UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Amerika takut pada para ulamak ‘Superman’. Ha ha ha.

Assalamualaikum wm. Wbt.,

Pasti ramai yang akan ketawa mendengar berita ini. Saya pun telah ketawa. Saya mendapatahu Amerika takut pada kuasa ‘supernatural’ (kesaktian) para ulamak Islam. Yang digeruni sekali adalah para ulamak yang mempunyai ilmu ghaib dan boleh melakukan ‘astral travel.’ Kalau betul berita ini, ianya bermakna Amerika, superpower yang terkuat di dunia percaya dan takut kepada kuasa supernatural. Ha ha ha.

Dikatakan Washington telah mengarahkan kerajaan UMNO-BN mengenalpasti para ulamak PAS di Malaysia yang mempunyai kekesaktian yang sedemikian. Maka polis Malaysia pun sedang sibuk menyediakan senarai. Di atas sekali dalam senarai (‘top of the list’) adalah Ustaz Professor Dato Dr Harun Din. Nombor dua dalam senarai adalah YB Ustaz Ismail Kamus.

Hebat sungguh Ustaz Harun Din dan Ustaz Ismail Kamus hinggakan digeruni oleh superpower Amerika Syarikat. Gamaknya kalaulah mereka berdepan dengan Presiden Bush, mereka hanya perlu batuk dan Bush akan terkencing dalam seluar. Ha ha ha.

Secara serius, sememangnya ada para ulamak yang diberi kelebihan ilmu oleh Allah SWT untuk ghaib dan melakukan ‘astral travel’ tersebut. Semuanya dengan idzin Allah SWT jua.

Begitu teliti sekali perancangan Amerika dalam memerangi Islam hinggakan medan perang di alam ghaib pun tidak lepas dari perhatian mereka. Washington takut para ulamak Islam akan menggunakan ilmu ghaib dan kebolehan pergi ke sesuatu tempat dengan sekelip mata ( ‘astral travel’) untuk memeranginya. Mungkin fail di Pentagon mengenai medan peperangan supernatural ini diberi nama “War against the Invisible Moslem Supermen.” Ha ha ha.

Dikatakan orang-orang UMNO ada yang sudahpun kesana kemari untuk merisek siapa-siapa dikalangan anak-anak murid Ustaz Harun Din yang berilmu ghaib dan ‘astral travel’. Ada orang-orang UMNO (dan sudah pasti SB)yang menyamar dan menyelit dalam kelas rawatan kaedah Islam yang dikendalikan oleh Ustaz Harun Din di Darul Syifa’ di Bangi untuk perisekan tersebut.

Agaknya Norain Mai pening kepala dengan arahan terbaru Washington itu. Kalau ditangkap pun, para ulamak berkuasa 'superman' ini boleh keluar masuk dari kem tahanan di Kamunting dengan sesuka hati. Ha ha ha.

Kepada para ulamak yang berilmu ghaib dan berilmu 'astral travel' tersebut, apa kata kalau digunakan keistimewaan yang dikurniakan Allah SWT tersebut (jika sudah sampai masanya dan cukup syaratnya) untuk memusnahkan segala kelengkapan ketenteraan Amerika Syarikat dan tentera-tentera golongan kuffar yang lain.

Allahu Akbar !!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!

Tarabulsi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com