor itu berada kat luar negara berpakat dengan Yahudi dan Amerika untuk membaham dan meminum tubuh dan darah umat Islam di Malaysia yang dicop sebagai ganas dan pengganas?. Penulis terbayangkan kisah Memali yang diulang-ulang tayangkan sama popularnya dengan cerita atau filem P. Ramle Madu Tiga, Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang dan sebagainya itu.

Kata Datuk Khalil Yaakub yang tolol banggang itu, tentang kes Memali yang diklip videokan dan disiar berulang-ulang oleh RTM mak bapak mereka, konon sesuai dengan perkembangan semasa dunia. Dari sudut mana? Tetapi kenapa diselit-selitkan dengan cerita kepemimpinan PAS hari ini. Apakah relevansinya dengan dunia kes terpencil Memali pada 1985 dulu. Dan dimain-mainkan sebegitu rupa kemudian dikait-kaitkan dengan politik semasa PAS. Sedangkan kes sebenar Memali itu sendiri sudah berbelas tahun belum dapat diselesaikan di Mahkamah dibawah kerajaan yang berpartikan UMNO/BN yang dikepalai oleh Mahathir. Maka penyiaran secara 'klip video' itu sebenarnya mempunyai motif politik 'jahat' UMNO/Khalil, yang nyata lagi jelas melainkan ia satu niat politik 'jahat' UMNO/Mahathir/Khalil/ZAM di RTM itu sahaja. Mereka mahu mengkambinghitamkan PAS dan barisan pembangkang yang berpayung dibawah BA.

Kenapa Baling juga menjadi pilihan UMNO/Polis. Di zaman PM yang pertama Tuanku Abdul Rahman, Baling juga menjadi pilihannya untuk bertemu dengan komunis, Cheng Ping. Kes Memali juga terjadi di Baling pada tahun 1985 zaman 2M. Kisah 'kebuluran' tahun 70an dulu Baling juga menjadi fokus para pelajar universiti yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Dan yang terbaru malam 10 Februari, 2002 ialah kejadian trak polis dibakar berhampiran dengan kawasan ceramah PAS yang dihadiri oleh MB Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Azizan Abdul Razak, Sdra Mahfuz Omar Ketua Pemuda PAS dan Timbalan Ketua Pemuda KeADILan, Sdra Saifuddin Nasution.

Setelah membaca dan menilai berita-berita yang dihebohkan oleh media pengampu dan penjilat RTM, TV 3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan sekutu-kutunya. Kemudian membaca serta menilai kenyataan, juga ulasan para pemimpin BA dan media yang pro BA dalam internet. Nampak benar perbezaan itu. Media pengampu/penjilat UMNO/BN 100% mereka lebih dengan agenda politik murahan dan jahat para pemimpin UMNO. Besarnya agenda mereka ialah mahu meletakkan bahawa PAS dan Nik Aziz yang menjadi Mursyidul Am itu adalah kumpulan ganas. Itulah gambaran 'perut busuk' UMNO dan para pemimpin mereka yang jahat. Mereka perkudakan polis. Polis sahaja menjadi tempat pergantungan kuasa dan pengaruh politik mereka.

Baling Yang Istimewa

Penulis yang pernah belajar beberapa tahun di Kedah pada tahun 70an dulu sudah mendapat sedikit gambaran 'istimewa'nya daerah bernama Baling itu. Teringat lagi penulis ada kawan-kawan sambil joking, kata mereka ayam di Baling tak makan padi yang dijemur. Tambah penulis, orang di Baling juga tidak mencuri. Terbayang pada fikiran kami betapa istimewa dan barakahnya bumi Baling.

Apa sebenarnya yang mengistimewakan bumi Baling dari daerah-daerah lain di Kedah. Baling ada cerita tentang komunisnya, ada cerita sejarah kebulurannya, sejarah Memali yang melahirkan 'syuhada', Baling dengan sekolah-sekolah pondok atau sekolah agamanya, Baling dengan ramainya tokoh agama, bertaraf ulama dan cendikiawan yang dilahirkan di Baling dan pelbagai lagi keistimewaan itu yang tidak mungkin dapat penulis catatkan satu persatu, kecuali dengan membuat satu kajian terperinci dan tesis khusus tentang Baling di Kedah.

