UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




RAKYAT MALAYSIA MAHU MEDIA MASSA BEBAS DARI KONGKONGAN BN/UMNO

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kebebasan bersuara dalam negara kita semakin ditekan oleh kerajaan BN. Pihak pembangkang telah dilaga-lagakan dengan pihak polis oleh kerajaan BN. Kita merasa kasian sebenarnya dengan pihak polis ini. Mereka telah diperalatkan oleh kerajaan BN semata-mata untuk mengekalkan kuasa mereka. Sepatutnya pihak polis bersikap professional dalam menghadapi situasi begini. Janganlah ikut sangat dengan sikap BN yang zalim itu. Disebabkan polis terlalu ikut sangat dengan arahan BN, pihak polis telah menjadi musuh rakyat pula. Kalau pihak polis bersikap rasional dan professional sudah pasti mereka dihormati rakyat. Pihak polis mesti bertindak secara adil dan saksama tanpa mengira pegangan politik rakyat masing-masing sebab kita dalam negara demokrasi ada hak untuk memilih tapi sayang pihak polis dengan mudah pula dijadikan alat oleh BN untuk bermusuh dengan rakyat yang menyokong pembangkang. Salah satu peristiwa yang kita selalu saksikan dalam TV ialah peristiwa Memali dimana pihak polis telah menyerang sebuah kampung.

Mereka sanggup membunuh rakyat yang daif serta susah semata-mata untuk memenuhi tuntutan orang yang benci dengan kebangkitan Islam. Apa salah orang kampung tersebut sehingga diserang sebegitu rupa, mereka bukan menyerang balai polis tapi polis yang menyerang mereka dengan menggunakan senjata api semata-mata untuk menangkap dan membunuh pemimpin pembangkang yang tidak sehaluan dengan pihak pemerintah (BN). Kita berasa simpati melihat wanita-wanita tua serta kanak-kanak yang sanggup mempertahankan hak serta kampung mereka dari diserang oleh polis. Orang-orang tua yang merayu kepada polis agar jangan menganggu kehidupan mereka telah bangkit menentang polis. Mereka ini ada hak untuk mempertahankan kampung halaman mereka dari diceroboh oleh pihak luar tidak kira pihak polis atau siapa-siapa saja. Kalau polis benar-benar jujur dan bersikap rasional pada masa itu tidak perlu bagi mereka membawa senjata api untuk menangkap orang kampung tersebut kecualilah mereka ini menyerang pihak polis. Tapi bila kita melihat peristiwa Memali tersebut kita dapati pihak polis yang menyerang mereka dulu seolah-olah orang kampung ini macam penganas/komunis pula.

Pihak polis tidak perlu bertindak sedemikian rupa sehingga menyerang orang kampung macam menyerang penganas komunis.

Kalau pihak polis dan orang kampung dibawa berbincang dengan baik sudah pasti kejadian sedemikian tidak berlaku.

Kita berharap pihak polis berani dan sewajarnya berlaku adil terhadap semua pihak. Jangan ikut sangat telunjuk BN/Umno itu nanti kamu akan jadi musuh kepada rakyat. Kita harap sekiranya pihak polis berlaku adil sudah pasti pihak BN tidak berani menunjuk belang mereka terhadap pembangkang. Ini lah akibatnya bila pihak polis terlalu ikut sangat dengan telunjuk pihak BN rakyat jadi mangsa. Sebenarnya kita tidak suka kepada keganasan serta huru-hara dalam negara kita ini tapi siapakah punca dan yang menyebabkan semua ini berlaku??? Ini persoalan yang perlu dibincangkan oleh semua pihak. Jangan asyik menuduh satu pihak saja sedangkan perkara ini mesti dibincangkan secara adil dan telus. Kita berharap pihak kerajaan BN sanggup berbincang bersama pihak pembangkang dalam menghadapi situasi yang berlaku ini. Jangan hanya tahu mengharamkan ceramah umum saja sedangkan rakyat ingin tahu apa yang sedang berlaku dalam negara kita ini. Kalau kerajaan BN benar-benar jujur,iklas serta benar mereka tidak perlu takut dengan ceramah umum atau penerangan dari pihak pembangkang. Berilah ruang kepada pembangkang untuk menerangkan keadaan serta penjelasan sesuatu isu itu dengan bebas tanpa sekatan.

