UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Surat terbuka Tok Perang Kepada Datuk Dr Abdul Malek Hanafiah

Kepada
Datuk Dr Abdul Malek Hanafiah
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Pendidikan negeri
Perak Darul Ridzwan

Assalamualaikum Dato'

Laporan BH bertarikh 6.2.2002 adalah dirujuk ;

IPOH, Rabu:Empat sekolah agama di Perak dikenal pasti menghasut muridnya membenci pemimpin kerajaan serta melarang pelajar mengikuti berita yang disiarkan televisyen

Merujuk kepada kenyataan Dato' didalam laporan akhbar seperti yang disiarkan di dalam BH 6/2/2002 Dato' dengan penuh bangang mengeluarkan kenyataan antara sebab sekolah-sekolah agama ini disiasat adalah disebabkan ada guru yang melarang murid dari menonton berita TV.

Dato kata'.

[["...guru agama terbabit dikatakan mengarahkan pelajar menutup televisyen ketika siaran berita dan mendakwa dua pemimpin tertinggi negara sebagai orang jahat."]]

Tahukah Dato' bahawa semua pelajar yang tinggal diasrama mempunyai masa tertentu sahaja untuk menonton TV tidak seperti pelajar harian yang tinggal di rumah .Ini fenomena biasa bagi pelajar tidak kira lah sekolah beraliran Agama atau bukan aliran Agama. Kenapa begitu jahil sikap Dato' seolah-olah Dato' tidak pernah belajar.

Atau mungkin Dato' ingin menempatkan nama Dato' di Neraka Allah seperti sahabat-sahabat Dato' di Johor yang mengambil tindakan yang serupa dengan Dato' menangkap lebih 12 tenaga pengajar termasuk mudir Sekolah Tarbiyah Islamiyah Luqmanul Hakiem di Sungai Tiram, Johor, mereka ditahan untuk siasatan serta dituduh ada unsur kegiatan KMM. Wah, begitu mudah sekarang ini nak dakwa seseorang , tangkap ISA tuduh KMM.Sedangka isu mula yang dibangkitkan pada peringkat awalnya ialah beroperasai tanpa permit Majlis Agama.

Tidak kah sahabat-sahabat Dato' itu ada hati perut memikirkan implikasi diatas tindakan mereka terhadap pendidikan 155 pelajar tahun satu hingga enam sekolah terbabit beserta anak isteri guru-guru yang terpaksa ditinggalkan itu.Tidak kah tindakan ini zalim namanya Dato'.

Mungkin Dato' akan merasa puas di atas tindakan Dato' yang dihasut syaitan ini. Nasib masyarakat Islam Turki yang dinafikan hak mendapatkan pendidikan Islam sekarang ini akan turut sama dirasai oleh anak cucu Dato' dimasa depan di negara kita pula .Inilah sumbangan besar yang Dato' tinggalkan untuk mereka dikemudian hari. Atau mungkin Dato' sememangnya selesa apabila mereka tidak ditarbiah dengan ilmu islam ,lantak lah nak jadi apa.

Ingatlah Dato' kita semua akan mati. Kalau tidak Dato' mati dulu, kami mati dulu. Dan pasti kita akan ditanya tentang apa yang kita buat sebagai khalifah dibumi Allah ini.Dato' mungkin ada pangkat dan kedudukan didunia. Tapi semua tu akan ditinggalkan. Yang akan dibawa ialah amal-amal Dato' yang banyak itu,termasuk usaha Dato' menekan guru-guru dan pelajar-pelajar yang ingin kembali kepada Islam seperti yang termaktub dalam Al-Quran dan Hadith. Dato' nak sekat ke Dato'? Ingat Allah ya Dato'.

Dato' tak takut kah dengan amaran Allah supaya jangan condong kepada orang-orang Zalim?

Ya Allah Ya Tuhan kami, kau peliharalah hamba-hamba mu yang berjuang untuk mendaulatkan Agama mu dibumi ini, termasuklah guru-guru dan pelajar yang mana Dato' ini nak suruh diambil tindakan terhadap mereka. Dan kau binasakanlah mereka-mereka yang menjadi musuhmu.Aamiinnn Ya Rabbalalamin.

Oleh: Tok Perang
8.2.2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com