UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Terengganu rancak tunai pemberian tanah

SESUDAH Ramadhan dan Syawal tamat, dan sesudah masing-masing selesai menyambut dan merancang kehidupan tahun baru 2002, urusan anak-anak ke sekolah pun sudah beres, rakyat Negeri Terengganu akan disibukkan dengan cerita pemberian geran dan lot tanah. Jika dalam tempoh tahun kedua pentadbiran kerajaan baru pimpinannya dihujani dengan bila lagi geran dan lot tanah yang dijanjikan kepada rakyat tak bertanah akan dilaksanakan, maka kesibukan itu akan terjawab dengan kesibukan pejabat tanah memproses pemberian tanah itu sepanjang tahun 2002 ini.

Pemberian yang sudah bermula beberapa bulan terakhir 2001, dipercayai akan bertambah rancak tahun ini, kerana rakyat dan pimpinan kerajaan sama-sama tidak sabar untuk melihat janji itu terlaksana. Pemberian sudah bermula tetapi ia sudah tentu tidak mungkin selesai setahun atau dua tahun. Permohonan itu banyak dan setiap permohonan mesti diteliti bagi mengelakkan orang yang pernah mendapat tanah dapat lagi, maka tentu ada antara pemohon yang terpaksa menunggu lama. Yang penting ialah pemberian sudah pun bermula dan tahun 2002 akan menjadi tahun paling sibuk untuk rakyat mendapat bahagiannya.

Permohonan tanah

Menteri Besar begitu bersungguh-sungguh hendak melihat sebanyak-banyak permohonan diselesaikan tahun ini. Pejabat Tanah dan Galian (PTG) telah diarahkan mencari apa jua jalan menyelesaikan. Wakil rakyat, Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) dan pejabat tanah hendaklah bekerja keras dan berganding bahu menangani masalah itu.

Kita menghargai kerja keras setiap pihak sepanjang dua tahun ini, melaksanakan dasar kerajaan baru itu. Pencapaian setakat ini membanggakan memandangkan apa yang 40 tahun dulu tidak dapat dibuat, dapat dibuat dalam masa dua tahun. Walaupun pendapatan Terengganu tidak lumayan, namun kerajaan tulus melakukan apa yang boleh dibangunkan yang tidak memerlukan penggunaan banyak sumber kewangan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com