UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Terima kasih ZAM kerana menghangatkan suasana politik negara

Assalamualaikum wbt..

Ulasan wartawan detikdaily mengenai topik diatas dialu-alukan. Sememangnya ZAM (Awang Selamat) mempunyai cita-cita yang amat besar. Baru setahun jagung di lantik secara jalan belakang oleh Mahathir menjadi SU Parlimen Kementerian Penerangan dan pandai nak tunjuk lagak sombong dan bongkak. Orang yang terlalu opotunis selalunya gelojoh dalam melakukan tugas-tugas yang di amanahkan kepadanya tanpa disedari segala yang di lakukannya boleh memakan diri sendiri.

Terima kasih ZAM di ucapkan sekali lagi, diatas apa yang telah anda siarkan di TV dan dimomokkan pula di "surat khabar lama" dengan tujuan kununnya memburukkan imej musuh ketuamu. Kita semua tahu apa yang tersirat di dalam hati busuk ZAM itu. Dengan pendedahan kes rasuah keatas Tan Sri Khalil Yakob oleh Dato' Fauzi Rahman baru lalu, ZAM dengan syok sendiri telah menyimpan harapan dengan menonjolkan diri sebagai calon yang paling layak sebagai pengganti apabila berlakunya kekosongan jawatan Menteri Penerangan nanti. ZAM mengharapkan kepulangan Mahathir daripada bercuti panjang nanti akan menganugerahkan kepadanya satu jawatan yang lebih tinggi apabila berlakunya rombakan kabinet sepertimana yang sedang diramal oleh penganalisis politik tanah air. Sekali lagi, ZAM syok sendiri, mengambil kesempatan yang ada setelah melihat mulut Khalil Yaakob dan timbalannya seolah-olah beku dan kelu daripada mengulas isu-isu semasa. Seolah-olah Kementerian Penerangan sekarang ini dibawah kekuasaan beliau.

ZAM, oh ZAM .... anda tersilap dan tertipu dengan putar belit sendiri.

Dengan mengungkit kembali kisah Memali, membuatkan rakyat semua ingin tahu perkara sebenar yang telah berlaku. Selama ini mereka tak ambil peduli kerana cerita sebenar mengenai peristiwa Memali cuba di tutup oleh pihak-pihak tertentu. Kes mahkamah ditangguh beberapa kali. Tetapi setelah klip video box office di tayangkan, secara tidak langsung telah mendedahkan betapa kejamnya pihak polis dan kerajaan Malaysia dalam menangani orang-orang yang lemah seperti As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya. Suatu ketika dulu, PAS di kecam hebat oleh media kerana mengadakan sambutan tahunan mengingati Memali kununnya tindakan PAS boleh dan telah menyentuh perasaan kaum keluarga yang terlibat. Maka sibuklah pemberita pada ketika itu menemuramah orang-orang kampung bertanya mengenai tindakan PAS tu samada wajar atau tidak. Tapi, bila ZAM yang timbulkan kembali kisah tersebut, kenapa tak pergi jumpa balik orang-orang kampung Memali minta pendapat mereka? Itulah hipokrit atau bahasa mudah MUNAFIQ. PAS yang amat peka dengan masalah dan perasaan rakyat, tidak lagi mengadakan sambutan tersebut walaupun peristiwa Memali adalah amat malang dalam sejarah politik negara.

Amatlah dialu-alukan agar pelbagai pihak tampil ke hadapan untuk menceritakan perkara yang sebenar mengenai sejarah hitam Memali supaya rakyat tidak terus di buai dengan dendangan lagu-lagu sumbang. Perlu diingat ZAM, lagi banyak fitnah yang di lemparkan, lagi ramai yang simpati dengan PAS. Saya teringat kepada kata-kata salah seorang kawan saya yang dulunya UMNO pekat. "Apa !! depa ingat nak jadikan Malaysia ni negara komunis ke !!!, asyik nak ikut telunjuk mereka ... kalau tak ikut nanti kena hapus, kena tekan, kena fitnah dan macam-macam lagi"

Oleh itu... terima kasih sekali lagi ZAM .. teruskan dan lipat gandakan usaha anda untuk mempastikan BARISAN ALTERNATIF menawan Malaysia pada pilihanraya yang akan datang. Jumpa lagi .....

Suriani Shukor






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com