UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Khabar angin Najib jadi TPM

Assalamualaikum wm. wbt.,

Kencang diperbualkan bahawa Dr Mahathir sekembalinya dari luar negeri akan merombak Jemaah Menteri dengan Najib mengantikan Pak Lah sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM). Antara asas spekulasi terbaru ini adalah gambar yang disiarkan baru-baru ini yang menunjukkan Dr Mahathir bergambar bersama-sama Najib dan Syed Hamid Albar, dan Siti Hasmah pula bergambar bersama-sama Datin Rosmah dan isteri Syed Hamid. Dikatakan sudah diatur apabila Najib naik jadi PM maka Syed Hamid akan jadi TPM.

Sumber-sumber di JPM pula menyatakan kedua-duanya, Najib dan Syed Hamid Albar tidak kelihatan dalam ‘inner circle’ Dr Mahathir dalam dua tiga tahun yang kebelakangan ini.

Menurut sumber-sumber di JPM, orang-orang yang menjadi ‘inner circle’ Dr Mahathir dikebelakangan ini terdiri dari Hishamuddin Aw, Nazri, Musa (Menteri Pendidikan) dan Menteri Pembangunan Luar Bandar. Dikatakan Menteri-Menteri ini kerap dikumpulkan di Pejabat PM oleh Dr Mahathir untuk membincangkan isu-isu yang penting. Pak Lah dan Rafidah Aziz tidak termasuk dalam ‘inner circle’ ini dan hanya dipanggil kalau melibatkan bidangkuasa Kementerian mereka.

Memang payah hendak diterima orang-orang semacam Hishamuddin Aw dan Nazri sebagai ‘inner circle’ Dr Mahathir, tetapi itulah maklumat yang diterima daripada sumber-sumber di JPM.

Menurut sesetengah pihak Dr Mahathir kerap memanggil Najib dan Syed Hamid dalam dua tiga bulan ini adalah berkaitan peperangan keatas keganasan (Islam). Malaysia telah disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai antara negara yang membantu kumpulan-kumpulan pengganas Islam kerana menjual senjata kepada kumpulan-kumpulan pengganas Islam tersebut. Salah seorang bekas ketua perisekan tentera dan salah seorang bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri (yang kedua-duanya masih dikekalkan selaku penasihat kepada Dr Mahathir) dikatakan menguruskan penjualan senjata-senjata tersebut. (Tidak dapat dipastikan samada mereka menguruskannya bagi pihak keluarga Dr Mahathir)

Dikatakan antara sebab Dr Mahathir telah beriya-iya hendak menemui Presiden Bush adalah untuk menerangkan bahawa penjualan senjata (gun running) kepada kumpulan-kumpulan pengganas Islam bukan kerana Malaysia menyokong kumpulan-kumpulan pengganas Islam tersebut tetapi adalah semata-mata atas kepentingan bisnes, iaitu untuk meraih keuntungan yang banyak (dan bukan kerana hendak membantu kumpulan-kumpulan pengganas tersebut dalam perjuangan mereka).

Dengan isu penjualan senjata kepada kumpulan-kumpulan pengganas Islam itu yang mendedahkan Malaysia kepadaerangan AS, maka Dr Mahathir dikatakan kerap memanggil Najib dan Syed Hamid, dan bukannya kerana Najib akan menggantikan Pak Lah dalam rombakan kabinet yang diramalkan akan berlaku bila Dr Mahathir kembali dari bercuti.

Kita tunggu samada khabar-khabar angin mengenai rombakan kabinet itu akan berlaku dan samada Najib benar-benar akan menggantikan Pak Lah sebagai TPM.

Tarabulsi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com