UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Penjelasan Isu Ust.Shamsuri

Mulanya rasa malas nak ulas isu ni, tetapi setelah memerhatikan perbagai komen serta kritikan yang pro dan kontra dari perbagai pihak di laman-laman web, maka penulis rasa terpanggil memberikan penjelasan bagi mengurangkan "tekanan" yang dihadapi oleh pendokong gerakan islam.Sebab seperti yang kita semua maklum majoriti pelajar yang mengikuti kuliah Ust. Shamsuri secara direct di masjid-masjid dan surau-surau terdiri dari orang Pas.

Penulis percaya isu ini bukannya memberikan kebaikan kepada jamaah islam malah boleh mengundang kerosakan daripada kebaikan.Disesetengah tempat di kawasan utara diberitakan pertikaian sesama ahli jamaah surau dan masjid sudah sampai kepada tahap yang bahaya.Ada pihak yang terlalu taksub dengan Ust Shamsuri bangun mempertahannya dan ada pihak yang sampai melebelkan Ust sebagai "munafik" pengkianat perjuangan Islam.

Ust Shamsuri yang ku kenal

Ust Shamsuri Hj Ahmad dan Firdaus Ismail adalah sahabat karib yang sama-sama menuntut di Sek. Menengah (A) Al-Irsyad, Pokok Sena, Pulau Pinang satu ketika dulu.Mereka ni kira senior penulis,tetapi penulis tak sempat berada dibawah kepimpinan mereka semasa di sekolah dulu.Mereka tamat pengajian di Irsyad baru penulis baru di tahun satu.

Selepas Ust Shamsuri tamat belajar di Universiti beliau ditawarkan menjadi tenaga pengajar di sekolah tempat dia menuntut dulu Al Irsyad . Setelah agak lama menabur bakti di seolah asal akhirnya beliau bertugas pulak di Kolej Matrikulasi, Pongsu Seribu.

Sementara Ust Firdaus pulak menjadi tok imam di masjid negara. Nama Ust Shamsuri mula dikenali bila beliau memulakan kuliah-kuliah pengajian di seluruh masjid-masjid dan surau-surau di seluruh Seberang Prai/Kedah dengan menghuraikan Kitab Bahrul Mazi karangan TG Idris Marbawi yang sebanyak 22 jilid itu.Kira setakat yang sempat penulis mengikuti kuliah pengajian di masjid dengan cara tadah kitab ni Ust Shamsurilah yang "kelas" bila baca kitab ni.

Anak muridnya boleh dikatakan majoriti terdiri dari org Pas dan segelintir sahaja UMNO.Beliau juga hebat berceramah dengan gaya bahasa yang tersendiri .Kepopularan Ust Shamsuri ni sehinggakan kartunis Ujang pun dapat ditarbiyah menerima Nur Islam.Ujang pernah menjemput Ust Shamsuri memberikan ucaptama pada hari pembukaan majalah lawak Lanun beliau satu ketika dulu.

Walaupun penulis bukanlah murid yang rapat dengan Ust. Tetapi penulis pernah mengikuti kuliah beliau secara aktif sebelum ini.Kalau Ustaz ke Masjid Batu, penulis ke Masjid Batu,kalau Ust ke Masjid Sungai Rambai penulis ke masjid Sungai Rambai, Ust ke Masjid Tuan Abdullah penulis akan kesana dll tempat yang Ust berceramah.

Pada pilihanraya 1999 di parlimen Tasek Gelugor heboh mengatakan bahawa Ust. Shamsuri akan bertanding sebagai calon Pas melawan Dato' Sharif Omar .Ini menyebabkan beliau digantung sementara dari mengajar di Kolej Metrikulasi dan dilucutkan jawatan sebagai khatib Masjid Tasek Gelugor yang disandangnya.Tahun 2000 Ust. Shamsuri dihantar sekejap berkursus dibawah ISA oleh kerajaan Komunis UMNO.

Ust Shamsuri naik pentas UMNO di Indera Kayangan

Bila menerima berita yang mengakatan Ust Shamsuri naik pentas UMNO semasa berlangsungnya pilihanraya kecil Indera Kayangan tempohari , penulis agak terkejut juga pada mulanya. Sebab kalau siapa yang biasa mengikut ceramah dan kuliahnya tak akan percaya dia buat perkara seumpama itu. Tidak hairan jika peristiwa ini berlaku kepada Firdaus.

Walau apa pun sebagai orang beriman kita tidak boleh terus menerima apa-apa berita dan mempercayainya kecuali sesudah kita selidikinya terlebih dahulu.Untuk mempastikan berita ini penulis selepas hari kejadian telah menghubungi beberapa sahabat seperjuangan di Perlis untuk mengesahkan perkara ini. Mereka membenarkan bahawa adanya penyertaan Ust. Shamsuri pada malam itu.(Ahad malam isnin 13/1/02)di tapak ceramah kempen BN (depan markas BN)jalan Sekolah Derma.

Penulis dimaklumkan bahawa Ust.Shamsuri tidak berkempen supaya mengundi BN. Tetapi penyertaannya disitu dan mengadakan program ditapak ceramah kempen BN adalah dipertikaikan. Sebagai seorang ustaz yang mempunyai banyak pengaruh dikalangan ahli pas dan BA dan juga Umno sendiri, penyertaannya kesitu juga adalah dikira memberi input terhadap kempen BN,dan mempengaruhi ahli PAS yang lain.

