UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Warkah untuk Dato' Zainal Sakom

Yang Berbahagia Dato' Zainal Sakom
Pengerusi
Yayasan Basmi Kemiskinan

Assalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakaatuh.

Ybg Dato',

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dato' diatas penerangan yang begitu padu dan padat di TV1 pagi tadi (5-2-2002). Saya hanya berkesempatan menonton dan mendengar rancangan tersebut sepintas selalu saja kerana terburu-buru bersiap ke pejabat. Maklumlah dah siap pakai kasut, tiba-tiba ada emergency untuk ke bilik air. Allah itu maha kaya, kita yang merancang ... perancangan Allah jua lah yang lebih hebat. Jika tidak kerana perkara emergency tersebut, tentunya saya tidak kesempatan menonton secara sepintas lalu rancangan tersebut. Saya juga kemungkinan tidak tahu apa yang sedang dibicarakan didalam rancangan tersebut.

Ybg Dato',

Rancangan yang sepatutnya membicarakan tentang bagaimana perlu membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam telah dijadikan program melontar fitnah dan tomahan kepada pihak-pihak tertentu. Saya amat terkilan dengan penerangan yang telah Dato' sampaikan hinggakan Dato' tidak sedar beberapa ketika telah menyinggung pihak-pihak tertentu. Walau pun Dato' tidak secara khusus menamakan mereka, tetapi jelas kepada siapa yang Dato' tujukan. Dato' mengatakan bahawa umat Islam dari dahulu lagi terlalu sibuk mengkafirkan orang Islam lain dan seterusnya asyik berperang dengan orang yang mereka kafirkan. Tidakkah Dato' sedar bahawa rancangan tersebut sedang ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia, termasuk mereka yang bukan berugama Islam. Penjelasan kabur dari Dato' mungkin mengakibatkan mereka yang bukan beragama Islam semakin takut kepada Islam dan sebaliknya semakin berani mengkritik Islam. Dato' seolah-olah meletakkan bahawa agama Islam ini adalah agama BERPERANG. Sepatutnya perkara-perkara yang boleh memakan diri sendiri janganlah kita bicarakan secara umum semata-mata kerana habuan dunia dan mengikut rentak yang di bawa oleh pemimpin Dato'.

Ybg Dato',

Maaf dipinta terlebih dahulu. Bukanlah tujuan saya untuk mengkritik Dato' secara membabi buta, tetapi itulah hakikatnya. Kalau Dato' membicarakan keburukan peribadi seseorang, saya tak ambil kisah. Dosa boleh diampun dengan meminta maaf kepada mereka yang Dato' fitnahkan. Tetapi kalau berbicara memburukkan Islam, saya amat sensitif. Tidakkah ada sedikit perasaan bersalah pada diri Dato' apabila berbicara dengan begitu bersemangat menyalahkan pihak-pihak tertentu membuatkan masyarakat Islam terus mundur. Tabiat suka menyalah orang lain adalah perangai dari orang-orang yang tidak ada keyakinan diri dan tidak bertamaddun.

Dato' juga ada mengatakan bahawa umat Islam lebih sibuk membicarakan tentang kedatangan Imam Mahadi selain membicarakan mengenai perjuangan RasuluLlah s.a.w. Dato' ada menjelaskan bahawa Imam Mahadi yang sebenarnya adalah Al Quran Al Karim (berdasarkan kepada pengertian perkataan Mahdi)dan seterusnya mengajak umat Islam perlu mengikut/menurut apa yang terkandung didalam kitab suci tersebut. Al hamduliLlah ... dalam sibuk-sibuk berbicara tersebut, ada juga Dato' menyeru umat Islam kembali kepada pertunjuk Al Quran. Memang selama ini kita amat rindukan kepada pertunjuk Al Quran yang sebenar. Tetapi, kita sering bercakap tak serupa bikin. Benda yang Al Quran halal kita haramkan, sebaliknya perkara yang haram kita halalkan. Zina tu haram ... tapi kita sibuk mengeluarkan lesen menghalalkan pelacuran. Hukum syariah Islam tu halal ... tapi kita sibuk menghalang dan mengharamkan perlaksanaannya. Di samping itu kita sibuk memperlekeh dan memperkecilkan kewibawaan sistem syariah Islam. Kita juga sering bersekongkol dengan mereka-mereka yang selalu menghina Islam. Apakah kita tidak berdosa dengan mengiakan perbuatan seseorang yang memfitnah saudaranya sendiri tanpa sebarang bukti yang sahih? Dan kemudian tidak dibicarakan mengikut undang-undang Islam!! Sila rujuk Surah Al Maidah, ayat 44, 45 dan 47. Ke mana kita letakkan keimanan kita terhadap Allah, Al Quran, RasuluLlah dan hari pembalasan? Orang bukan Islam pun tidak pernah memperkecil dan menghina agama yang mereka anuti secara terang-terangan.

Mengenai kepercayaan kedatangan Imam Mahadi, itu tidaklah termasuk didalam perkara yang berkaitan dengan Iman. Samada percaya atau tidak, ia tidak menjejaskan kedudukan iman seseorang Islam itu. Saya rasa Dato' lebih alim dalam perkara ini kerana Dato' merupakan bekas guru agama (ustaz). Tetapi janganlah dengan angkuh menafikan perkara tersebut. Sekurang-kurangnya kita berlapiklah sedikit.

Akhir kata, jika Dato' benar-benar ikhlas ingin melihat umat Islam maju, kita kembalilah kepada Islam yang sebenar, mengikut praktikal dan bukannya teori sahaja. Jika kita kata hukuman Islam yang paling adil ... kita berusahalah kepada tertegaknya perundangan Islam. Jika kita kata ekonomi Islam yang terbaik, tidak menindas orang lain, maka kita tinggalkan sisa-sisa RIBA' dan jangan kita bersubahat dengannya. Jika kita kata rasuah itu keji dan kotor mengikut Islam, maka kita berusaha untuk membasminya dan bukan pengamalnya. Jika kita kata arak dan judi itu haram, kita perlu berusaha menutup segala bentuk yang menyerupai dengannya tanpa takut kepada tekanan dan kehilangan pengaruh serta penyokong.

Sekian, sekiranya ada terkasar bahasa, saya pohon maaf, sehingga bertemu kembali.

Wassalam.

Suriani Shukor






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com