UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Sultan Mizan Canselor KUSTEM

KUALA TERENGGANU: Perlantikan Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Canselor baru Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) disambut gembira oleh para pelajar dan orang ramai. Mereka menaruh harapan dengan perkenan baginda itu, masa depan KUSTEM dan kejayaannya bertambah terjamin. Ini akan mendorongkan para pelajar bertambah bersemangat menguasai pelajaran masing-masing. Baginda Sultan Mizan baru-baru ini telah berkenan untuk menjadi Canselor KUSTEM dan perlantikan itu diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Hafizam Yusof, 22, pelajar jurusan perniagaan yang berasal dari Kelantan bergembira di atas perlantikan tersebut. Katanya, dengan perlantikan tersebut,

diharapkan membawa halatuju pendidikan lebih terjamin dan kecemerlangan dapat diteruskan dari masa ke masa. Manakala, Mimi Azlina Mohamad, 20, juga dari Kelantan menyifatkan pemilihan tersebut adalah tepat dan beliau menyokongnya seratus peratus.

"Sebagai warga KUSTEM, saya sentiasa mengharapkan yang terbaik dari KUSTEM, lebih-lebih lagi untuk kepentingan kemajuan pelajar sendiri. "Saya juga mengganggap pemilihan Sultan Mizan adalah satu langkah yang baik dan wajar sekali," jelasnya. Seorang lagi pelajar, Zubailah Lawi @ Wali, 21, pelajar jurusan Ekonomi, Tenaga dan Sumber Asli menyatakan kebanggaannya dengan perlantikan tersebut.

KUSTEM yang terletak di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu telah bertukar nama pada 1 Julai tahun lalu dengan menawarkan kursus sains teknologi dan sains pengurusan ekonomi sebagai bidang utamanya diikuti 24 kursus yang lain.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com