UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Perayaan Pemerintahan 30 Mac

KUALA TERENGGANU: Kerajaan baru Terengganu genap dua tahun pada 1 Disember tahun lalu namun perayaan ulang tahun kedua itu akan disambut pada 30 dan 31 Mac tahun ini. Perayaan itu akan melibatkan seramai-ramai rakyat dan sekalian pegawai kerajaan bagi membolehkan Kerajaan Negeri dan pelbagai pihak menilai kejayaan dan kelemahan Kerajaan Negeri sepanjang dua tahun ini.

Pimpinan PAS dalam kerajaan mahu satu pentadbiran yang telus, maka ia mahukan pandangan dan kritikan membina dari pelbagai pihak. Justeru itu simposium, forum dan dialog terbuka akan menjadi antara kegiatan dalam sambutan ulang tahun itu.

Satu jawatankuasa sambutan telah dibentuk dengan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi, Encik Yahaya Ali dan Timbalan Pengerusinya Haji Abu Bakar Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Sosial dan Kesihatan. Dengan sambutan itu Kerajaan Negeri berharap dapat menilai kemampuan pimpinan negeri menerajui pemerintahan, sejauh mana kemajuan yang dicapai menepati dengan janji manifesto pilihan raya lalu, dan mahu mendapat maklumat tentang apakah strategi baru bagi memantapkan kerajaan yang ada.

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang di Parlimen Dato’ Haji Fadzil Muhamad Noor antara yang akan diundang bagi menyampai pandangan terbuka mereka terhadap kerajaan Terengganu itu. Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama Exco Kanan Dato’ Haji Mustafa Ali dan Haji Wan Abdul Muttalib Embong serta bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Senara Muda Haji Mazlan Hashim dijadualkan untuk membentangkan pencapaian dan prestasi kerajaan setakat ini.

Beberapa tokoh dari dalam dan luar negeri Terengganu akan diundang untuk mengambil bahagian dalam simposium itu nanti yang tujuannya adalah untuk memunggut sebanyak-banyak maklumat bagi membangunkan kerajaan dan rakyat Terengganu. Sementara itu masjid-masjid akan diarahkan mengadakan acara kesyukuran dengan mengadakan solat hajat dan majlis bacaan Yasin.

Jawatankuasa sambutan juga sedang menyusun kegiatan pra majlis sambutan itu dengan mengadakan Dialog Perdana di setiap daerah. Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai daerah masing-masing akan hadir untuk menjelaskan pertanyaan dan masalah yang dibangkit oleh orang ramai. Dialog perdana itu diduga akan berakhir beberapa hari sebelum hari perayaan itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com