UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kenaikan Tarif Telefon : Cerita di sebaliknya......

Kata Menteri Talipon Malaysia kenaikan tarif itu "akan melicinkan lagi kecekapan industri telekomunikasi dan mengurangkan jurang digital antara pengguna di bandar dan luar bandar". Menurut Leo Moggie, kerajaan membayar subsidi sebanyak RM 150 juta setiap tahun kepada Telekom Malaysia sama seperti kerajaan membayar subsidi kepada PLUS. Kerana itu tarif talipon perlu naik.

Cerita sebaliknya:

1. Telekom Malaysia melaporkan keuntungan bersih yang tinggi setiap tahun tetapi masih meminta subsidi dari kerajaan.

2. Penurunan kadar ke Eropah dan Australia bukanlah telekom bermurah hati, tetapi kerana kos panggilan antarabangsa telah turun secara mendadak dan Telekom Malaysia tidak lagi perlu membayar harga yang mahal kepada pihak di negara luar yang menyambung panggilan itu. Di Australia, contohnya, kos panggilan ke Malaysia turun 55% pada tahun 2001 berbanding tahun 2000. Sebab kedua ialah Telekom Malaysia menghadapi saingan hebat daripada pembekal perkhidmatan telefon antarabangsa berasaskan Voice Over IP (VoIP - penghantaran data melalui protokol Internet). Mereka menawarkan khidmat panggilan antarabangsa pada kadar 30-75% lebih murah dari Telekom Malaysia.

Lakukan Perubahan, Gantikan Kerajaan yang tidak mementingkan kroni!!.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com