UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Dewan Milenium Kepala Batas Kebanggaanku..

Tanggal 2002-2002 (20 februari 2002) berbanggalah rakyat Kepala Batas (merujuk laporan berita dan akhbar perdana) bila Pak Lah merasmikan dewan yang dinamakan Dewan Milenium Kepala Batas. Maka majlis ‘doa selamat’ pembukaannya dibuat oleh Puan Fauziah Latif (Gee) dengan iringan orkestra PDrM. Selamat….selamat sungguh la tu…. Almaklumlah, para ulama’ sibuk memihak pembangkang, jadi puak kerajaan nak baca doa selamat ‘masuk rumah baru’ kenalah panggil ulamak puteri UMNO yang terdiri daripada puak artis?

Maka menasihatlah YAB Pemangku Perdana Menteri, Pak Lah agar dewan yang nilainya begitu tinggi dan dengan peralatan dalamannya yang canggih perlu dijaga dan diselenggarakan dengan sempurna supaya tidak membazir (???? Penyelenggaraan ni nak kena pakai duit siapa ni?). Senyumlah Datin Seri Hendon… suami tersayang memuji… Apa tidaknya, semua kemasan dan kelengkapan dewan adalah mengikut spesifikasi (perincian) dan kehendak Datin Seri. Jururunding tak perlu fikir lagi, semua perlu rujuk Datin Seri. Baik jubinnya, perabutnya, peralatannya, papan lantainya, sistem audio visualnya, kemudahannya adalah buah permintaan Datin Seri Hendon. Apatah lagi untuk hiasan dalaman Bilik VVIP… mesti ‘high taste’ punya…Almaklumlah, ‘aku sendiri’ yang akan selalu hinggap di situ nanti!

Sememangnya rakyat Pulau Pinang@Penang.com sudah tau. Mamak-mamak dan mami-mami rata-rata dok sembang… mungkin tak lama lagi seMalaya pun tahu.. Datin Seri Hendon memang handal ‘settle’ masalah hartanah. Ada masalah baik jumpa Datin Seri. Lebih mudah dan berkesan, jauh lebih baik daripada jumpa Pak Lah sendiri. Tapi komisyennya sikit tinggi, ‘hanya’ 50% daripada keuntungan….barang baik mesti mahal harganya..

Berbalik kepada dewan milenium… dari satu sudut, Datin Seri Hendon mesti tak puas hati juga kerana tujuan asal pembinaan dewan tersebut adalah untuk kenduri kahwin anak perempuannya Noni Abdullah. Hajat tak kesampaian kerana majlis terpaksa diawalkan.. pada disember lalu dan ‘hanya’ menggunakan kompleks sukan. Bertapakkan padang yang luas, tapi tentulah tak se’gah’ dewan milenium ini. Tak apalah mungkin lain kali la kot?

Dewan Milenium setinggi tiga tingkat dibuat dengan kos hanya RM 24 juta, disiapkan tidak sampai 5 bulan… cepat sungguh! Mesti guna teknologi canggih habissss. (tapi kalau ikut jadual asal sepatutnya siap Disember tahun lepas… Datin Seri nak guna). Dewan berkemudahan bertaraf olimpik dan bakal menjadi mercu tanda kepala Batas. Sedap sungguh bunyi komentar pemberita ‘penjilat. Sumber daripada kontraktor-kontraktor yang bersaing merebut projek tersebut (asalnya kebanyakan mengaku orang Pak Lah! Dan mendabik dada kata peluang cerah nak dapat..) memberitahu bahawa tawaran harga terendah adalah RM 12 juta. Maknanya dengan RM 12 juta mereka sudah boleh buat untung dengan ditolak allocation (peruntukan) saguhati kepada orang dalam @ orang besar. Alih-alih, kontraktor yang menawarkan harga dua kali ganda pulak yang dapat.. Lejadi Infra Sdn. Bhd. Kontraktor kelas ‘D’ yang projek terbesarnya sebelum ini membina sebuah banglo milik salah seorang tuan punya syarikat…Kontraktor kelas D yang sepatutnya hanya layak untuk projek bawah RM 1 juta, macamana boleh dapat projek 24 juta? BPR kena siasat nih! Ramai kontraktor mengeluh, apa boleh buat … pemangku perdana menteri lebih ber’salahguna’kuasa. Tentu mereka terfikir.. untuk dapat projek kerajaan BN ni, biar tak ada pengalaman, asal ada ‘cable baik punya’ gerenti kaya...

