UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Siapa pencabul kehormatan undang-undang

Minggu lalu, apabila Timbalan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diminta mengulas tentang isu pengharaman ceramh setelah terbakarnya Black Maria di Kg .Kuala Bok, Baling Kedah, berpendirian PAS akan tetap meneruskan ceramah umum kerana tidak menyimpang dari kehendak perlembagaan, demokrasi dan agama. Maka melompatlah juak-juak pencacai Parti Komunis UMNO bangun menempelak TG Haji Hadi dan Pas dengan kenyataan -kenyataan yang meludah kelangit jatuh berkahak kemuka sendiri.Bangunlah juak-juak ini menuduh pimpinan Pas Tg Nik Aziz dan Tg Hj Hadi "keras kepala" dan tak tahu hormati undang-undang.

Tak terasa malukah juak-juak penjilat SHIT Mahakutty ini. Lupakah mereka kepada pencabulan undang-undang yang telah dilakukan oleh mereka selama ini. Lupakah mereka terhadap perogolan undang-undang yang dilakukan dengan rakusnya oleh mereka di Kelantan dan Terengganu setelah dua negeri terbabit bertukar tampuk pemerintahannya.

Siapa yang mengajar kita supaya kurang ajar terhadap undang-undang??.

Sebelum menuduh pimpinan Pas sebagai orang yang tak tahu menghormati undang-undang mari kita lihat beberapa contoh pencabulan undang-undang oleh Parti Komunis UMNO.

Pertama.

Siapakah yang mengajar rakyat bertindak biadap terhadap Sultan Kelantan tempohari dengan menabalkan seorang "Sultan " baru dibawah pohon beringin??. Parti Komunis UMNO tanpa rasa malu dan bersalah mengajar rakyat supaya menderhaka terhadap sultannya sendiri serta bertindak melacurkan undang-undang yang ada dengan menabalkan Tengku Ibrahim seorang businessman anak Kelantan di Kl yang dibawa balik ke Kelantan dan ditabalkan oleh Ibrahim Ali dibawah pohon beringin.Layakkah orang seperti Ibrahim Ali ini menabalkan Sultan ikut kemahuan nafsu serakahnya.

Kedua.

Siapakah yang mengajar rakyat menodai perjanjian Royalti Minyak di Terengganu setelah kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan.Tindakan bacul ini menyebabkan hampir 75 peratus sumber pendapatan negeri dinafikan oleh kerajaan pusat setelah PAS berjaya menguasai Terengganu dalam pilihan raya umum lalu.Tindakan pencabulan undang-undang perjanjian dimertai dizaman Tun Razak yang sah ini dengan sewenangnya dilanggar demi mendera rakyat Terengganu yang tidak memilih mereka pada pilihanraya lalu.

Ketiga.

Siapakah yang bertindak melantik JKKK HARAM di Kelantan dan Terengganu . Walaupun kedua-dua kerajan yang sah pilihan rakyat ini sebelum itu mengikut saluran undang-undang yang ada telah memansuhkan jawatan JKKK di negeri ini. Di Terenggagu kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Sura Rakyat (JSR) bagi menggantikan JKKK.

Mengikut kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri, Haji Wan Abd Muttalib Embong berkata, dari segi undang-undang dan pentadbirannya JKKK sudah dimansuhkan apabila Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) sebagai menggantikannya.Jadi penubuhan JKKK seolah-olah ada kerajaan dalam kerjaan itu adalah tidak SAH dan JKKK yang ada itu ialah pertubuhan HARAM.

Keempat.

Di sisi undang-undang negara mengikut konsep Persekutuan Malaysia . Maka sudah menjadi tanggung jawab kerajaan federal yang di ketuai oleh Parti Komunis UMNO di Putrajaya sana menyalurkan peruntukan Geran Wajib Pekapita kepada kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu setiap bulan 3, 6,9 dan 13.Tetapi apa yang berlaku setelah kedua-dua kerajaan negeri ini diambil alih oleh Pas maka mereka dinafikan hak mendapatkan peruntukan wajib ini mengikut jadual. Tindakan Parti Komunis ini hanyalah bertujuan untuk menekan pentadbiran kerajaan negeri menjadi lemah lambat bayar gaji kakitangan kerajaan negeri dan sebagainya.Mahakutty berharap dengan tekanan yang diberikan ini maka Tg Nik Aziz dan Tg Hj Hadi datang menyembah kaki beliau di putrajaya sana untuk meminta ehsan.

Kelima.

Dengan penayangan klip video memali Di TV1, menyerlahkan lagi sikap bebal Kementerian Penerangan melalui nasihat Zam anak lelaki Maiden yang langsung tidak menghormati proses undang-undang serta sensitiviti rakyat apabila berterusan menyiarkan klip video peristiwa Memali menerusi RTM kebelakangan ini. Sepatutnya semua pihak tidak membuat sebarang ulasan memandangkan kes ini masih tergantung perbicaraannya di mahkamah.

