UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kehancuran Parti Komunis Umno semakin hampir

UMNO semakin nazak, pemimpin -pemimpin Parti Komunis UMNO bermula dari Mahathir Iskandar Kutty diikuti oleh Shahidan Kassim, Tajul Rosli, Syed Razak dll pimpinan tertinggi Parti Komunis itu sudah mula meracau-racau merepek seolah-olah seperti hilang kewarasan akal mengeluarkan kenyataan-kenyataan merapu, dangkal, dungu yang bercelaru.

Setelah Mahathir memperlekeh Melayu sebagai bangsa yang tidak "insignificant and incompetent". mahathir seterusnya tanpa rasa bersalah kepada bangsa Melayu di Malaysia serta Agama Islam yang dianutinya menghina Ulama Islam di hadapan orang bukan islam serta pengganas yang memusuhi Islam Ariel Sharon PM Israel di forum ekonomi dunia, New York.

Ketika berucap di forum berkenaan, Dr Mahathir dilaporkan berkata, masalah besar yang dihadapi kerajaan Islam kerana penyelewengan agama oleh ulama politik dan kemunculan kumpulan penentang pembangunan.

Ucapannya yang bertajuk, 'Peranan Islam Dalam Negara Moden' menyebut ulama politik telah menyelewengkan agama bagi memperolehi kuasa, manakala kumpulan penentang pembangunan pula cenderung mengisytiharkan jihad scara kekerasan terhadap kerajaan Islam.Tak tersentakkah urat minta Hamid Othman, Yusuf Noor, Noh Gadut dan rakan-rakan mereka yang lain dengan kenyataan Mahathir tersebut ???. Kan mereka ini ulama politik yang dimaksudkan tu.

Ini diikuti dengan kenyataan Tajul Rosli malam isnin lalu;

[["Kita lihat orang Cina dan India mereka pergi ke tokong semata-mata untuk beribadat tapai orang kita pergi masjid bawak politik, ini mengganggu orang lain hendak buat ibadat"]]

Inilah bentuk fahaman yang cuba diterapkan oleh kepimpinan Komunis UMNO, politik suku Agama suku yang difahami oleh Tajul Rosli hasil pentarbiahan yang diberi oleh Mahathir Iskandar Kutty Laknatullah , seolah-oleh baginya tiada istilah politik dalam Islam atau mungkin Tajul Rosli terlalu asing dengan konsep Syariah Islamiyyah yang merangkumi aspek politik , perundangan , hukum , sistem kemasyarakatan , pembangunan , ekonomi , hubungan antarabangsa , akhlak , tentera , pendidikan dan ehwal yang berkaitan dengan keperluan hidup manusia .

Negara Ini milik Siapa??

Bila terbakarnya Black Maria di Kuala Ketil tanpa berlengah semua saluran media serta juak-juak pencacai Mahathir bangun menempelak Pas dan TG Nik Aziz. Bungun lah hulubalang UMNO seperti Syed Razak , Shaidan dll melebel ahli serta penyokong Pas dan kepimpinannya sebagai pengganas.

Malah dengan secara anggkuh Shahidan dan Syed Razak mengharamkan pimpinan pas dari masuk ke Kedah dan Perlis untuk memberikan ceramah. Seolah-oleh negeri-negeri ini peninggalan pusaka kepala bapak depa punya.

Seperti kata Dato Nik Aziz;

[["Bagaimanapun selagi negara ini masih lagi dipanggil 'state' dan bukan estet macam mana hendak sekat ceramah.. Saya hendak ulangi, negeri ini bukan kepunyaan mana-mana parti, bukan kepunyaan mana-mana syarikat atau kerajaan, namun ia adalah kepunyaan rakyat"]]

Mereka mungkin lupa bahawa orang Pas berpegang kepada ayat Quran surah Ali-Imran yang menggariskan antara tuntutan Islam ialah :

[["Hendaklah ada satu golongan daripada kamu yang menyuruh kepada kebajikan, menegakkan yang ma'aruf dan mencegah kemakmuran"( Ali- Imran: 104)]]

Kewajipan mengajak masyarakat kepada yang ma'aruf dan mencegah kemungkaran baik dari pemerintah atau orang awam adalah menjadi tugas setiap individu muslim.Menghalang ceramah/kuliah/majlis ilmu dll samalah menghalang orang beriman menyampaikan seruan agama sepertimana sikap yang di tunjukkan oleh Abu Jahal di zaman Nabi Muhammad SAW diawal penyebaran islam dulu.

