UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kemaman dimasyhur Majlis Perbandaran 2 Februari

KUALA TERENGGANU: Kemaman adalah daerah pertama akan dimasyhurkan sebagai majlis perbandaran malam 2 Februari ini dalam usaha menaikkan taraf dan meningkatkan kualiti kerajaan tempatan dalam semua aspek selepas PAS mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri dari Barisan Nasional (BN) dua tahun lalu.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kemaman (MDK) Encik Wan Zahari Wan Ngah memberitahu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Nur Zahirah berkenan untuk berangkat ke Taman Bandar Cukai bagi tujuan tersebut. Katanya, di sebelah siangnya baginda berdua juga berkenan untuk menghadiri jamuan sempena majlis pemasyhuran itu di Dewan Berlian MDK di Cukai, Kemaman.

Dijangka tidak kurang dari 10,000 kakitangan kerajaan negeri dan pusat, penduduk daerah itu, peniaga, golongan kurang berada, anak-anak yatim dan orang ramai dari daerah-daerah lain akan hadir termasuk di majlis jamuan itu dan dalam acara-acara yang akan diatur sehingga 9 Februari.

Encik Wan Zahari berkata, pada malam 2 Februari itu Sultan Mizan dijangka membaca Watikah Pemasyhuran di taman itu dalam satu acara yang penuh gilang-gemilang. Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato’ M. Kayveas akan menyampaikan ucapan masing-masing.

Watikah Pemasyhuran itu akan diarak sejauh 1.7 kilometer dari Tapak Kastam Lama ke Padang Astaka diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran), Dato’ Nara Setia untuk diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Dato’ Ku Abdul Azah Syed Alwee. Manakala pada 3 Februari pula Menteri Besar akan merasmikan Expo Pembangunan Daerah di Taman Bandar Cukai. Pelbagai Pameran Pembangunan akan diadakan di majlis ini oleh MDK dan dijangka Menteri Besar akan melawat pameran tersebut untuk melihat kemajuan yang dicapai di daerah berkenaan.

Sementara itu, pada malam 7 Februari, Satu Forum Perdana akan diadakan di tempat yang sama di Pengerusikan oleh Dato’ Dr. Hassan Ali dan ahli panel terdiri dari Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Mufti Wilayah Persekutuan, Haji Hashim Yahya dan Ustaz Zawawi Yusof.

Bandar Kemaman akan dimeriahkan dengan pusat-pusat pameran, jualan, acara kebudayaan, pertandingan dan lain-lain mengiringi acara-acara tersebut sehingga hari terakhir. Justeru MDK mengajak penduduk daerah Kemaman dan orang ramai dari seluruh negeri datang beramai-ramai meraikan acara-acara yang diatur di sepanjang tempoh tersebut.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com