Kes Kuala Ketil Di Baling Seperti Episod Ulangan?

Anda tentu masih ingat kejadian Memali 17 tahun yang lalu. Datuk Musa Hitam adalah Menteri Dalam Negeri yang menguasai polis waktu itu dan Mahathir berada diluar negeri. Rakyat, penganalisis dan penulis politik sudah boleh membaca dan meramal sesuatu kejadian. Apabila Mahathir keluar negara dalam tempoh lama, awas! akan terjadilah suatu yang buruk di Malaysia yang akan menguntungkan diri, politiknya dan juga parti yang diketuainya. Tetapi bencana kerosakan kepada rakyat, negara dan parti-parti yang dimusuhinya.

Provokasi yang disusun atur sebegitu rupa di Kg Kubang Bok, Kuala Ketil pada 10 Februari lalu. Kebetulan majlis itu dihadiri oleh MB Kelantan selaku tetamu kehormat di Kg Kubang Bok. Tetapi pihak polis tidak lagi menilai, apa lagi untuk melihat siapa yang hadiri majlis seumpama itu. Betulkah ada kejadian keganasan yang dibuat oleh penganjur dalam ceramah politik tersebut. Betulkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengajar penyokong PAS supaya bertindak ganas ke atas polis, merosakkan harta benda kerajaan dan apa-apa tindakan yang melanggar undang-undang.

Kita dapat meneka bahawa polis Malaysia hari ini lebih banyak bertindak mengikut telunjuk para pemimpin UMNO/BN. Ceramah 'haram' siapa yang buat fatwa ini, kalau bukan orang-orang politik berjiwa 'pengecut' seperti para pemimpin UMNO/BN. Kenapa polis Malaysia yang kebanyakan mereka adalah golongan terpelajar dan lebih cerdik daripada para pemimpin UMNO/BN yang rata-ratanya tolol dan bahlul itu, boleh dan sanggup tunduk patuh kepada arahan politik sempit mereka.

Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan Perlembagaan Negara yang menghalalkan seluruh rakyatnya bersuara dan bebas melakukan aktiviti atau program-program politik yang dibenarkan oleh undang-undang, tiba-tiba DIHARAMKAN. Haram dari segi mana. Kenapa pengharaman 'ceramah', pengedaran media pembangkang menjadi 'haram' dan terlarang atau diperketatkan. Sebaliknya, parti pemerintah yang dikuasai UMNO/BN dikebanyakan negeri bebas berbuat apa saja yang mereka mahu. Dengan polis menjadi 'taming sari' mereka. Maknanya polis hanya semata-mata bertugas menjaga individu-individu tertentu atau penguasa yang takut kehilangan kuasa politik. Dalam waktu sama, polis akan bertindak ganas terhadap rakyat yang bersuara untuk mengkritik penguasa yang tidak memperdulikan nasib rakyat terbanyak.

Apakah polis Malaysia yang ada hari ini adalah polis kepada parti politik, UMNO/BN sahaja. Dan jutaan rakyat yang lain serta para pemimpin pembangkang, yang tidak menyokong UMNO/BN adalah musuh polis.

Awas!!! Perancangan 'Politik' Lebih Jahat UMNO/BN?

Kejadian di Kuala Ketil, Baling adalah mukaddimah perancangan 'politik' jahat UMNO seterusnya bagi memburuk-burukkan PAS dan kepimpinan PAS selama ini. UMNO/Mahathir/Pak Lah dengan memperkudakan polis Malaysia akan memperbuat apa saja untuk melumurkan segala keburukan, kejahatan dan keganasan ke atas WAJAH INDAH PAS DAN KEPIMPINAN ULAMA PAS dibawah tiga serangkai pemimpin ulama utama PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ustaz Fadzil Nor dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Tiga watak, tiga wajah dan tiga keperibadian kepimpinan milik PAS dan BA yang ada hari ini adalah antara wajah tokoh yang bakal mewarnai politik Malaysia abad ini. Apatah lagi mereka ini diperkuatkan lagi dengan wajah dan watak kepimpinan BA yang lain. Terutamanya DS Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah, Dr Syed Husin Ali, Ustaz Harun Taib, Dr Hassan Ali, Hassan Shukri, Mustafa Ali, Ustaz Nasaruddin, Mahfuz Omar dan ramai lagi. Wajah dan watak mereka inilah yang menakutkan dan mengerunkan UMNO/BN dan para pemimpin UMNO.

