UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Dollah badawi berjudi nasib

Timbalan Perdana menteri (TPM) Dato' Seri Dollah Badawi sekarang sedang memperjudi nasib menjadi Pemangku PM. Tanpa adanya Mahathir dalam negeri dimana diketika ini sedang bercanda dengan Mek Semah di Antartika sana bersama segerombolan pembesar serta pengiring berjumlah kira -kira 70 orang itu bagi menghabiskan saki baki wang negara hasil rompakan Royalti minyak Kerajaan Terengganu semata-mata untuk mencipta rekod baru dunia .Mungkin Mahathir tidak tahan dengan keadaan cuaca yang panas dalam negara sekarang ini.Rakyat dibiarkan kepanasan dan kekeringan akibat bala hasil dari dosa yang dia lakukan sebaliknya dia bersenang lenang disana sehingga tak teringat nak balik.

Nampaknya serangan terhadap Islam dan kejahatan polis semakin menjadi-jadi seolah-oleh negara kini sedang berada dalam keadaan yang cukup cemas. Episod yang sama juga pernah berlaku pada akhir tahun 1985 apabila Mahathir keluar negara ke China dan berlakunya kes pembunuhan beramai-ramai ke atas orang kampung oleh polis yang mabuk dibei minum arak di Memali pada malam sebelumnya.

Lanjutan dari peristiwa itu, Musa Hitam tercampak keluar. Kini Mahathir sedang cuba untuk mengkambinghitamkan Pak Lah pula. Polis pulak jadi kuda tunggangan yang telah dicucuk hidung oleh Mahathir dan Pak Lah kalau Pak Lah tidak cekap bermain dalam permainan ini, dia juga boleh tercampak seperti Dato Musa.Tetapi siapa yang menanggung derita???. sudah tentulah kita rakyat marhean yang akan menanggung derita, lebih-lebih lagi orang Islam dan lebih khusus lagi PAS akan dipersalahkan, Persatuan Ulamak juga akan dipersalahkan.Itulah kerja jahat Mahathir dan agenda Parti Komunis UMNO ,dia akan buat apa saja asalkan dia terus pegang kuasa sampai dia mati tegak berdiri dalam pejabat sebagai Perdana Menteri paling lama memerintah.

Pak Lah cuba membunuh diri

Apabila dalam laporan media secara besar-besaran pada 14 Februari lalu, Pak Lah menuduh "seorang bekas anggota kabinet" telah menderma sebanyak US 10 juta atau RM38 juta kepada pertubuhan Islam radikal di Amerika Syarikat. Tetapi Pak Lah tidak berani menyebut nama bekas anggota kabinet itu ataupun nama pertubuhan yang menerima wang tersebut.

Kata Pak Lah,

[["sekarang beliau faham mengapa AS menuduh Malaysia terlibat dengan keganasan antarabangsa"]]

Pak Lah mendasarkan kenyataannya hanya kepada kononnya "pendedahan" yang dibuat oleh seorang ulamak yang kini bermustautin di AS, bernama Shaykh Muhammed Hisham Kabbani. Shaykh ini pun tidak mahu menyebut nama si pemberi dan si penerima wang itu. Ini kes si-pengecut meniru si-penakut. Shaykh ini juga berkata wang bantuan inilah punca AS menuduh Malaysia. Tetapi mengapakah selama ini perkara ini tidak pernah timbul?

Sebenarnya Pak Lah tersilap dengan memperjudikan tuduhan yang bacul ini beliau sebenarnya telah memburukkan lagi imej malaysia dimata dunia.Media dunia akan terus menerus melaporkan dan memberikan gambaran buruk bahawa "malaysia sarang pengganas".Media barat tidak perlu menokok tambah bagi memberikan imej buruk terhadap negara tetapi cukup hanya melaporkan kenyataan dari pemimpin negara.

Pak Lah sebenarnya cuba memberitahu dunia bahawa Malaysia juga dengan sumbangan menteri kabinet ini ada saham dalam meletupkan World Trade Center di New York 9 Nov lalu yang mengorbankan lebih 3,000 orang yang tak berdosa itu.

Dengan tindakan berterusan menayangkan klip video Memali di TV1 hampir setiap malam pagi dan petang Kerajaan Komunis UMNO sebenarnya cuba menambahkan lagi imej buruk negara yang telah sedia tercemar teruk itu.

Assingnment yang ditinggalkan oleh Mahathir untuk Pak Lah untuk diselesaikan itu nampaknya gagal disempurnakan sebaiknya oleh Pak Lah.Ini terbukti Pak Lah "kurang bijak" berpolitik , jika pemimpin seperti ini diharapkan untuk memimpin negara, nescaya lingkup pahana habis negara ini.

