UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PERANG SARAF UMNO. SEBARAN JAHAT UMNO MEMFITNAH PAS

(Untuk yang tinggal diluar Selangor, edarkan kpd rakan-rakan dan sahabat handai sdr di Selangor)

PAS Selangor ingin mengingatkan ahli-ahli PAS dan penyokong-penyokong PAS akan satu sebaran yang dipercayai didalangi oleh pihak UMNO Selangor sedang menyerang Dato' Dr. Hassan Ali habis-habisan. Sebaran ini telah dihantar ke rumah-rumah orang PAS dan ditabur di tempat awam di Selangor secara percuma. Terbitan yang tidak mendapat permit KDN dianggap sebagai perbuatan bacul dan tidak bertanggungjawab bagai lempar batu sembunyi tangan. Sebaran ini tiada penerbitnya tetapi diberikan satu alamat laman web yang diusahakan oleh Kelab Maya UMNO.

Ini adalah sebaran ke tiga yang diedarkan kepada orang ramai dan ahli PAS sejak Majalah Detik membongkar kes penyelewengan MB Khir Toyo.. Sebaran percuma ini dibuat sebagai langkah untuk mengabui mata masyarakat terhadap penyelewengan MB yang sudah kronik. Sebaran ini dianggap sebagai perang saraf UMNO ke atas PAS. Pihak yang tidak bertanggungjawab ini sengaja mahu melaga-lagakan ahli-ahli PAS dan menimbulkan keraguan dalam hati di kalangan ahli-ahli PAS kononnya masalah dalaman PAS sudah meruncing.

Allah berfirman : "Jika datang kepadamu seorang fasik dengan membawa suatu berita, maka selidikilah" Al-Hujarat: 6.

Kepada ahli-ahli PAS diingatkan supaya berpegang kepada firman Allah SWT ini. Ustaz Fathi Yakan pernah menyebut dalam bukunya "Orang-orang yang gugur di jalan da'wah" salah satu punca kepada gugurnya petugas-petugas Islam dan para da'i dari jalan da'wah ialah apabila mereka percaya kepada berita fitnah dari orang fasiq. Apatah lagi apabila ada di antara petugas dan para da'i ini yang percaya kepada berita fitnah ini dan kemudiannya menyebarluaskan pula berita fitnah tersebut. Lantas akan wujud api dalam sekam. Akan wujud prasangka, dengki, sangka buruk dan tohmahan yang bagaikan api memakan daun kering dan bagaikan kanser yang memusnahkan tisu dalam badan, yang akhirnya membawa kepada maut. Inilah yang dikehendaki oleh UMNO.

Justeru, PAS Selangor menyeru supaya sebaran-sebaran fitnah UMNO yang tidak mendapat permit KDN ini dirampas dan dibakar jika ditemui di tempat-tempat awam. Oleh kerana terbitan ini tidak disebutkan penerbitnya, maka tidak ada keperluan untuk membuat laporan polis.

Ahli-ahli PAS dan penyokong juga diseru supaya mengadakan solat hajat dalam menghadapi arus serangan bertubi-tubi oleh UMNO dan BN ke atas PAS sejak akhir-akhir ini. Adalah dipercayai sekiranya, suasana memihak kepada BN dan UMNO sepanjang tahun ini, pilihanraya umum akan dibuat lebih awal dari waktu yang dijangkakan.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan aqidah kepada kita semua.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com