UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Maahad Tahfiz Al Quran lulus 100 peratus

KUALA TERENGGANU: Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu (MTANT) mencatat 100 peratus kelulusan keseluruhan bagi peringkat sijil kolej tersebut untuk tahun lalu. Ketua Penolong Pesuruhjaya (Pendidikan) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Haji Yusof Embong berkata, kelulusan itu meningkat sebanyak 3.85 peratus berbanding 96.15 peratus tahun sebelumnya.

Beliau berkata, seramai dua orang calon mendapat mumtaz, empat orang mendapat jayyid jiddan, enam orang jayyid dan seorang calon mendapat maqbul mencukupkan bilangan calon seramai 13 orang. Mohd. Hafas Ali dan Zubaidi Zhafran Zabidin berjaya mendapat mumtaz dengan mencatat mata masing-masing 86.07 dan 85.07 peratus.

Ini diikuti Mohd Shukri Ali (79.87), Mohd Syukri Abdul Wahab (77.87), Zulkifli Awang (75.60), dan Mohd Saufi Mohamad (75.27) mendapat Pangkat jayyid jiddan. Manakala bagi keputusan Sijil Rabie’ Thanawi pula mencatatkan kelulusan 91.18 peratus, menurun sebanyak 8.82 peratus berbanding 100 peratus tahun sebelumnya.

Menurut Haji Yusof, tiada calon yang mendapat mumtaz. Hanya enam orang yang mendapat jayyid jiddan, 14 orang jayyid, 11 orang maqbul, dan rasib tiga orang menjadikan jumlah calon seramai 34 orang. Enam orang calon yang mendapat jayyid jiddan ialah Ahmad Jamil Jaafar, Khairul Azizi Idris, Syed Md. Hafiz Syed Omar, Siti Aishah Mohd Nor, Abdul Aziz Othman dan Sarah Kasim.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com