UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Bermacam-macam Tapi Cuma Satu Macam!!!

Kepada seluruh pejuang perubahan/keadilan dan rakyat Malaysia yang majmuk diucapkan selamat menyambut Hari Raya Haji dan Tahun Baru Cina.

Membahas, membicarakan, mengulas dan mengupas segala macam isu demi isu yang berpusing-pusing seperti 'roda-roda' isu hangat dalam negara. Dari isu politik, ekonomi, sosial, pentadbiran, kehakiman, undang-undang, pendidikan, keselamatan dan antarabangsa. Dan bila diperkecilkan lagi kepada isu-isu larangan ceramah, akujanji, polis yang dirasuk arahan atasan, ahli akademik atau intelek universiti dikerah dan diatur 'lidah' mengikut kemahuan penguasa, militan, KMM, pengganas, ulang siar isu Memali oleh RTM, TADIKA, Sauk, ISA, tangkapan, rampasan media alternatif, larangan guna masjid dan berpuluh-puluh lagi isu-isu...

Pernahkah kita dan seluruh rakyat Malaysia yang majmuk ini berfikir dan terfikir. Bahawa bermacam-macam isu yang terjadi, ulang-berulang, pusing sana pusing sini, putar sana putar sini, belit sana belit sini dan pelbagai cara diolah, dimake-up, diindahcantikkan dalam negara ini dari dulu sampai ke saat ini. CUMA SATU TUJUAN, MATLAMAT DAN SATU MACAM SAJA. Anda semua boleh teka-meneka. Yang Satu Macam itu ialah:

UMNO/BN MESTI TERUS BERKUASA atau SELURUH KEPIMPINAN MALA'UN YANG BERKETUAKAN MAHATHIR/PAK LAH BADWI MESTI KEKAL WALAU DENGAN APA CARAPUN.

Tentang mereka itu rasuah, menyeleweng, salahguna kuasa, zalim, auta, putar belit, memfitnah, menipu rakyat, mengkayakan diri, anak bini, kroni dan tauke/korporat kesayangan dan macam-macam lagi. Cukup dengan SATU usaha sahaja habis tutup semua isu mungkar lagi jahat itu. Apa yang SATU itu? CUMA SATU SAHAJA, iaitu:

ARAH SEMUA JENTERA PENTADBIRAN DALAM NEGARA YANG ADA DARI MEDIA HINGGA KESELURUH INSTITUSI, AGENSI DAN TADIKA...MESTI SAMA-SAMA SETUJU DENGAN 'AKUJANJI' BAHAWA SEMUA ITU WAJIB DITUTUPSEMBUNYIKAN DARI PENGETAHUAN RAKYAT JELATA.

Jadi apalagi yang diharapkan dari sistem yang ada dalam negara ini. Rakyat hanya diminta terima, puji-puja, syukuri dan akuri apa saja yang dibuat oleh UMNO/BN, Mahathir, Pak Lah dan kroni-kroni mereka. Sekalipun menyalahi undang-undang negara, menyalahi amalan demokrasi, menzalimi rakyat dan menipu jutaan rakyat Malaysia.

Dengan itu, sama-samalah kita memikirkannya. Bagaimana menyanggah segala kekhurafatan politik dan pemikiran jumud rakyat yang berlaku dalam negara ini. Bagaimana supaya rakyat senang menerima PERUBAHAN dan BERUSAHA TURUT MERUBAH keadaan sistem yang sudah lama diperkosakan oleh UMNO/BN, Mahathir/Pak Lah sekarang.

Jangan sekali-kali kita sempit fikiran, hilang daya akliah dan sikap proaktif untuk mencari ruang yang BOLEH kita menyampaikan mesej perjuangan 'KEADILAN, KEBAIKAN DAN MEMBENTUK NEGARA MALAYSIA LEBIH BAIK' pada pilihanraya akan datang. Jangan tunggu saat-saat akhir baru kita bertindak.

Mari kita semua rakyat Malaysia yang majmuk ini. Dari sekarang, saat, waktu, hari, bulan dan tahun ini memulakan gerakkerja untuk merubah kepimpinan politik yang tidak banyak membahagiakan kebanyakan rakyat Malaysia hari ini. Anda boleh lihat dan teliti apa agenda besar para pemimpin UMNO/BN...betul Malaysia membangun ada bangunan tinggi, besar, mega, ramai sudah kaya raya. Tetapi pernahkah kita bandingkan daripada 23 juta rakyat Malaysia itu berapa peratus yang benar-benar hidup mereka cukup, senang dan mewah???.

Ibn Sabah,
22.2.2002M.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com