UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kerajaan baik minta maaf kepada rakyat

KUALA LUMPUR: Sebuah kerajaan yang baik adalah sebuah kerajaan yang sentiasa minta maaf kepada rakyat, tidak kira ia ada membuat salah kepada negara atau pun tidak. Ini dinyatakan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapannya di majlis Idul Fitri anjuran Harakah di sini awal bulan ini. Baginya rakyat tidak perlu minta maaf kepada kerajaan dan kerajaan pula tidak wajar menuntut supaya rakyat atau mana-mana pihak dibawah jagaannya minta maaf kepada kerajaan.

Minta maaf

Perdana Menteri dan penyokong-penyokongnya di mana-mana saja sekarang menuntut penentang-penentangnya terutama parti-parti politik minta maaf secara terbuka jika ada pendirian atau kenyataan mereka yang dilaporkan bertentangan dengan arus kemahuan pihak yang berkuasa. Media massa baik cetak dan elektronik begitu gemar menjadikan isu minta maaf atau tidak mahu minta maaf itu sebagai bahan siaran.

Rata-rata urutan minta maaf itu adalah untuk menggambarkan pemimpin Kerajaan Pusat dan pentadbiran kerajaan sentiasa dalam keadaan yang betul atau bebas dari salah dan silap. Setiap kritik, pandangan, komen dan kenyataan biasa yang berbeza yang datang dari rakyat terutama yang tidak sealiran dengan pemimpin kerajaan mudah diterjemahkan menentang kerajaan dan menentang kerajaan dikira mesti bersalah.

Dalam adat istiadat Melayu yang membabitkan raja yang bertakhta, raja yang memerintah sentiasa betul. "Itulah sebabnya hamba rakyat apabila bercakap dengan raja mendahulukan rangkap kata ‘ampun Tuanku beribu-ribu ampun," jelasnya. Bagi menghormati institusi beraja sekarang, rangkap kata itu diguna sebagai berbudi bahasa dan penghormatan rakyat kepada raja.

Institusi beraja

Tetapi dalam kehidupan demokrasi, rakyat tidak sesuai berurusan dengan kerajaan dan pemimpinnya seperti rakyat berhadapan dengan raja bertakhta. Menurutnya, Kerajaan dan pimpinannya boleh dikritik dan isu minta maaf tidak berbangkit. Katanya, mana-mana kenyataan yang tidak tepat, maka tamadunnya memberi ruang untuk membuat pembetulan atau memberi penjelasan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com