Maka menjawablah Abdul Ghani Ariffin, Pegawai Daerah SPT; bila wartawan tanya kemungkinan dewan ini akan jadi projek gajah putih.. katanya tidak mungkin, kerana dewan boleh digunakan oleh pelbagai pihak.. Ye lah tu… Agaknya pihak wartawan pun dah nampak kemungkinan projek Dewan Milenium berkemampuan besar untuk jadi projek ‘gajah putih’. Abd Ghani mengakui pejabat daerah pun tak mampu mengendalikan dewan tersebut. Nampak gaya terpaksa berbelanja lagilah rakyat untuk tanggung kos pengurusan (akan diswastakan lah tu!).

Bermegahlah mereka puak-puak yang perasan… Mereka mendakwa Dewan Milenium mampu jadi landmark@ mercu tanda Kepala Batas… Tapi rasanya ini mimpi di siang hari… tidur tak basuh kaki. Kalau lalu PLUS… tak nampak pulak…mana dewan tu! Kalau duk kat traffic light dari PLUS ke Kepala Batas tu…. rasanya bangunan UDA kat depan tu yang lebih menangkap. Jalan sikit lagi nampak pulak stadium mini… Tang mana dewan milenium boleh jadi mercu tanda? Ish… ish… ish… bohong lagi la puak nih!

Seterusnya mengaumlah ‘Pemangku Perdana Menteri’ tersebut bahawa kerajaan memberi jaminan bahawa kawasan luar bandar tidak akan terpinggir dari arus pembangunan selaras dengan hasrat kerajaan BN. Agihan kemudahan adalah saksama… Nampak benar sandiwara pembohongan pemimpin UMNO Pulau Pinang masih tidak berpenghujung. Pembangunan di Pulau Pinang sebenarnya cukup tidak seimbang. Pembangunan mengikut nafsu serakah pemimpin BN. Bila Dr Hilmi buat projek (atas nama kerajaan BN, tapi dengan duit rakyat) tertumpulah di Balik Pulau, bila Pak Lah buat projek, balik Kepala Batas; kerana kehendak Dr Koh Tsu Koon dan Dr Hilmi, ‘link kedua’ Pulau Pinang diletakkan di lubuk mereka (sebelah selatan) walaupun kajian pola pengangkutan menunjukkan kawasan utara lebih memerlukannya. Belum lagi dibongkar kisah bagaimana Dr Tsu Koon dan Dr Hilmi melanggah duit projek. Ada kontraktor (khususnya projek jalanraya) melaporkan mereka diminta menambah 20% ke atas tawaran harga projek mereka. 10% Tsu Koon, 10% Hilmi. Contoh… projek 240 juta, tender letak harga 300 juta; iaitu 60 juta (300 juta tolak 240 juta harga tender asal) tu dibahagi sama rata, 30 juta untuk Tsu Koon, 30 juta lagi untukmu Hilmi. Macamanalah puak pemimpin UMNO dan BN tak boleh buat rumah mewah berbiji-biji… Betul tak betul tanyalah Kadir Sheikh Fadzir. Malah, Ibrahim ‘Mr 10%’ Saad dan Shariff Omar, tiada sedikit pun yang kurang kehandalan membedal tanah rezab melayu. Inilah pejuang-pejuang bangsa yang amat boleh diharapkan untuk membela nasib rakyat… nasiblah Pulau Pinang Kita.

Spy, Penang






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com