Kerana itu, UMNO mahu mereka yang boleh menghalang pengaruh UMNO/BN, pengaruh Mahathir dan Pak Lah mesti disekat dengan apa jua cara. Sudah banyak cara mereka pergunakan untuk menghitamkan PAS, Nik Aziz, Fadzil Nor dan Haji Hadi. Tapi Tuan Guru Nik Azizlah paling mereka takuti. Penangkapan anak Nik Aziz, Ustaz Nik Adli adalah antara perancangan beracun UMNO dan pembakaran trak polis di Kuala Ketil itu juga satu-satu lagi rancangan jahat UMNO untuk menghitamkan nama Tuan Guru Nik Aziz.

Kepada para pemimpin, penyokong dan pendokong PAS serta BA disemua peringkat supaya lebih berwaspada dengan provokasi UMNO melalui kuda tunggangan mereka 'polis'.

Nabi SAW pernah mengingatkan umat Islam sejak dulu lagi tentang siapa yang paling besar dan berat ujiannya dalam hidup mereka. Saad bin Abi Waqqas r.a. berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, Ya Rasulullah! siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya? Maka jawab Rasulullah SAW: Para nabi, kemudian mereka yang meyerupai mereka dan mereka yang menyerupai mereka itu. Seseorang akan diuji (dicuba) menurut kadar (kuat atau tidak) agamanya. Maka jika agamanya tipis atau lemah dia akan diuji sesuai dengan itu (ringan), bila iman atau agamanya kuat, dia akan dicuba sesuai dengan itu (berat sedikit). Seorang itu akan diuji dan dicuba terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi (ini) bersih dari dosa-dosa". (HR Bukhari).

Sejak dari zaman Nabi SAW, para sahabat dan zaman tabi'in lagi gambaran ujian dan tribulasi yang ditempuh oleh para pejuang Islam tidak pernah surut dari ujian dan cubaan besar. Dengan ugutan, pujuk rayu, penjara, tali gantung, serangan hendap dan sehingga ke peringkat diluar akal kita. Musuh Islam, golongan anti Islam, sekutu-kutunya dan talibarut-talibarutnya tidak akan berhenti untuk menentang Islam yang membawa erti dan nilai kebenaran dan keadilan di tengah-tengah manusia yang terkeliru dan disesatkan di mana-mana muka bumi sama ada di barat, timur, utara dan juga di selatan.

Di Malaysia, UMNO seperti talibarut musuh Islam yang berpusat di Amerika. Hari-hari melontarkan kata-kata jahat dan bermuslihat kepada kelompok umat Islam. Seolah-olahnya UMNO/BN mengiakan apa saja kata Amerika dan sekutunya tentang pengganas. Yahudi yang lebih ganas dari pengganas di Palestin tidak pula dicop sebagai pengganas. Umat Islam yang mahu mengamalkan sedikit kebebasan bersuara secara halal mengikut amalan dan lunas demokrasi disekat dengan pelbagai cara cukup TIDAK DEMOKRATIK! ceramah pembangkang haram, perhimpunan parti pembangkang haram, sebar risalah haram, jual akhbar BA haram dan kritik/bongkar penyelewengan dan salahguna kuasa para pemimpin UMNO/BN haram atau akan diambil tindakan OSA dll. Jadi apa lagi yang boleh rakyat Malaysia yang tidak minat dengan UMNO/BN boleh lakukan semua haram dan diharamkan. Dilarang, disekat, dirampas, disembur asid dan dikepung. Tidak juga takut, ditangkap, diISAkan, difitnah, dituduh bukan-bukan dan akhirnya tidak mustahil UMNO akan menghalalkan 'pembunuhan' pula dengan bertopengkan kuasa polis yang sudah dirasuk itu.