Ketua Polis daerah Baling silap baca skrip.

Konspirasi membakar Black Maria di Kuala Bok , Baling sudah terjawab sebenarnya dengan kenyataan media yang disiarkan oleh semua media arus perdana oleh Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Hasan Ismail sehari selepas hari kejadian .Mungkin takdir Allah untuk menampak kan kebenaran yang sebenar siapa dalang disebalik perancangan jahat tersebut atau Superintendan Hasan Ismail tersalah baca skrip yang disediakan oleh ASP Rodwan Kaki Bakar itu.

Hujah dangkal Ketua Polis Daerah Baling

Pertama;

[["Serangan ini telah dirancang, penyokong Pas mengisi cuka getah dalam bag plastik dan diikat disekeliling pagar tempat ceramah"]]

Komen Penulis : mungkin apa yang OCPD nampak tu air sirap kut, kalau cuka getah mau melecur bag plastik tu tak dan nak lempaq kat polis.

Kedua;

[[" Saya sendiri pun kena , gatal-gatal habis tangan"]]

Komen Penulis : Kena Asid cuka getah gatal tangan ???..mai kita buat ulang lakon semula macam cerita "Sauk The Movie" hari tu ,saya tuang atas kepala tuan cuka getah tu kita tengok gatal ka melecur kulit kepala tu.

Ketiga;

[[" Black Maria di bakar oleh dua orang penunggang motor yang membawa api"]]

Komen Penulis: Tak kan polis yang lebih 500 orang yang berkampung di kawasan tu tak ada sorang pun nampak orang naik motor dalam gelap bawak api??..Depa pakat jaga apa??..ikut lojik biasa ni tuan petik lighter dalam gelap pun orang perasan ni bawak api naik motor tak kan tak nampak kut..

Bila ditunjukkan visual Black Maria yang terbakar sikit dibahagian belakang serta bumbung itu seorang rakan yang berada ditempat kejadian menceritakan kepada penulis apa yang dilihat semasa kejadian hari tu..

Kata sahabat tu;

[[" Aihh kalau orang Pas nak bakaq dia tak buat reja bodoh macam tu... buat apa cucuh kot belakang, orang cucuh belah depan biaq sambaq tangki meletup pi engine tu sekali..dan buat apa cucuh masa time tak ada orang..dah nak cucuh ,cucuh time ada orang..baru brutal"]]

Adakah Pas langgar undang-undang??

Setelah pemimpin pembangkang dinafikan hak mereka seperti yang termaktub didalam perlembagaan didalam sebuah negara demokrasi untuk turun bertemu rakyat yang secara sah memilih wakil mereka tempohari. Rakyat marhaen dipertontonkan dengan kezaliman yang melampau oleh Parti Komunis UMNO apabila menggari tangan Bekas Imam Negara yang juga ahli parlimen Baling Ust Taib Azzamuddin dan ADUN Kupang , Baling Ust SuhaimiAhmad pada satu majlis bertemu rakyat.

Apa erti Negara Demokrasi apabila wakil rakyat dinafikan hak bertemu dengan rakyat yang diwakilinya.Ada diantara pemimpin komunis UMNO mengulas bahawa " tidak ada negara didunia ini yang mengamalkan demokrasi secara total".Memang pihak barat sendiri pun tidak mengamalkan demokrasi secara total tetapi prinsip asas demokrasi tidak di tutup. Jika asas demokrasi hendak ditutup lebih baik Mahakuttyu mengistiharkan negara ini sebagai Negara Komunis usah bersandiwara mengistiharkan Melaysia Negara Islam. Keadilan islam sebenarnya 1000 kali lebih baik demokrasi yang ada pada hari ini.Usah lah kamu Mahathir laknat woi memperlekeh agama islam yang suci ni dengan mendakwa malaysia negara islam tetapi terus menjalankan pemerintahan ala komunis , pemerintahan kuku besi.

Jadi jika ada orang mendakwa Pas melanggar undang-undang dengan terus mengadakan ceramah,sebenarnya kita harus bertanya balik soalan ini kepada mereka " Undang-undang apa yang Pas langgar??".Undang -undang Mahathir atau undang-undang negara??.Salahkah pas mengadakan program ditempat tertutp didalam markaznya sendiri serta di premis milik individu.Sedangkan Parti komunis UMNO boleh mengadakan keramaian serta kempen besar -besaran sempena menyambut chinese new year dan sebagainya.

Adakah adil disebuah negara demokrasi apabila Parti Komunis UMNO mempergunakan media siang dan malam, pagi dan petang menghentam barisan pembangkang disemua saluran media tetapi tidak memberi sedikit ruangpun kepada pembangkang untuk memberikan penjelasan atas fitnah yang di lemparkan.

Oleh: Tok Perang
19.2.2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com