UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Tripartite kuffar KL-Singapore-Washington: Isu Tudung

Assalamualaikum wm wbt

Sudahpun diwujudkan secara diam-diam kerjasama tiga hala pakatan kuffar antara Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat untuk memerangi keganasan ( yang sebenarnya adalah helah untuk memerangi agama Islam). Pertukaran maklumat dan perbincangan awal sudahpun dimulakan. Modus operandi untuk jawatankuasa kerja khas dan task force sedang dikemaskinikan.

Kita sudahpun melihat kordinasi antara Malaysia dan Singapura dalam penangkapan “pengganas-pengganas Islam.” Telah diaturkan pada bulan Januari 2002 penangkapan di Singapura berlaku sehari selepas Kuala Lumpur melakukannya. Dengan cara ini tidak akan ketara sangat bahawa Singapura, sebuah negara kafir ala Israel telah mengkhianati agama Islam.

Kini timbul pula isu Singapura mengharamkan pelajar-pelajar perempuan Islam memakai tudung di dalam kawasan sekolah. Modus operandi dalam pakatan kuffar KL-Singapura-Washington dalam memerangi Islam jelas kelihatan dari isu tudung ini. Apa jua pengkhianatan ke atas agama Islam yang dilakukan oleh kerajaan Singapura akan dianggap sebagai hal ehwal dalaman Singapura yang mana kerajaan Malaysia tidak akan campurtangan. Isu tudung menjadi ‘precedence.’

Malah dibawah persefahaman dengan Washington, Malaysia akan berpegang kepada prinsip tidak campurtangan terhadap segala pengkhianatan ke atas Islam dan kekejaman yang bakal dilakukan ke atas umat Islam di mana-mana saja di dunia ini. Tetapi Malaysia dibenarkan oleh Presiden Bush untuk membidas Amerika Syarikat untuk mengelirukan rakyat Malaysia yang majoritinya beragama Islam. Ini cara ‘divide and rule’ yang diamalkan Amerika Syarikat dalam memerangi Islam.

Amerika Syarikat juga akan memperalatkan orang Islam untuk menghapuskan Islam seperti yang jelas kita lihat berlaku di Afghanistan. Kaedah yang sama dipraktikan juga di Malaysia di mana kerajaan UMNO-BN dengan kerjasama Amerika Syarikat akan menghapuskan Islam di Malaysia demi memperkukuhkan sekularisma. Sasaran utama adalah PAS.

Kenyataan Sharizat, Menteri Hal Ehwal Wanita, secara tidak langsung memperlihatkan modus operandi yang telah ditetapkan dalam pakatan kuffar Kuala Lumpur-Singapura-Washington. Sharizat dilaporkan telah berkata isu tudung itu adalah hal dalaman Singapura, dan Malaysia tidak akan campur tangan.

Ada sesuatu yang ingin diketarakan dalam kenyataan yang dibuat oleh Sharizat. Secara sedar atau tidak beliau telah juga dalam kenyataannya mengakui bahawa rambut adalah sebahagian dari aurat Muslimah dan memakai tudung itu adalah sesuatu yang dituntut oleh agama Islam. Tetapi fahaman sekular serta sikap ingkar kepada perintah Allah SWT itu turut menyerlah apabila dalam nafas yang sama Sharizat telah menambah bahawa samada hendak bertudung atau tidak adalah ‘hak individu’.

Kesian Sharizat sebab jelas minda beliau berkecamuk dengan konflik. Sesuatu yang dihukumkan oleh Allah SWT ke atas kaum Muslimah telah beliau anggap sebagai masih boleh lagi dibuat pilihan samada hendak mematuhinya atau menolak.

Tolonglah perbetulkan diri anda wahai Sharizat. Sebagai seorang ‘public figure’ anda berupaya mempengaruhi dan menyesatkan Muslimah kita yang cetek pengetahuan agama mereka. Bila sesuatu itu sudah dihukumkan oleh Allah SWT ianya bukan lagi boleh dikira ‘hak individu’ untuk memilih untuk mengerjakannya atau tidak. Bukankah setiap kali dalam wirid dan doa’ selepas mengerjakan fardhu Subuh kita lazimnya turut membaca ayat-ayat terakhir dari Surah Al Baqarah dimana kita lafazkan aku janji dengan Allah SWT - samigna wa atokna.

Isu tudung ini juga merupakan satu ujian awal keatas sejauhmana komitmen kerajaan UMNO-BN terhadap pakatan kuffar bersama Singapura dan Amerika Syarikat dalam memerangi keganasan (dengan penuh kesedaran bahawa yang diperangi sebenarnya adalah agama Islam). Dan Kerajaan UMNO-BN sudah lulus ujian tersebut dengan kepujian kelas satu.

Sama-sama kita lihat perkembangan-perkembangan disekitar kerjasama tiga hala pakatan kuffar Kuala Lumpur-Singapura-Washington dalam memerangi Islam ini. Kita sudah pun melihat tindakan-tindakan saling melengkapi di bawah kerjasama kuffar KL-Singapura-Washington ini.

Semoga pakatan kuffar KL-Singapura-Washington untuk menghapuskan Islam itu akan dilaknati oleh Allah SWT.

Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!! Allahu Akbar !!!

Tarabulsi






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com