Dengan ini, para pemimpin, penyokong dan pendokong hendaklah lebih berwaspada dan berhati-hati dengan perancangan politik 'jahat' UMNO/Mahathir/Pak Lah. Pak Lah hanya pak turut, dia akan lakukan apa saja untuk menjaga tuan yang 'tua lagi nanyanyuk' itu. Pak Lah sudah mula menjelmakan kebengisannya kepada pembangkang dengan arahan kepada polis agar bertindak lebih keras kepada rakyat yang berhimpun.

Malaysia Sudah Macam 'Estet' Bukan Lagi 'State'

Kenyataan dan ulasan Tuan Guru Nik Aziz tentang negara ini, seperti sebuah estet yang dikuasai oleh tuan estet adalah amat tepat sekali dengan situasi yang ada sekarang. Bukan lagi sebuah negara yang mengamalkan undang-undang dan semangat demokrasi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. Segala macam amalan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Negara dan dibolehkan oleh amalan demokrasi benar-benar mahu ditutup serapat-rapatnya kepada rakyat negara ini.

Suara rakyat dalam sebuah negara yang berPerlembagaan dan mengamalkan demokrasi yang berbau kritikan, teguran dan sanggahan kepada segala macam bentuk penyelewengan, salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh para penguasa dianggap anti kerajaan atau anti tuan estet.

Kalau benar UMNO/BN sebagai parti kerajaan yang kuat dan berpengaruh. Kenapa mahu mereka sekat kebebasan rakyat, tutup mulut rakyat dan takutkan suara rakyat. UMNO/BN sudah memiliki segala macam bentuk jentera kerajaan yang boleh mereka perkudakan dan perhambakan untuk kepentingan politik dan peribadi pemimpin.

Kenapa tidak berani beri peluang dan kebebasan rakyat dan pembangkang menyuarakan hak mereka sebagai rakyat yang merdeka, bebas dan berdaulat dalam negara Malaysia yang merdeka lagi berdaulat ini. Sehingga akhirnya mereka menjadi golongan 'penguasa' yang pengecut lagi takut menghadapi kenyataan lalu negara ini dijadikan sebuah 'estet' yang akan dikontrol oleh tuan estet.

Mudahnya dan lebih mudah dari mengurus sekolah tadika yang ditakuti oleh Mahathir dan UMNO. Mahu kekal berkuasa sampai kiamat, mahu rakyat Malaysia sokong UMNO sampai kiamat dan Mahathir terus jadi Presiden UMNO dan PM sampai kiamat. Gubal undang-undang baru catatkan satu persatu kemahuan UMNO dan Mahathir serta kroni-kroninya dalam Perlembagaan Malaysia yang baru itu. Kemudian statuskan Malaysia adalah sebuah 'ESTET' yang hanya dikuasai oleh Mahathir and UMNO's SDN BHD. Orang lain tidak boleh cakap apa lagi tentang demokrasi, politik, undang-undang dan apa jua. Kerana telah didoktrinkan amalan/budaya 'estet' sendirian berhad.

UMNO, Mahathir Dan Pak Lah Seperti Dikejar 'Malaikat Maut'

Gambaran itu sudah ada. Bagaimana seorang yang sudah hampir maut atau nazak. Tentu keadaannya sudah tidak stabil, apalagi hidupnya dikelilingi dosa dan orang-orang yang berdosa siang malam berfikir macam mana mahu kaya, rompak wang rakyat, macam mana songlap balak, buat maksiat, rasuah, judi dan segala macam mungkar menjadi amalan kebiasaan yang tidak boleh tidak.

Itulah gambaran UMNO, Mahathir dan Pak Lah Badwi sekarang. Gelisah, resah dan gundah gulana menghadapi suara-suara rakyat. Padahal, mereka duduk di istana kebal yang dikawal rapi. Tiba-tiba mereka resah dan gelisah rakyat di ulu, desa dan kampung mendengar ceramah Tuan Guru Nik Aziz di Kuala Ketil, Baling satu kawasan boleh dikatakan terpencil, tapi istimewa.

