UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Agenda Jahat Parti Komunis UMNO

Berita perdana semalam di Radio TV Mahathir menunjukkan rombongan yang di ketuai "samseng kampung dusun" Shahidan Kassim mengadakan kunjungan hormat ke kampung buangan bekas penjenayah no 1 negara yang terdiri dari bekas anggota Parti Komunis Malaya yang terletak di sebelah sempadan sana.

Apakah agaknya motif sebenar kunjungan Shahidan kerumah Rashid Maiden bekas pemimpin kanan Komunis itu.Bagi penulis kunjungan seorang menteri besar dari negara yanag didakwa sebagai "Negara Islam" terhadap bekas anggota pengganas komunis yang menjadi pengkianat kepada negara merupakan satu penghinaan terhadap anggota keselamatan negara yang pernah berjuang mempertahankan negara dari ancaman anasir komunis satu ketika dulu.

Dosa anggota pengganas komunis terhadap waris anggota tentera yang kehilangan ayah, suami serta sanak saudara akibat kezaliman yang pernah dilakukan itu tidak terampun lagi.Apalah agaknya perasaan kaum kerabat angota Polis yang dibunuh dengan kejam dalam peristiwa "Bukit Kepong" bila melihat sekarang ini pemimpin-pemimpin UMNO lebih menyanjungi pemimpin-pemimpin bekas komunis ini daripada bekas prajurit yang gugur semasa mempertahankan kedaulatan negara dari anasir komunis dulu.Sehingga artikel ini ditulis belum lagi kedengaran permohonan maaf secara rasmi dari semua anggota komunis kepada seluruh waris anggota keselamatan yang dibunuh dulu.

Dalam temubual bersama TV1 Rashid Maiden bekas anggota kanan Parti Komunis Malaya, begitu memuja pentadbiran Mahathir sambil menempelak barisan pembangkang.Begitu hapraknya UMNO sehingga sanggup meminta ehsan sokongan dari Komunis yang tak berupaya mengangkat senjata itu.Atau UMNO mempunyai agenda yang lebih besar untuk mengubah dasar perjuangan parti melayu itu kepada Parti Komunis UMNO.Mungkin inilah agenda yang tersirat disebalik kunjungan tersebut memandangkan kebelakangan ini Parti Komunis UMNO begitu rakus menyerang institusi agama di negara islam bermula dari Pasti, madrasah, sekolah pondok,masjid, kutipan zakat, ceramah sehinggalah kepada Institusi Ulama.

Propaganda Parti Komunis UMNO

Melalui media yang berjaya ditawan oleh Parti Komunis UMNO seperti RTM, TV3 ,BH,Utusan dll.Mereka dengan rakusnya meyiarkan propaganda yang cuba mempengaruhi minda masyarakat agar menerima fahaman mereka. Melalui TV1 misalnya disiarkan propaganda 5 minit "Kapsul Memali" bagi mengambarkan kepada generasi muda kini bahawa perjuangan Ust Ibrahim Libya dan pengikutnya itu menyeleweng dan lebih bahaya dari komunis .Semasa kemuncak pilihanraya Indera kayangan dulu disiarkan di waktu berita perdana propaganda yang menghina hukum hudud yang di laksanakan oleh Tholiban di Afghanistan dengan mendakwa bahawa jika pilih perjuangan islam maka hukum hudud Allah yang didakwa zalim dan tak bertamadun oleh mereka itu akan dilaksanakan .

Akibat dari propaganda yang keterlaluan yang menghina islam ini, maka lahirlah dewasa ini penulis-penulis yang tidak faham islam memberi pendapat serta fatwa tentang islam secara terbuka dan biadap didalam surat khabar serta majalah di negara kita seperti yang terkandung didalam Memorandun PUM kepada Majlis Raja-Raja semalam antaranya;

1.0 ISLAM BOLEH DITAFSIR OLEH SESIAPA SEKALIPUN TANPA MENGIRA LATAR BELAKANGNYA.,

1.1 "Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama . Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti Al Quran bukanlah milik para ulama semata-mata."
(Zainah Anwar , Pengarah Eksekutif Sisters in Islam : Utusan Malaysia, 26 hb September 2000)

1.2 "Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama )yang telah ketinggalan zaman.......... Kepada umat Islam kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran Al Quran berdasarkan kaedah saintifik."
(Kassim Ahmad, New Straits Times, 12 hb Oktober 2000)

2.0 MENGHINA RASULULLAH S.A.W.

2.1 "...the Prophet known to have had sexual relations with 15 women, which included the concubine Rayhana who remained non-Muslim all her life."
["Let Islam lead way with its progressive view on sexuality" oleh Farish A. Noor (NST, 4 Nov 4 2000)]

