UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Apakah 3 rakan TepakBersulam masih boleh diperbodohkan

Pengumuman ini dipetik di Laman TepakBersulam (detikdaily palsu) - maaf semua ejaannya saya tidak akan edit seperti sebelum ini.

Kami sedang membena sebuah laman yang lebeh canggih di mana kami dibantu oleh seorang sahabat, pakar laman web.Tepak sedang bersuaha mengumpulkan sedikit wang untuk menyewa server. Insyaalah laman ini akan mula beroperasi di dalam masa seminggu dua ini.Antara laman -laman baru adalah Tokoh pemimpin- Suara Rakyat dll. Halaman yang di buang forum dan juga e-mail pembaca.Tunggu akan kemunculan kami yang bertambah canggih. Soon. Terima Kaseh kerana sokongan anda semua. Kita juga akan mendapat tiga wartawan dari media arus perdana membantu menulis dilaman ini.Insyaalah.

Saya difahamkan yang akan membantu membina laman ini ialah Jebon kerana beliau telah banyak membina laman seperti Puteri UMNO, SelangorDaily (satu laman baru yang dijangkakan akan mengantikan kelab maya dan laman Tepak sendiri untuk mempertahankan Khir Toyo setelah laman Inteligensia.com tidak berfungsi seperti yang diharapkan oleh puak-puak ini) dan lain-lain. Beliau juga begitu gigih mempertahankan laman Kelab Maya UMNO sehingga sekarang.

Apakah Jebon akan membina laman untuk Tepak setelah Tepak dengan begitu celupar mengatakan Jebon ini bangsat tidak mempunyai apa-apa hanya berharap wang rasuah Khir Toyo aje. Pejabat dan peralatan di pejabat serta komputer notebook pun hasil wang rasuah Khir. Tepak juga tidak puas hati kerana tanpa usaha yang banyak si Jebon ini boleh menerima gaji bulanan yang cukup lumayan.

3 wartawan dari media arus perdana sebenarnya penulis sekali sekali dalam akhbar Utusan iaitu Jalil (Jalil Aboo Backer seorang pelajar UM menggunakan nama kuntakinte atau anak mat lela gila), Azhar (Pengerusi KMU juga Ketua Pemuda UMNO Penang) dan Jebon sendiri.

Saya tak faham kenapa Tepak boleh mengatakan bahawa Azhar ini seorang yang diktator dalam KMU atau mungkin diktator dalam Pemuda UMNO Penang? seperti Dr Mahathir... walahualam.

Bila saya mendedahkan email rashia Tepak maka ada seorang rakannya cukup marahkan saya dan mengatakan saya cuba untuk melaga-lagakan mereka dalam KMU terutamanya KMU Utara.

Antara kenyataannya yang tegas "semuanya adalah rakan-rakan saya dan saya lebih mengenali mereka". Saya tak bayak nak bicara mengenai email itu hanya Allah s.w.t. tahu kebenarannya. nak percaya atau tidak terpulang, saya sekadar memberi perbandingan mudah. yang selalu tak bayar hutang adalah mereka yang rapat dengan kita. Oleh kerana kita tahu hati budi kita bagi pinjam akhir dia tipu kita dan cukup susah nak jumpa kita.

Adakah kita tak pernah dengar cerita orang-orang tak bayar hutang ? Mereka adalah kawan-kawan rapat kita mereka yang kita lebih tahu daripada orang lain tentang hati budinya... TepakBersulam adalah orang seperti ini menikam rakan-rakan KMUnya kerana tak puas hati dengan penggagihan duit upah serangan keatas Lutfi. Dia sanggup buat apa...

Pendedahan sebenarnya tak menguntungkan apa-apa kepada saya, mungkin saya akan dapat cerca dan cela. Tepak akan menyerang dan memfitnah saya sebagaimana dia buat pada Lutfi dan rakan-rakanya. Dia dah mula melaga-lagakan saya dengan Webmaster UMNO-REFORM Sdr Ghazali. Yang ini saya tak nak ulas lagi..

Saya tak tahu apa reaksi rakan-rakannya, apakah mereka ini masih diperbodoh-bodohkan lagi... walahualan

Terpulang kepada pengunjung untuk menilai maklumat ini, saya hanya mampu menulis sekadar ini sahaja.... Jika diberi kesempatan saya akan mengulas pula apa kata Tepak kepada Azhari Aris engineer iomega.

Terima kasih.

Abu Jihad
Tranung Kite






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com