Menyuruh kepada kebajikan, menegakkan yang ma'aruf dan mencegah sesuatu kemungkaran memerlukan kuasa bagi melaksanakannya. Kuasa pelaksanaan pula hanya boleh didapati secara sah melalui proses demokrasi yang dibenarkan dengan mengambil bahagian dalam pilihanraya

Diatas prinsip inilah pimpinan Pas akan terus turun memberikan ceramah, tazkirah kepada orang ramai tidak ada hak Parti Komunis UMNO hendak menghalangnya selagi kita berpegang kepada prinsip demokrasi melainkan negara kita mengamalkan pemerintahan komunis sepenuhnya

Parti Komunis UMNO jangan lupa bahawa PAS tidak beriman dengan sistem demokrasi negara tetapi mengambil manfaat daripada peluang yang diberikan (melalui sistam demokrasi) untuk menyatakan risalah Islam bagi menegakkan perundangan Islam dan memerintah negara dengan cara Islam sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

"Kapsul Memali" Membakar "Black Maria"

Sebenarnya "Black Maria" dibakar oleh "agen provokasi" Parti Komunis UMNO itu sendiri,penulis tidak mahu menuduh pihak polis sendiri yang melakukannya disebabkan tiada seorangpun saksi yang melihat kejadian membakar tersebut.Kita tidak seperti RTM belumpun sempat Polis membuat siasatan RTM terus mendakwa bahawa penyokong Pas yang melakukannya.Itu sikap yahudi!.

Apa yang penulis maksudkan AGEN penyebab terbakarnya Black Maria tempohari ialah berpunca dari klip video " Kapsul Memali" yang disiarkan oleh RTM saban hari siang dan malam, pagi dan petang .Tidak terfikirkah di benak kepala otak Khalil Yaakub dan Zam bahawa bahaya bencana yang mungkin ada dengan penayangan klip video ini kerana ia boleh menyemarakkan kembali dendam kesumat, simpati serta semangat Jihat dari kalangan waris, penduduk, penyokong,pendokong Islam,anak murid, mereka-mereka yang kehilangan ayah, adik, abg dan mereka-mereka yang terlibat dengan tindakan zalim kerajaan komunis UMNO itu

Sedangkan dulu setelah terjadinya peristiwa Memali 17 tahun lalu atas nama perpaduan nasianal serta kestabilan negara kerajaan pada ketika itu telah cuba menghalang Pas terutamanya dari terus mengbangkitkan isu ini, kerana sebelum ini Pas melalui Dewan Pemudanya saban tahun pada tanggal 19 Nov menyambut Hari Memperingati Syuhada .Kes Memali juga masih bertangguh di mahkamah sehingga kehari ini.

Kata Presiden Pas Dato Fadzil Noor;

[["Bagaimana RTM boleh menayangkan klip video peristiwa Memali sedangkan kes tersebut masih di mahkamah dan polis sendiri sebelum ini meminta supaya insiden itu tidak dibangkitkan semula," ]]

Tindakan kurang bijak RTM itulah melalui buah fikiran penjilat bontot MahaKutty , Zainuddin Maidin (Zam)yang membangkitkan kembali insiden Memali itu bukan hanya tidak akan menyumbang kepada perpaduan negara,perpaduan bangsa dll sebaliknya ia menimbul kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Zam mamak yang berhati busuk itu mahu melihat orang melayu berkelahi sesama melayu, arang melayu Pas dan UMNO terus bermusuhan malah mungkin perancangan jahat Zam akan sampai kekemuncaknya bila orang melayu berbunuhan sesama sebangsa.Jika ini terjadi maka puaslah sudah hati mereka-mereka yang cuba "cucuh api".

Harapan penulis kepada Pak Lah sebelum nasi menjadi bubur, sebelum terlambat gunalah kebijaksanaan serta keimanan serta ilmu yang ditarbiahkan oleh aruah TG Abdullah Fahim dan Ust Ahmad Badawi yang ada menilai dengan hati yang lapang dan penuh terbuka akan bahayanya yang mungkin menimpa umat Islam sama sebangsa dengan menyekat perancangan jahat Zam anggota " Geng Mamak" penjahat no 1 negara ini.

Taktik Lama

Seperti yang di tulis oleh Dr Syed Hussain taktik "agen provokasi" bagi menimbulkan suasana kegelisahan dikalang rakyat ini telah dilakukan oleh Kerajaan Komunis UMNO pada tahun 60'an lagi .Ketika itu tindakan-tindakan “agen provokasi” diselaraskan untuk membolehkan polis mengaitkan mereka dengan Fron Sosialis dan pemimpin pentingnya masa itu. Setelah kaitan ini dibuat, tidak kira dengan bukti cukup atau tidak, polis bergerak untuk menahan para pemimpin ini dan menutup bahagian-bahagian parti dalam SF.