2.2 "...the Prophet himself, in his specific historical context, was a tribal leader, and so the early oath of allegiance given to him were given as a tribal rather than just a religious leader." "........Islam is a discourse and all discourses are open, contested and plastic......"
["Farish A Noor - Intellectual Provocateur" temubual oleh Amir Muhammad ("The Edge" , 3 Dis 2001)]

2.3 "the Prophet was seen by early converts to Islam as a tribal leader and many of those who rallied to his banner did so according to the logic of tribal loyalties." ["The Myth Surrounding the Islamic State" oleh Farish A. Noor ( NST 1 hb Disember 2001)

3.0 MENGHINA ULAMA DAN SUNNAH RASULLULAH S.A.W.

3.1 "Perhaps the turbans of the mufti are too tight and therefore not enough oxygen is getting into their brains.They are not thinking straight. "

"From time to time the ulama do not fail to come out with their totally ridiculous and foolish pronouncements."
["Now the mufti blame Hindi films" Akbar Ali (The Sun, 21hb Februari 2001)] 3.2 "A religious issue is finally being discussed freely by many intelligent people and not just by men who dislike shaving but are not averse to wearing dresses...."
"There is also substantial discussion on this issue on the Internet which usually provides more challenging opinions than what we will hear from the bearded ones in our neighbourhood".
("Many Sides to tudung issue" oleh Akbar Ali - The SUN, 12 April 2000)

4.0 MENAFIKAN HUKUM ISLAM MENGENAI MURTAD

4.1 "The Quran allows a person to become apostate twice and then to persist in his disbelief"

"No punishment of any sort at all is prescribed for such a person other than the promise that God will never forgive him nor guide him to the right path.This is God's promise .It is his law."
(Death For Apostates Unjust oleh Akbar Ali - The SUN , 14 hb Julai 1999)

4.2 "The few women who have spoken in support of polygamy also seem to be strong supporters of the ulama brand of religion......The ulama in their efforts to confuse have come out with fancy stories that a wife who consents for her husband to take another wife is assured a place in paradise"

(Polygamy in Islam comes with a heavy responsibility - Akbar Ali dalam The SUN 20/1/02)

5.0 MENAFIKAN HUKUM YANG TELAH JELAS DALAM AL-QURAN

5.1 "Therefore the question that should be addressed in our society today is not whether poligamy should be relegalised under the civil law for the non Muslims, but whether it should still be continued under the Islamic family law for the Muslims".

["Islam did not Invent or Encourage Polygamy", Sisters in Islam, NST 10th January 2002]

5.2 " As for the number of wives allowed in polygamy , the Quran does not indicate a fixed maximum of four.The phrase "two and three and four " is also found in describing the wings of angels"

(Polygamy in Islam Comes ith a Heavy Responsibility - Akbar Ali dalam The SUN 20/1/02)

Dan seperti yang diduga hari ini juak-juak penjilat kepala taik seperti Al-munafik Astora Jabat serta ketua propaganda Parti komunis UMNO menempelak PUM dan badan NGO islam yang lain yang telah turut sama menghantar memorandun kepada majlis raja-raja ini. Malang sekali bagi umat islam dimalaysia dewasa ini bila ada saja suara bantahan diatas penghinaan terhadap institusi agama dan ulama Islam, maka bukan pembelaan yang sewarnya yang diperolehi tetapi ugutan, cercaan serta cemuhan dari mereka-mereka yang Allah beri peluang untuk berkuasa buat seketika. Mereka seolah-oleh lupa akan kekuasaan Allah .

Isu Tudung di Singapura

Heboh seantero dunia diatas isu pemecatan 3 pelajar islam perempuan yang belum baligh di Kota Singa. Saban malam media dari malaysia menyeberang tambak Johor menunggu di pagar sekolah untuk mendapatkan berita yang sensasi.Belum sempat pelajar serta waris terbabit melintas jalan wartawan dari media perdana menteri malaysia menyerbu .Tetapi dalam masa yang sama di Johor kerajaan Komunis UMNO telah melaksanakan segera arahan yang belum pun lagi sempat dipinda undang-undang di peringkat pusat tentang madrasah dan sekolah agama.

Kerajaan UMNO Johor dengan rakusnya menangkap semua guru di bawah ISA serta menutup sebuah sekolah agama di Ulu Tiram Johor menyebabkan lebih 100 pelajar tersangkut pembelajaran mereka. Sepatutnya kezaliman penangkapan guru sekolah dibawah ISA dan penutupan sekolah ini mendapat liputan utama dari media masa tetapi itu lah agenda jahat politik Parti Komunis UMNO yang cuba mengalih isu supaya kezaliman mereka yang lebih dahsyat tidak dapat dihidu oleh rakyat dalam negara ini.

Oleh: Tok Perang
6.2.2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com