Apa yang Mahathir dan Pak Lah Badwi gelisahkan. Pemimpin pembangkang ceramah dikampung-kampung bagi menjelaskan kebenaran dan keadilan yang sebenarnya. Bukan kebenaran dan erti keadilan yang disamar-samarkan oleh UMNO/BN selama ini. Pemimpin pembangkang BA/PAS/KeADILan/PRM tidak pernahpun menyalurkan ucapan ceramah mereka masuk ke dalam istana atau mahligai Mahathir dan Pak Lah di Putrajaya. Malah mikropon dan pembesar pun tidak pernah dihalakan ke kawasan mahligai mereka yang dikawal rapi oleh polis-polis peribadi mereka. Tidak juga suara dan pembesar suara itu ditujukan ke mana-mana rumah menteri tertinggi UMNO/BN selama ini. Kenapa tiba-tiba UMNO/BN dan para pemimpinnya dok gelisah dan tak senang duduk dikerusi kuasa empok mereka selama ini. Apa mereka takut kehilangan kerusi kuasa 'politik' itu. Apa mereka takut kehilangan segala harta kekayaan yang mereka kumpulan selama ini secara haram dan merompak harta rakyat dengan berlesenkan 'kuasa'. Itulah namanya salahguna kuasa oleh para pemimpin UMNO/BN mengkayakan diri, anak bini, keluarga, ipar duai, kroni dan rakan. Rakyat mendapat cuma hampas-hampas dan daki-daki yang tidak berguna lagi.

Walau macam mana takutnya Mahathir, Pak Lah dan para pemimpin UMNO/BN kehilangan kuasa, kehilangan kemewahan hidup dan kehilangan pangkat besar, nama dipuja dan kedudukan atau pengaruh. Ketakutan itu ibarat 'malaikat maut' yang selalu mengejar orang-orang yang ketakutan. Akhirnya, Mahathir, Pak Lah Badwi dan kroni-kroni bersama suku sakat anak bini mereka akan mati dalam ketakutan.

Jadi sebelum masa 'kematian' atau 'kehilangan' segala yang mereka takuti hilang itu. Maka tindakan dan kerja-kerja 'politik' mereka sudah tidak tentu arah. Sebagaimana seorang yang hampir menghadapi maut atau dikejar malaikat maut, menjadi tidak tenteram. Terkadang marah menggila, terkadang membuat diluar kebiasaan, bertindak tanpa kewarasan dan lebih banyak menggila. Itulah gambaran yang dihadapi Pak Lah sekarang. Dia lebih takut kalau Mahathir balik dengan segala titah perintah Mahathir tidak dilaksana dengan jaya olehnya. Gila Mahathir lebih dahsyat sebagaimana cerita Atarturk yang hendak mati dan nazak...marah Mahathir si tua nyanyuk itu lebih dahsyat, lihat saja marahnya terhadap Musa Hitam dulu, Tengku Razaliegh, Anwar Ibrahim dan Tun Daim. Dari empat orang yang pernah menerima 'tekanan' kemarahan Mahathir itu hanya seorang yang layak bergelar WIRA iaitu DS Anwar Ibrahim. Sekalipun dipenjarakan. Tapi Anwar tetap dinobat sebagai seorang WIRA didepan penguasa jahat lagi zalim.

Apa akan terjadi yang bakal menimpa UMNO, Mahathir dan Pak Lah Badwi selepas ini. Selamanya mereka terus gelisah, resah dan ketakutan yang tiada bandingannya lagi, apabila 'jiwa takut' itu bersarang dalam diri mereka. Panggillah seribu jeneral polis yang mengawal disekeliling mereka dan mengawal mahligai kebal mereka di Putrajaya itu mereka tetap diselubungi 'ketakutan' dan 'kehilangan...' pengaruh, pangkat, harta, kuasa, kemewahan, nama dan sanjungan para penjilatnya. Sebagaimana seorang raja hebat dan perkasa seperti Fir'aun akhirnya binasa dan dikejar 'malaikat maut' hatta dalam istana besar dan kebalnya maut pasti datang. Begitulah hayat UMNO, Mahathir, Pak Lah juga akan berakhir.

Ibn Sabah,
15.2.2002M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com