UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Dua Tahun PAS Memerintah Terengganu

PERALIHAN Kerajaan Negeri Terengganu dari pemerintahan Barisan Nasional yang dipimpin UMNO kepada Kerajaan BA pimpinan PAS telah genap 2 tahun pada awal Disember tahun 2001. Kini Kerajaan pimpinan ulama yang disokong oleh cendekiawan yang berfikrah Islam telah memasuki tahun ketiga yang akan genap nanti pada awal Disember 2002 nanti.

Oleh kerana kerajaan pimpinan PAS ini sebuah kerajaan baru maka banyaklah analisis, andaian dan para peramal yang meramalkan masa depan pemerintahan kerajaan negeri pimpinan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Musuh-musuh yang tidak senang dengan peralihan kerajaan meramalkan kegagalan dan kecundangan kerajaan yang berusia dua tahun ini.

Manakala mereka yang sealiran dengan perubahan dan peralihan kerajaan memberi ulasan yang memberangsangkan tentang kejayaan kestabilan kerajaan baru ini. Untuk berlaku adil kepada semua, khususnya kepada rakyat negeri Terengganu, masa dua tahun terlalu baru untuk dibuat rumusan yang ikhlas dan jujur terhadap performance kerajaan baru ini.

Bagaimanapun, Kerajaan baru ini telah meletakkan garis dan asas baru dalam pemerintahannya yang lebih bersikap adil, telus dan membina rakyat untuk kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Asas yang sedia ada yang mana boleh digunapakai diteruskan dan dibaikpulih dan dasar-dasar yang tidak secucuk dengan syariat Islam ditolak dan tidak diteruskan.

Bagaimanapun Kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS ini tidaklah sempurna segala-galanya kerana mereka yang mengendali dan memimpin kerajaan bukanlah bersifat maksum seperti kerajaan pimpinan Rasulullah S.A.W. Terdapat cacat cela, kelemahan tetapi yang penting ia terus diperbaiki hari demi hari dan seterusnya.

Di samping kelemahan kerajaan baru ini juga mempunyai kekuatan termasuklah keupayaannya menghadapi cabaran kekurangan kewangan akibat dari rompakan royalti petrol oleh kerajaan Pusat dan segala halangan dan karenah yang didatangkan oleh Kuala Lumpur untuk melemahkan jentera Kerajaan negeri melalui tipu helah politik yang tidak bermaruah dan tidak Islamik.

Sebaliknya dan wajarlah muhasabah diri dilakukan dengan melihat ke dalam untuk membaiki performance Kerajaan negeri supaya ia menjadi dua negeri yang dibawah pemerintahan BA/PAS menjadi negeri contoh. Banyak lagi ruang untuk membaiki diri dan ruang inilah yang perlu dipenuhi seperti performance wakil rakyat yang menurut Menteri Besar, beliau mahu supaya penjadualan tugas yang terbaik diatur untuk memenuhi harapan rakyat yang besar terhadap kerajaan baru.

Tujuan kita melihat ke dalam supaya kita berupaya mencapai kecemerlangan bagi membolehkan Kerajaan ini meneruskan kesinambungannya memerintah selepas pilihanraya 2004. Melihat ke dalam memerlukan juga menjenguk keluar kerana musuh-musuh bergerak cergas untuk melemahkan Kerajaan yang ada. Setakat ini kita berjaya menyanggah pihak lawan dengan approach bersepadu untuk sentiasa berdamping dengan rakyat.

Mungkin ada kewajarannya dilakukan post-mortem performance kita selama dua tahun disamping post-mortem sebab-sebab BA/PAS mencapai kemenangan untuk digunapakai sebagai pendekatan, taktik dan strategi bagi mencapai kemenangan seterusnya. Post-mortem yang selalunya dibuat apabila kecundang tidak berguna dan terlalu lama untuk digunapakai kemudiannya, tetapi hasil post-mortem kejayaan boleh digunapakai bagi menjamin tercapainya kejayaan dan kemenangan seterusnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com