UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




MDK mahu bersih setinggan

KEMAMAN: Majlis Daerah Kemaman (MDK) mahu melihat Kemaman bersih dari rumah setinggan menjelang beberapa tahun akan datang. Serentak itu Yang Dipertua MDK, Encik Wan Zahari Wan Ngah, menyampaikan kunci rumah kepada seorang ibu tunggal, Ramlah Ali, 50, sempena sambutan Hari Habitat Peringkat Daerah Kemaman 15 November lalu.

Rumah pasang siap yang berharga kira-kira RM9,000 adalah hasil sumbangan orang ramai yang prihatin dengan kesusahan dan penderitaan orang lain. "MDK mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) yang terlibat, Pejabat Kesihatan, Pihak Polis, Tentera dan juga jabatan-jabatan lain di atas sokongan tenaga dan wang ringgit yang dihulurkan untuk aktiviti kebajikan seperti itu," jelasnya.

Ketika ditemui Ramlah Ali melahirkan rasa gembiranya kerana keprihatinan pihak Kerajaan dalam membantu beliau sekeluarga mencari tempat berlindung yang lebih selesa. "Sudah banyak kali mak cik minta bantuan untuk membaiki rumah mak cik ini, tetapi kali ini, permintaan mak cik ditunaikan dan mak cik bersyukur kepada Allah kerana sentiasa bersama hamba-hambanya yang lemah," jelasnya.

Sementara itu Wan Zahari berkata, Sambutan Hari Habitat itu bertemakan ‘Bandar Tanpa Setinggan’ mengambil kira kebajikan penduduk sekaligus mampu menjamin keselesaan hidup penduduk yang kurang berkemampuan. Turut hadir dalam majlis penyerahan kunci tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Puteh, Haji Ismail Harun.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com