Siapa Sheikh Kabbani

Shaikh Mohammad Hisham Kabbani yang seringkali mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dipercayai cuba membalas dendam ke atas ISNA dan juga mempunyai sikap cemburu dengan kenjayaan yang di capai oleh pertubuhan Islam Amerika Utara atau ISNA kerana beliau tidak pernah dijemput untuk sebarang upacara yang di anjurkan oleh badan Islam Amerika itu.

Syaikh Kabbani yang memimpin sebuah pertubuhan Islam yang diberi nama ISCA Islamic Supreme Council Of America yang dibiayai oleh pihak zionis yang seringkali mengeluarkan berita sensasi mengenai umat Islam.

Antara pertubuhan Islam yang bergabung didalam ISNA ialah, (AMPCC), American Muslim Political Coordination, (AMA) , American Muslim Allliance, (AMC) American Muslim Council, Council on American Islamic Relation (CAIR) , Muslim Public Affairs Council (MPAC), Islamic Circle of North America(ICNA), dan juga Muslim Student Association of USA and Canada.

Nampaknya pihak-pihak tertentu cuba menggambarkan bahawa Syaikh Kabbani adalah orang "terpenting" di Amerika yang seringkali menimbulkan kekecohan. Padahal pertubuhan beliau itu hanyalah sebuah pertubuhan kecil masyarakat Islam Amerika sahaja dan tidak lebih sebagai satu alat propaganda golongan zionis dalam menghancurkan perpaduan umat Islam Amerika.

Pada 7 Januari 1999 Syaikh Kabbani yang mendakwa bahawa wang kutipan kemanusiaan yang dikumpul oleh beberapa buah pertubuhan Islam di Amerika telah disalahgunakan untuk tujuan keganasan, telah mendapat kritikan hebat semua pertubuhan Islam yang bergabung didalam ISNA.

Sejak dari tarikh tersebut, Syaikh Kabbani tidak pernah dijemput ke sebarang majlis yang di anjurkan oleh ISNA dan 7 pertubuhan Islam lainnya dan terus memboikot sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh ICSA pimpinan beliau.

Malahan sejak peristiwa 11 September lalu, Syaikh Kabbani tidak pernah dijemput ke Rumah Putih untuk berjumpa dengan Presiden Bush , malah pemimpin ISNA Dr Muzzamil Siddiqi dan beberapa pemimpin Islam Amerika lainnya telah dijemput dan mengeluarkan kenyataan di dalam Televisyen Amerika.Malahan Syaikh Kabbani tidak pernah mendapat tempat di hati masyarakat Islam Amerika didalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pertubuhan yang diwakili beliau, malahan tidak mempunyai ahli yang sebegitu ramai seperti ISNA.

Pimpinan Mahathir dipercayai cuba memanipulasikan berita sebagaimana yang dilakukan Mahathir apabila beliau telah ditolah untuk bercakap di ISNA. Sebaliknya menjemput isteri Anwar Datin Sri Dr Wan Azizah Ismail untuk berucap di sana, termasuk beberapa pemimpin PAS.

Apabila beliau mengetahui bahawa, sambutan Bush kepada beliau tidak seperti pemimpin ISNA beliau merasa cemburu. Sama seperti mahathir yang ditolak ISNA , kerajaan pimpinan Mahathir cuba menonjolkan Syaikh Kabbani seolah-olah beliau adalah pemimpin ulung dunia Amerika.Pemimpin Malaysia seringkali menjalankan propaganda dikalangan rakyatnya seolah-oleh pimpinan Mahathir adalah islamic dan begitu mengambil berat tentang Islam. Jika demikian penghinaan keatas janggut Nabi muhammad dan menjemput ulama yang tidak dikenali dianggap sebagai mengundang agen asing ke dalam negara.

Mahathir kempunan anugerah nobel

Isu pemberian derma wang dari seorang menteri kanan Malaysia kepada kumpulan radikal US ini timbul setelah Sdr Anwar dicalunkan untuk anugerah keamanan nobel. Ketidakpuasan hati Mahathir teserlah dengan kenyataannya ;

[["The Nobel Peace prize is not a peace prize. It is a political prize. They give awards as Nobel prizes so as to ensure that these people can do what they like," he said in response to questions at a press conference. "It is no more a peace price. There is no peace. In fact, the idea is to ensure there is a (political) struggle and to destabilize the country," ]]

Kenyataan dangkal yang penuh dengan prasangka busuk seorang Perdana Menteri.

Atas sifat untuk memenuhi niat busuk kehendak "Boss" nya bagi menggagalkan anugerah tersebut Pak Lah secara kurang bijak cuba mencipta isu wang derma lebih RM 38 juta kepada pengganas US. mungkin Pak Lah berjaya dalam penyebaran fitnah jahat tersebut tetapi adakah ini akan mengembalikan imej negara di mata dunia, adakah ini dapat memulihkan kembali minat pelabur-pelabur bagi membantu memulihkan ekonomi negara yang kian tenat ini.

Oleh: Tok Perang
21.2.2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com