UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




JANGAN SEKATKAN SUARA RAKYAT!!!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kita ingin menyeru agak semua pihak terutama sekali pemimpin pembangkang bersatu dalam menghadapi suasana yang tidak menentu dimana suara rakyat Malaysia telah dinafikan oleh kerajaan BN. Kita sebagai rakyat Malaysia secara umum nya menentang segala bentuk keganasan tapi siapakah yang menyebabkan rakyat Malaysia hari menentang kerajaan BN? Sebab kerajaan BN telah menyalahgunakan kuasa mereka terhadap rakyat yang tidak menyokong mereka dalam pilihanraya umum yang telah berlalu. Suara rakyat telah disekat dari semua penjuru baik dari segi Media Massa dan juga mereka telah mengharamkan ceramah umum pulak. Teruk betul lah kerajaan BN ini....Takut sangat penyelewengan mereka terbongkar.

Mengapa kerajaan BN sangat kejam dengan rakyat yang tidak menyokong mereka dalam pilihanraya umum yang lalu.

Sepatutnya kerajaan BN mengkaji semula peraturan serta tindakan mereka yang melampau sejak akhir-akhir ini dimana mereka sengaja membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia yang tidak menyokong mereka.

Kerajaan BN sengaja menyekat ceramah umum dari parti pembangkang sebab mereka (BN) ini sebenarnya takut menghadapi kenyataan. Semua alasan pemimpin (BN) mereka yang kununnya untuk mengelakan keganasan serta huru-hara di negara ini semua bohong belaka. Kalau orang yang takut memang macam itu lah perangai mereka ada saja alasan 'kartun' yang kadang-kadang sungguh melucukan sekali untuk didengari......kerana ada kepentingan serta gila kuasa sanggup buat apa saja demi mengekalkan kuasa mereka biar pun rakyat sudah muak dengan sendiwara mereka ini.

Marilah kita semua sebagai suara rakyat malaysia membuat bantahan secara beramai-ramai agar kerajaan BN memberi ruang yang adil kepada kita (suara rakyat) untuk di dengari disemua saluran Media Massa seperti TV/Radio dan lain-lain.

Kalau mereka nak haramkan perhimpunan umum boleh tapi dengan syarat benarkan pemimpin-pemimpin pembangkang bersuara & berceramah dalam TV/Radio Malaysia.

Kalau kerajaan BN takut orang ramai berhimpun secara haram kan lebih baik benarkan saja pemimpin pembangkang bersuara dan berceramah atau yang lebih baik lagi berdialog dengan rakyat secara langsung melalui TV/Radio dengan rakyat.

Bila semua orang duduk dalam rumah mendengar ceramah maka tidak ada lagi orang yang hendak membakar trak polis sebab polis pun tak payah nak pukul dan siram orang ramai dengan air ....kan lebih baik siram air itu kat tempat kebakaran semak samun ada jua feadahnya. hilang jua jerebu..

Biarkan rakyat sendiri yang menentukan samada mahu menyokong atau menolak BA/BN.

Biarkan rakyat sendiri yang menentukan siapa kah yang layak memimpin negara ini.

Biarkan rakyat sendiri yang menilai baik buruk sikap pemimpin yang hendak mewakili mereka.

Biarkan rakyat sendiri yang melihat sikap pemimpin mereka ini semasa berceramah.

Siarkan secara langsung perdebatan umum yang berlaku didalam Perlimen Malaysia melalui TV/Radio.

Jangan haramkan ceramah umum sekiranya kerajaan BN tidak mahu membenarkan pemimpin pembangkang berceramah dalam TV/Radio. Jangan sekatkan suara rakyat dalam negara demokrasi ini.

Sekiranya kerajaan berkeras juga .....tungguuu lah akibatnya nanti pasti lebih buruk lagi dari apa yang berlaku sebab bila rakyat sudah bosan dengan sikap bongkak kerajaan BN yang melampau ini jangan salahkan pemimpin pembangkang dalam hal ini.

Kesabaran rakyat ada hadnya bila semua media massa telah menutup suara rakyat pasti rakyat akan menentang kerajaan yang zalim ini. INGAT SESAL DAHULU BERPENDAPATAN SESAL KEMUDIAN TIADA GUNA LAGI.

Marilah semua bersatu dalam hal yang tersebut agar kerajaan BN memberi akan peluang kepada kita meluahkan perasaan kita dalam saluran yang betul seperti mana yang mereka kehendaki tapi inga kalau mereka sekat juga tunggu nasib yang akan menimpa mereka nanti. Pintu rundingan masih terbuka jangan sampai rakyat hilang sabar dan berlaku perkara yang tidak diingini.

Semoga Malaysia dijauhkan dari bencana dan musibah akibat kezaliman kerajaan BN terhadap rakyat yang tertindas.

Kita berharap kerajaan BN dapat menilai sendiri cadangan tersebut diatas. Diharap cadangan kita ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan. Kalau boleh biarkan pemimpin-pemimpin pembangkang menyuarakan pandangan suara rakyat ini kepada mereka yang berkenaan. Sekian harap maklum.

Suara Rakyat Malaysia






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com