Penulis telah berpeluang melihat tapak ceramah itu kerana sehari sebelum itu penulis ada di Perlis.Pentas ceramah yang penuh dengan poster dan bendera BN adalah tidak sesuai untuk diadakan Forum Agama, kerana ianya adalah TEMPAT KEMPEN BN. Sebagai seorang yang dikatakan berilmu, beliau patut tahu firman Allah yang bermaksud: DAN JANGANLAH KAMU CENDERUNG KEPADA ORANG-ORANG YANG ZALIM,MAKA NANTI KAMU AKAN DI SAMBAR API NERAKA. Hendaklah kita bertaqwa kepada Allah.Lebih-lebih lagi bagi seorang yang berilmu seperti ustaz yang melibatkan pengaruh dan kepentingan ramai. Kita juga memahami tahallus siasah didalam Politik.Tetapi bukan caranya bila mana ianya lebih memberi kesan buruk kepada jamaah itu sendiri.

Kepentingan peribadi hendaklah diketepikan apabila ianya bertentangan dengan kepentingan jamaah. Ustaz Shamsuri sepatutnya memohon maaf kepada ahli PAS di atas perbuatanya ini. Perbuatan ini tidak apa bagi orang awam, tapi bagi seorang yang di gelar Ulamak, ianya adalah merupakan satu kesalahan. Kecuali bagi seorang yang di paksa, dan dia mengakui kelemahan IMANNYA.

Kuliah di Masjid Sbg Jaya

Sehari selepas kecohnya isu ni Ustaz ada mengadakan kuliah bulanan beliau seperti biasa di Masjid Sbg Jaya.Penulis dengan penuh harapan pergi dengan keadaan yang tergesa-gesa turut serta dengan harapan tinggi Ust Shamsuri akan membuat penjelasan lanjut tentang isu ini.

Ustaz memulakan kuliah dengan mukaddimah dalam 30 minit menceritakan tentang kisah Imam As-Syafie difitnah pro-syiah sehingga beliau ditangkap dan dibawa mengadap Khalifah Harun Ar-Rashid untuk diadili. Ringkas cerita, Imam As-Syafie terlepas dari tuduhan. Ust Shamsuri turut membawa ayat dalam surah Al-Hujuraat yang mengingatkan orang-orang yang beriman agar berwaspada terhadap berita yang mereka terima dari orang-orang yang Fasik kerana dibimbangi dengan mempercayai berita tersebut kita akan berlaku zalim terhadap orang yang beriman. Daripada dua perkara ini memberikan penulis sedikit indirect clue seolah-olah Ust. ingin menafikan tuduhan tersebut.

Seperti biasa kita tetap ditinggalkan persoalan yang perlu di rungkai sendiri mengikut kiasan yang diberikan itu.Kena balik fikir sendiri kata ustaz : "macam ada benda nak habaq tapi terlekat di rengkung". Kiasan yang dibawakan itu tentulah mengundang pelbagai jawapan yang berbeza.

Sebenarnya tiada siapa yang cuba memfitnah Ust Shamsuri, tetapi Ust Shamsurilah yang memfitnah dirinya sendiri. Sebab sehinngga artikel ini ditulis belum lagi kedengaran penjelas secara jelas dari batang tubuh Ust sendiri.

Malah ada berita yang sampai ketelinga penulis mengatakan bahawa Ust Shamsuri telah menerima sekeping cek bernilai RM 20,000 setelah habis ceramah tersebut waAllahu a'lam.Daripada penjelasan yang cuba dibuat oleh penulis di laman web yang pro Ust Shamsuri di Laman MindaRakyat contohnya mengatakan Ust Shamsuri mendapat royalti hasil daripada jualan kaset kuliah/ceramah beliau kira-kira RM 5,000 sebulan dan dihadiahkan oleh pihak penerbit kaset sebuah kereta Mercedes "lampu belalang".Agak lucu kenyataan ini kalau difikirkan logiknya jualan kaset ceramah/kuliah yang standard cetak rompak yang terbatas peminatnya itu mendapat habuan yang sebanyak itu.Maka semestinya lah Siti Norhaliza yang jualan kasetnya selalu mencecah jualan "box office" itu akan lebih hebat pulanganya.Mungkin ini yang dimaksudkan Yasin sebagai "Mimpi Laila" lagu popular 2001.

Akhirnya pesan penulis kepada ahli jamaah,supaya kita tidak taksub pada mana-mana guru hatta pimpinan.Tanggungjawab kita ialah wala' pada pimpinan selagi mana dia mengikut KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASUL, dan tidak cenderung kepada orang yang zalim. Ketika itu tiada lagi taat dan juga wala'. jika tidak kita akan terikut dengan jejak mereka-mereka yang telah ditinggalkan ALLAH. ALLAH tidak berhajat kepada mereka dan kepada pengikut-pengikut mereka.

KEJAYAAN ITU HANYA BAGI ORANG YANG MENGIKUT PETUNJUK.

waAllahu a'lam.

Oleh: Tok Perang
7.2.2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com