Kita yakin huru-hara tidak akan berlaku dalam negara ini kalau semua rakyat dapat mendengar penjelasan yang adil dari semua pihak baik dari pihak kerajaan BN atau dari pihak pembangkang.

Jangan sekat hak rakyat dalam soal ini kerana semakin disekat semakin menjadi-jadi pula hal-hal yang tidak diingini berlaku dalam negara kita nanti. Manusia semakin ditekan semakin melawan tetapi bila diberi ruang untuk meluahkan perasaan mereka pasti lama-kelamaan akan luntur juga perasaan terpedam mereka ini. Fikirlah secara rasional dan bijak jangan terlalu ikut perasaan dendam nanti yang ruginya kita semua dan rakyat jadi mangsa. Pihak polis mesti menyiasat penyelewengan pihak BN yang sudah nyata menyalahgunakan kuasa mereka terhadap rakyat yang menyokong pembangkang. Berlaku adil lah wahai saudara kita polis, kita bukan menentang polis tapi polis telah diperalatkan oleh BN untuk menentang rakyat yang menyokong pembangkang.

Kita menyeru kepada semua pihak agar dapat berbincang secara rasional dalam semua perkara dan jangan sekali bersikap tertutup dan fikiran sempit. Bercakap benarlah walaupun pahit. Berani kerana benar takut kerana salah kalau betullah kerajaan BN ini benar-benar adil mengapa mesti takut dengan ceramah pembangkang. Kalau takut nak adakan ceramah umum benarkan saja mereka berceramah dalam TV/Radio jadi semua rakyat dapat mengikutinya dengan aman dan selamat dalam rumah masing-masing. Mungkinkah perkara ini dapat menjadi kenyataan??? Kita yakin boleh sekiranya pihak kerajaan benar-benar telus serta adil kepada semua pihak tapi mungkin ini hanya satu hayalan semata-mata selagi kerajaan BN/Umno terus memerintah kerana mereka ini sebenarnya takut menghadapi kenyataan. Mereka takut penyelewengan mereka terbongkar dan rakyat menolak mereka dalam pilihanraya umum nanti. Jangan nak mimpi mereka mahu membenarkan media massa bersikap adil terhadap pembangkang kerana bagi BN/Umno semua pembangkang ini macam musuh nombor satu negara bagi mereka. Semua yang dibuat oleh pihak pembangkang semuanya salah,tidak betul,ganas,menyeleweng dan sesat. Tapi walaubagaimana pun sekiranya kita semua sebagai rakyat yang mempunyai hak untuk mendapat maklumat yang tepat dan adil mesti mendesak kerajaan BN supaya membebaskan media massa perdana dari kongkongan mereka dan sudah pasti impian kita menjadi kenyataan.

Mulai dari sekarang kita sebarkan cogankata dibawah ini:-

"BEBASKAN MEDIA MASSA DARI KONGKONGAN BN" , "JANGAN SEKATKAN SUARA RAKYAT" "RAKYAT MAHU MAKLUMAT DARI SEMUA PIHAK", "JANGAN HARAMKAN CERAMAH UMUM KALAU TIDAK ADA KEBEBASAN DALAM MEDIA MASSA", "RAKYAT TIDAK MAHU DARI MAKLUMAT YANG BERAT SEBELAH" & "RTM HAK RAKYAT BUKAH HAK UMNO/BN"

Semoga cadangan tersebut mendapat perhatian dari semua pihak.

Sekian harap maklum

Suara rakyat Malaysia






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com