UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Cerita pasal research

Oleh : amey ukay

Jangan salah paham cek oii, cek dek berhajat besar. Dia berpanjangan jauh. Al-kisah al-kutub tu tak ada siapa punya, so malaysia must take a good apportunity to explore and to send our researcher overthere. Penyelidik kita hebat-hebat. Cek dek ini selalu berpikiran jauh.

Tapi yang peliknya banyak lagi benda yang boleh di buat research dalam negara kita sendiri. Contohnya proton masih tak mampu nak mengeluarkan enjin own made 100%. Mengapa sudah 20 tahun mengeluarkan proton pelbagai model tapi tak boleh lagi megeluarkan enjin hasil ciptaan sendiri. Kononnya apa yg saya ketahui, engineer proton masih tidak mampu mencipta block enjin. Masih mengharap Mitsubishi untuk menurunkan ilmu. Jgn haraplah mereka nak bagi ilmu tu. Kalau mereka ajar alamat tutup kedailah mitsubishi. Mungkin info nie agak kurang tepat sebab dah lama tak balik malaysia. So orang proton bolehlah tolong check what is happening now?

Banyak lagi kalau saya nak beri contoh, tapi ada satu perkara yang agak menarik di UK nie. Pasar mini cina town banyak menjual product-product thailand. Malaysia pun ada juga. Thailand mampu mengeksport buah-buahhan mereka dalam tin. Buah rambutan, buah nangka ( muda dan masak). Cukup sedap macam fresh dari kebun. Saya teringat bagaimana buah rambutan di malaysia, apabila musimnya harga jatuh. Pembaziran berlaku. Hari-hari kita makan rambutan sampai naik jemu. Kenapa tidak ada usaha untuk mengeksport buah rambutan nie ke seberang laut spt ke UK. Prosesnya agak mudah. Awet, tin dan eksport. Research student kita di Malaysia, jadikan ia satu topic pHD, dan kalau berjaya graduate. Tapi malangnya dah berpuluh Phd student graduate, but no significant research yg orang awam boleh nampak. Kenapa ini berlaku.

Saya rasa cek dek tak payahlah susah payah hendak pergi jauh sangat. Over. Saran yang ada depan mata sudahlah. Rakyat malaysia pun janganlah dok pikir sangat cek det tu. Kerja mesti buat. Pikir sangat cek det alamat semua kerja tak jadi.

Then yang jagi professor-professor di universiti, tak payahlah pikir susah-susah nak buat research, yang senang-senang tapi very good prospect lagi ada hasilnya. Setakat nak produce paper sampai 20 paper setahun, kalau tak ada hasil, lebih baik paper tu masuk tong sampah.

Research center bukan main banyak tapi product habuk pun tarak. Yang nampak obvious, sikit Mimos. Mungkin CEO nya Tengku Azman agak class sikit. Yang lain boleh jalanlah. Dok jilat , ampu dan sebagainya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com