Dulu Fron Sosialis menjadi sasaran kerajaan (dulu Perikatan) sebab ia merupakan saingan hebat kepada Perikatan dalam arena politik. Sekarang nampaknya sasaran utama pemerintah BN ialah PAS, yang dianggap sebagai saingan UMNO yang terkuat. Adakah pemerintah sekarang ini cuba hendak memusnahkan PAS dan seterusnya BA dengan menggunakan cara-cara zalim yang serupa?

Parti Komunis UMNO semakin tenat

Dihari ini setiap yang bernyawa dan 'ISLAM' dianggapnya sebagai memusuhinya bermula dari pelajar Pasti hingga ke pelajar -pelajar di Pakistan. Bermula dari AJK masjid sehinggalah Ahli Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Bermula dari penoreh getah di Baling sehinggalah para pensyarah di pusat-pusat pengajian tinggi dan semua golongan rakyat yang berpegang kepada ISLAM dianggap sebagai musuh yang wajar diperangi oleh mereka .Ini disebabkan mereka menerapkan unsur-unsur faham komunisme di dalam pentadbiran mereka.Malah Parti Komunis UMNO pernah menjemput Communist Party of China dari Republik Rakyat China ke Perhimpunan Agong mereka pada 1996 dan Communist Party of Cua dari Cuba ke Perhimpunan Agong pada tahun 2001

Bagi memudahkan kita membandingkan persamaan dasar antara Parti Komunis UMNO dengan Dasar Negara Komunis yang lain seperti Cuba, China Russia dll lihat data dibawah;

Dasar Komunis

1-Menyekat kebebasan agama dalam negara, gama dianggap sebagai "candu masyarakat" yang menghalang kemajuan negara

Komunis UMNO

Juga mengambil tindakan yang serupa dengan :

1.1 menghalang majlis ilmu

1.2 menghalang tazkirah Ramadan

1.3 menukar tempat guru-guru agama yang tidak menyokong BN dan UMNO

1.4 menggangu sistem pendidikan Islam, samada sekolah pondok, sekolah agama mahupun tadika Islam

1.5 menyekat pelajar aliran agama melalui STAM

1.6 memecat AJK Masjid dan Surau yang tidak menyokong BN dan UMNO

Dasar Komunis

2- Menyekat kebebasan bersuara dalam masyarakat

Komunis UMNO

Juga mengambil tindakan yang serupa dengan;

2.1. Menyekat ceramah umum dengan cara tidak memberikan permit

2.2. Menyekat akhbar dan penerbitan yang tidak menyokong BN

2.3. "Menghalang" rakyat menghadiri ceramah dengan sekatan jalanraya dan kehadiran polis beramai-ramai

Dasar Komunis

3-Menakut-nakutkan dan mengungut rakyat yang tidak menyokong kerajaan

Komunis UMNO

Juga mengambil tindakan yang serupa dengan ;

3.1 Menakutkan rakyat dengan pelbagai Akta dan Aku Janji

3.2 Mengugut rakyat dengan tidak memberikan pembangunan kepada kawasan yang tidak dimenangi oleh BN dan UMNO

3.3 Mengugut kakitangan awam dan rakyat Malaysia yang tidak menyokong BN dan UMNO

Dasar Komunis

5-Mengintip pergerakan rakyat yang tidak menyokong kerajaan

Komunis UMNO

Juga mengambil tindakan yang serupa dengan;

5.1 Menghantar SB di semua cerok dalam negara untuk bertugas mengintip pergerakan rakyat yang tidak sokong BN dan UMNO

5.2 SB terdiri dari tukang kebun, pemandu teksi, kerani, pegawai kerajaan, eksekutif hatta pelajar universiti

Berdasarkan fakta serta bukti kukuh tentang perubahan dasar Parti komunis UMNO yang ada pada hari ini , penulis menyeru kepada semua ahli UMNO yang masih sayangkan UMNO sebelum kita terlambat, demi agama Islam yang suci ,demi maruah orang melayu, demi keadilan sejagat, demi negara tercinta, demi nasib anak cucu kita dikemudian hari ayuh marilah kita bersama-sama bangun menolak kepimpinan Parti Komunis UMNO yang ada ini.

Oleh: Tok Perang
15.2.2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com