UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Boleh guna pil lewatkan haid untuk tunai haji

Alamatkan surat anda kepada:

Warta Darul Iman
Tingkat Atas U2,
Bangunan Dewan Undangan Negeri,
Wisma Darul Iman, 20503 Kuala Terengganu
atau Tel: 09-6231957 sambungan 2268
Fax: 09-6267732
e-mel: upknt@terengganu.gov.my

Minta penjelasan sama ada ditegah atau dibolehkan menggunakan nama dan keterangan orang yang telah mati supaya memudahkan memberi bantuan kepada balunya?
– Rozita Ibrahim, Hulu Terengganu.

Tidak ada halangan menggunakan nama atau pengenalan si mati untuk jalan kebaikan dan kebajikan.

Apakah hukuman dengan cara gantung sampai mati boleh menggantikan cara pancung dalam masalah pembunuh yang didapati bersalah mengikut hukum Qisas.
– Masitah Muda, Marang.

Pada perinsipnya cara yang paling mudah mati dan paling sedikit penyeksaan hendaklah diutamakan dalam melaksanakan hukum bunuh. Oleh itu kalau cara itu lebih menepati perinsip di atas maka ia hendaklah diutamakan.

Adakah kemalangan jalan raya yang tidak disengajakan yang menyebabkan kematian sebelah pihak, kematian ini dinamakan pembunuhan yang tidak disengajakan. Adakah orang yang menyebabkan kematian di jalan raya seumpama ini dikenakan diat?
– Musa Yaacob, Setiu.

Kecelakaan jalan raya yang mengakibatkan kematian tidak boleh dianggap suatu pembunuhan yang tidak sengaja. Berikutan itu orang yang menyebabkan kematian itu tidak boleh dikenakan diat.

Sekiranya pemerintahan Islam dilaksanakan di Malaysia, orang yang bukan Islam yang patuh kepada pemerintahan Islam itu dinamakan Zimmi. Adakah mereka mempunyai hak yang sama seperti orang Islam dalam masalah memiliki, membeli atau menjual tanah?
– Mohd Noor Awang, Ulu Klang, Selangor.

Ahli zimmi mempunyai hak yang sama dengan orang Islam dalam memiliki harta, termasuk jual beli tanah.

Adakah dibolehkan seseorang wanita yang menunaikan fardhu haji menggunakan pil untuk melewatkan haid dengan tujuan memudahkan seseorang itu menunaikan haji. Boleh jelaskan dalilnya.
– Marina Ahmad, Damansara, Kuala Lumpur.

Memang dibolehkan dengan syarat-syarat biasa iaitu tidak najis dan tidak memudharatkan.

Bolehkah mengeluarkan air mani di luar faraj ketika bersetubuh kerana masalah kesihatan saya. Nyatakan dalil halal atau haram perbuatan itu?
– Isteri Dalam Dilema, Kuala Terengganu.

Boleh air mani ditumpahkan di luar faraj ketika bersetubuh (suami isteri). Amalan ini berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. sedangkan ia mengetahui tetapi tidak melarangnya, dan Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan yang bermaksud: "Kami mengasing (tumpahkan di luar faraj) sedang Al-Quran masih turun."

Adakah dibolehkan anak perempuan bersalaman dengan seorang lelaki yang menjadi bapa saudara sebab perkahwinan dengan emak saudara anak perempuan tadi dan sebaliknya?
– Zamri Zakaria, Kuala Terengganu.

Tidak dibolehkan kerana ia masih dikira orang asing, Pengharaman berkahwin dalam masalah ini hanya sementara, iaitu tidak dibolehkan anak saudara dengan ibu saudara serentak untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki.

Adakah dibolehkan seorang lelaki bersalaman dengan emak saudara atau emak saudara sabit perkahwinan kepada si isteri dan sebaliknya bolehkah seorang perempuan bersalaman dengan bapa saudara kepada si suami?
– Khalid Muda, Setiu.

Tidak dibolehkan bersalam dengan emak saudara atau bapa saudara sabit sebab mereka masih dianggap orang asing, dan boleh berkahwin setelah mereka bercerai.

Bolehkah saya menunaikan sembahyang jamak untuk tiga hari pertama apabila saya bermusafir selama lebih daripada tiga hari?
– Azmi Wahab, Dungun.

Boleh.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com